Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

AKU DAN BAPA MENTUAKU

Aku dan Pak Mentua Semalam aku terima wasap dari Pak Mentua aku. Dia bagi tau ada Janda anak dua dan tidak ada perkerjaan tetap. Sekadar mengambil upah kerja, kekadang ada, kekadang tiada. Sebagai menantu yang nakal, aku menjawab, Tak Segak, Kalau Segak boleh buat bini. Pak Mentua menjawab, aku yang nak kat dia. Ok aku jawab balik.  Ok kita masuk minang teruslah dan tanya dia berapa belanja ( hantaran ) Nanti nak cari. Pastu Pak Mentua terus kol. Dia kata mengkalu dok layan wasap hang, satu kerja tak jadi. Pak Mentua aku memberi tahu, tentang seorang BALU yang kematian suami akibat covid-19 tahun 2020. Kini dia hidup dalam keadaan sukar, susah dan daif. Dia ajak aku tolong bantu bagi meringankan beban dia. Aku bagi tau, hari sabtu ni aku pi rumah dia dan pi tengok keadaan dan memberi bantuan awal.  Beginilah hubungan aku dan pak mentua aku. Memang macam kawan. Namun ada batasan aku melawak dengan dia sebab hormat aku ada pada dia. Begitu juga dengan mak mentua. Aku boleh tidur...

SEMBANG SANTAI KEMBARAKU

SEMBANG SANTAI KEMBARAKU BERSAMA : ZAINAL CELESTE PADA : 9hb April 2022 JAM : 2 : 00 pm Malaysia Zainal Celeste seorang pengembara yang banyak pengalaman dan sering berkongsi pengalaman yang jarang kita dengar dari pengembara lain.  Seorang pengembara hebat yang sangat merendah diri. Jom kita dengan perkongsian yang memberi ilmu untuk kita teladani sebagai panduan kehidupan. Ikuti temui bual Cikgu Joe Satun dan Shamsurrijal A Jamil bersama Abang Zainal Celeste.  FOLLOW : https://www.facebook.com/groups/kembaraku/ Tolong Sebarkan dan Share 

AKU LUPA NAK TANYA AGAMA DIA

AKU LUPA NAK TANYA AGAMA DIA. Yang aku ambil tahu tentang kemiskinan dia. Di Thailand ni, masyarakat Islam dan bukan Islam hidup dalam satu kampung berjiran. Meraka tiada rasis dan hidup berbangsa-bangsa. Takkan bila aku nak bersedekah, aku akan tanya agama depa. Tidak bersedekah jika mereka bukan Islam.  Bagi aku " dakwah " yang terbaik adalah akhlak yang mulia.  *** " pak lebai kopiah hijau tak semesti kaki cong " cjs:4-11-2021

LOY KRATONG

Loy Krathong Sedikit info mengenai Perta Loy Krathong yang di sambut pada malam bulan 15 ( bulan mengambang dan tahun 2021 pada 19hb Nov ) Loy Krathong adalah salah satu pesta keramaian popular yang disambut kebanyakan masyarakat berketurunan Thai di seluruh dunia. Malah, ia juga dilihat sebagai satu simbol kekayaan warisan budaya masyarakat berkenaan. Pesta Loy Krathong lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 dalam bulan 12 mengikut kalendar Lunar Thai (sekitar permulaan bulan November). Tarikh berkenaan dipilih kerana dikatakan akan berakhirnya musim hujan dan paras air sungai yang masih tinggi. Tentunya ada di antara anda tertanya-tanya apakah kaitan paras air sungai dengan pesta Loy Krathong ini? Sebenarnya, upacara ini berkait rapat dengan sungai sebagai nadi dan tulang belakang masyarakat Thai. Perkataan 'Loy Krathong' membawa maksud tersendiri. 'Loy' dalam bahasa Thai bermakna hanyut, manakala 'Krathong' pula adalah bentuk bunga teratai. Ja...

AKU TUKANG CERITA

Aku Tukang Cerita adalah hasil posting FB Cikgu Joe Satun( CJS ) selama ini. Khas dedikasi untuk semua yang mengenali CJS. Seorang anak Sungai Seluang, Lunas Kedah. Mula berhijjrah ke Satun sekitar 2011. Memulakan kerja amal dengan menjadi ustaz di Tadika Misbahuddin di Bam Khuan, Satun.  Dikenali sejak membantu rakyat Malaysia yang terlibat dengan kemalangan di Selatan Thailand. #akutukangcerita #cikgujoesatun #cjs406 #cjs Blog:30-03-2022

GOTONG ROYONG

Kemarin aku berkesempatan bersama orang-orang kampung Talosai atau nama melayu, Teluk Serai membersih pantai sekitar Aow Noon atau Teluk Nun.  Rutin biasa setiap bulan Januari setiap tahun. Biasanya kami orang kampung, amat jarang bawa anak anak mandi disini. Ini disebabkan kami hari-hari lalu kot tu dan cemoih tengok pantai tu. Biasalah, pantai belakang rumah.  Yang dok kerap dok buang sampah adalah orang luar kampung dan budak budak muda datang mabuk ditepi pantai.  Biasanya budak mabuk tiada sapa pun berani nak tegur. Remaja Thai agak garang. Kalau di Malaysia setakat Long Tiger gertak aku, sumpah 5 det pun aku tak takut. Tapi kalau remaja Thai umur 15 tahun gertak aku. Tobat aku pi report polis dan cabut balik Malaysia. Mengkalu tunggu, pakai arwah. Budaya samseng kat tempat kita tak sama macam budaya samseng di Thai. Disini tiada salam calit atau salam cekak. Tak ada berunding dengan abang kawasan. Aku nak habaq dengan jiran pun jangan dok cari pasai, mau kalau dia d...

HARI GURU THAILAND

Hari ini 14hb, sekolah anak aku akan mengadakan sambutan Hari Guru Thailand. Biasanya hari guru disambut setiap 16hb Januari setiap tahun. Kali ini disambut awal sebab 16hb jatuh pada hari Ahad. Terima Kasih Cikgu kerana mendidik anak aku dan anak anak jiran kami dengan kasih sayang. Sekolah Ob Om adalah sekolah agama yang agak sistematik. Bukan macam sekolah pondok. Sebagai rakyat Malaysia aku dapat melihat perbezaan antara sekolah Thailand. Disini macam zaman aku sekolah rendah dulu tahun 1975. Mak bapa tak kalut nak hantaq anak pi tuisyen. Yang kami kalut Mahgrib anak anak kena pi mengaji quran walaupun sekolah anak aku dah ajaq Al Quran setiap hari pada murid. Zaman aku sekolah, pak kerja motong estate Sungai Seluang, mana nak ada duit hantaq anak pi Tuisyen. Bila naik sekolah menengah ada juga ramai kawan-kawan aku pi Tuisyen, namun aku dok pulun bersukan. Tahun 1983 aku dok kalut main sepak takraw. Bila depa tanya awat tak pi tuisyen. Aku nanti jawab, orang cerdik pandai tak paya...

DUNIA DAN SEISINYA

Dunia dan seisinya.  Amalan sebelum subuh yang bisa membersihkan hati.  Nak berdiri setanding dengan Bill Gate dan Mark Zuckerberg adalah amalan sebelum subuh dan meringankan tangan menghulurkan sedekah. Jangan sembanglah, bukan senang nak bersihkan hati. Lidah tak bertulang mudah nak belit kata-kata.  Tiga emapt hari lalu,  aku ke  7 Eleven. Sedang aku mencari roti whole wheat bread aku terperasan bila aku memandang ke bawah mencari Pringle Potato chip untuk anak aku. Ada 3 orang budak sedang pegang lepas dan pegang lepas. Kemudian mengira duit. Aku habaq kat bini aku, ambil 3 bekas tu bagi kat depa tolong pi bayaq sat. Petang kemarin aku kayuh beskat area Ban Langa. Nama asalnya Belanga. Mitos cerita lama mengatakan nama asalnya diambil semperna Belanga pecah semasa memasak di satu kenduri kahwin. Macam mitos Kuah di Langkawi pulak. Kebetulan atau ada persamaan dari latar sejarah bangsa. Budak-budak 3 orang yang bini aku belanja Pringle Potato Chip nampak aku ...

MENTUA VS MENANTU

MENTUA VS MENANTU Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan aku mentua yang sporting.  Hubungan aku dengan mentua aku baik hat jantan atau pompuan sangat akrab.Keluarga mentua aku semua anak perempuan dan  semua menantu mereka adalah lelaki. Biras-biras aku semua tak tau cakap melayu. So aku sekadar bersalam dan memberi senyuman. Anak buah cuma seorang saja yang fasih berbahasa melayu. Itupun kerana dari kecil dia dipelihara oleh mentua aku. Namun begitu, walaupun hubungan aku dengan mentuaku sangat baik, tapi aku lebih baik dan rapat dengan kak aku di Sungai Seluang. Oleh kerana kak akulah yang memelihara aku selepas kematian ibuku. Dia bagai mak aku. Oleh kerana aku tiada ibubapa, secara tak langsung aku buat mentua aku macam ibubapa sendiri. Itulah yang disarankan oleh agama. Bila kita letakkan mentua sebagai ibubapa sendiri maka tiada masalah dalam perhubungan kekeluargaan. Hasilnya Pak Mentua aku selalu cerita kat orang kampung bahawa aku ni lebih rapat  dari anak dia ...

VAKSIN BOOSTER

Kalau di Malaysia, pesta dan hiburan sinonim dengan orang Melayu, aku rasa tak salah sebab majoriti penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Lebih-lebih lagi di semenanjung. Namun di Siam, pesta sinonim dengan semua rakyat. Ini kerana Siam cuma dihuni oleh satu bangsa saja iaitu bangsa Siam. Tak kisahlah hang melayu atau cina. Cuma agama yang membezakan mereka. Pesta dan perayaan di Siam boleh menjadi tarikan pelancong. Songkran atau Pesta Air, biasanya disambut oleh satu dunia pelancong yang berkunjung ke Siam. Ada yang " plan " untuk datang ke Siam semata-mata untuk meraikan Pesta Songkran. Main air dan bergurau senda sambil mencurah air kepada sesiapa saja tanpa ada perasaan marah atau mencetuskan pergaduhan menjadi hiburan yang sangat popular. Sepanjang lebih 10 tahun di Siam, aku cuma terlibat sekali saja dalam pesta Songkran. Pada tahun 2018 di Phuket ketika kami membantu menyelesaikan kes rakyat Malaysia di tahan oleh pihak berkuasa tempatan. Kebetulan waktu it...

TIGER DAN THAI GIRL SHOW

Kalau di Malaysia, pesta dan hiburan sinonim dengan orang Melayu, aku rasa tak salah sebab majoriti penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Lebih-lebih lagi di semenanjung. Namun di Siam, pesta sinonim dengan semua rakyat. Ini kerana Siam cuma dihuni oleh satu bangsa saja iaitu bangsa Siam. Tak kisahlah hang melayu atau cina. Cuma agama yang membezakan mereka. Pesta dan perayaan di Siam boleh menjadi tarikan pelancong. Songkran atau Pesta Air, biasanya disambut oleh satu dunia pelancong yang berkunjung ke Siam. Ada yang " plan " untuk datang ke Siam semata-mata untuk meraikan Pesta Songkran. Main air dan bergurau senda sambil mencurah air kepada sesiapa saja tanpa ada perasaan marah atau mencetuskan pergaduhan menjadi hiburan yang sangat popular. Sepanjang lebih 10 tahun di Siam, aku cuma terlibat sekali saja dalam pesta Songkran. Pada tahun 2018 di Phuket ketika kami membantu menyelesaikan kes rakyat Malaysia di tahan oleh pihak berkuasa tempatan. Kebetulan waktu it...

USTAZ OH USTAZ

Ustaz OH Ustaz Kebelakangan ini kita di hidangkan pertelingkahan ustaz-ustaz di media sosial. Ustaz A memberi ceramah dan Ustaz B memberi reaksi dan ulasan. Begitu juga sebaliknya.  Sebagai seorang perantau yang menumpang di negara orang, aku menerima perbezaan pendapat ulamak dengan hati yang terbuka. Aku pun tak pro kepada mana-mana ustaz.  Aku akui perbezaan pendapat ini bermula sejak wafatnya Baginda Nabi Muhammad S.A.W.  Imam Syafie berbeza pendapat dengan Iman Maliki. Begitu juga Hanafi dan Hambali. Namun mereka tidak berbalah. Mungkin juga pada zaman itu belum ada Media Sosial. Ya mungkin juga TIDAK kerana insan yang berilmu akan menghormati pendapat insan lain walaupun hakikatnya mereka tak bersetuju. MANTIN bermaksud bersopan santun dalam memberi ulasan. Aku kira ramai kalangan pengguna media sosial tidak tahu maksud MANTIN. Mereka juga tidak mantin dalam memberi komen.  Aku berfikir adalah lebih baik ustaz-ustaz yang tidak puas hati antara satu dengan lain ...

KISAH RTK-ANTIGEN

Selamat Pagi. Kemarin aku tak tulis apa pun. Mood menulis kelaut.  Hari ini pun seropa macam kemarin.  Namun aku gagahi menulis juga. Kot-kot bila dah mula menulis idea mai. Sampai tang ni idea tak mai lagi. Aku nak cerita tentang RTK . Apa tu RTK . RTK adalah Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen). Ujian Saringan Covid-19. Setiap hari Isnin, kanak-kanak ke sekolah di Siam diwajibkan menjalani Ujian Saringan Covid 19 atau RTK-Antigen.  Kos untuk RTK adalah THB80 dan ibubapa kena beli sendiri. Tu dia mampuih. Bagi aku anak seorang tak lah membebankan. Namun bagi orang yang anak 3 orang dan ke atas jenuh angkut duit. Pembantu rumah aku, anak dia 3 orang bersekolah. Makna kata seminggu THB240 dan sebulan THB960 atau dalam duit Malaysia dalam RM124.  Pembantu rumah aku kerja dengan aku seminggu dua kali saja. Sehari thb300 atau seminggu Thb600 dan sebulan dapatlah THB2400.  Aku GAGAHI ambil dia kerja di musim covid ni sebab TOK LAKI dia kurang Vitamin R.  So kehi...

LATOT ATAU RUMPAI LAUT

Latot atau rumpai laut akan berlambak di Nat kokleqhiah Setoi pada musim panas ni. Harga sepinggan thb20 saja. Dijadikan ulam cicah dengan sambal nyiok memang padu. Tapi tak boleh simpan lama. Beli dan makan bagi perabih.  Biasanya musim panas ni harga sayuran agak mahal. Namun paling mahal ketara pada masa kini adalah minyak sawit. Satu Kilo berharga thb60 atau RM7.60/kilo. Lagipun minyak subsidi malaysia payah sikit nak seludup sebab pintu sempadan masih lagi ditutup.  Bagi aku yang lama dok di Siam, setiap bulan aku akan balik ke Malaysia untuk shopping barang-barang dapur. Bagi aku yang dah selalu sangat dok shopping barang dapur di Siam, aku dapati barangan dapur di Malaysia lebih murah kecuali gula agak mahal. Milo aku akan beli di Malaysia. Sebab Milo Malaysia No. 2 sedap selepas Milo Australia. Pastu aku akan beli Teh Boh perisa strawberry. Pastu beli peenut butter bersalut cokelat dan strawberry. Susu tepung everyday, rempah ratus seperti serbuk rempah, halba campur, ...

ANAK TAHFIZ

Marin Sabtu, aku bawa bini aku ride ke Wang Saithong Waterfall, bertemu kawan yang bekerja sebagai renjer National Park. Oleh kerana aku ingin mengambil gambaq, aku mohon masuk ke dalam dan ingin membayar cukai national park.  Dia jawab, tak perlu bayar. Dia nak belanja aku hari ini sebab hampir dua tahun tak jumpa. Beliau seorang buddha dari Patani. Biasanya orang dari Patani boleh berbahasa melayu. Setelah selesai bergambar aku ke pondok pengawal untuk minta diri nak balik. Aku terlihat ada tabung. Aku tanya tabung apa tu ?  Dia jawab tabung untuk beli Ambulan kegunaan NGO di Manang. Aku buka dompet, dan memasukkan duit. Dia ucap terima kasih, dia kata aku orang pertama yang menderma. Sebenar duit dalam tabung tu, duit dia sendiri. Sengaja nak tunjuk sebagai iklan. Aku tersenyum. Dari situ aku ke Chet Code Cave untuk melawat Abang Kayak atau Abang Longkeng dalam bahasa thai. Dua tahun tak jumpa, panjang cerita dia kat aku. Walaupun ada dua bas pelancong dari Patani, tapi dia...

MANANG VIEW POINT

Manang View Point  Gambar pertama bulan Oktober 2021 Gambar kedua bulan Januari 2022 Daerah Khuan Kalong, Manang dan sebahagian Daerah Langu, berbukit bukau.  Bagi mereka yang suka suasana hijau dan berbukit, tempat mi memang best. Kalau naik motor layan corner memang terbaik. Namun jarang menjadi tumpuan kerana tiada pendedahan.  Namun bagi kawasan ini, masyarakat Islam agak kurang. Nak makan agak susah juga. Kami pun pakai terjah saja. Biasanya jumpa masjid, confirm tempat Islam.  Laluan agak sunyi dan jarang berselisih dengan kenderaan. Jika tanpa ditemani warga tempatan, memang agak cuak.  Biasanya kalau jumpa orang tempatan, lelaki tanpa baju dan golok dipinggang memang boleh kecut. Hakikatnya depa ni baik-baik belaka. Cuma cara depa ke kebun begitu. Jangan gerak solo sebab talian telefon pun agak terbatas. Kalau kenderaan rosak, jenuh nak minta bantuan. cjs:25-01-2022

KAYAK DI SATUN

Kayak di Satun Ada dua tiga lokasi di daerah Langu dan daerah  Manang iaitu daerah berjiran. Pertama sekali aku nak habaq, aktiviti kayak ini tiada perlindungan insuran. Semua adalah tanggungan sendiri jika, pelancong pergi terus ke tapak penyedia aktiviti ini. Ini pengalaman aku. Sepasang suami isteri dari Malaysia, kemalangan dan dimasukkan ke hospital. Kos hospital untuk keduanya mencecah thb50,000. Depa kol aku minta bantuan. Aku ke hospital dan berbincang dengan pihak hospital dan polis. Atas ikhsan kedua pihak berkenanan, aku balik dan isi form insuran dan tarikh di kedepan atas laporan hospital.  Alhamdulillah dapat juga " claim " insuran. Jika tidak jenuh nak kutip derma pula. Atas nasihat Pihak Tourism, Hospital dan Polis, depa soh kami buat pakej termasuk insuran dan mematuhi undang-undang perlancongan Thailand untuk rakyat Malaysia. Jadi kami pun buat. Namun aku jarang promosi sebab, pakej ini cuma balik modal saja. Tak da untung dan kekadang boleh rugi kalau peser...

KAMPUNG GUAR BAN KHUAN

Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand antara kampung asal melayu yang masih lagi meneruskan tradisi kehidupan orang melayu. Kehidupan dan adat resam masih lagi cenderung kepada kehidupan masyarakat Melayu di Kedah sekitar tahun 80-an. Apa tidaknya, jika kenduri kahwin masyarakat masih lagi bergotong royong mengerjakan persiapan kenduri. Makan berhidang dengan mentara akan mengangkat juadah hidangan ke meja tetamu. Jika menikah dengan orang kampung Guar, upacara akad nikad dalam bahasa melayu. Jenuh nak hafal jika pengantin lelaki bukan kalangan orang berbahasa melayu. Guar atau belah selatan Kedah depa panggil " Gon " atau bukit kecil atau tanah tinggi. Namun kini gon dah tak kelihatan disini. Menurut cerita, Kampung Guar dahulunya besar sehingga bersempadan dengan Pekan Setoi ( Satun ). Di tukar nama ke Ban Khuan dan dijadikan salah satu mukim dalam daerah Ampheor Mueng Satun. Ampheor Mueng adalah daerah ibunegeri atau ibuwilayah Satun. Biasanya Wilayah di Thailand, nama ibu...

HIBURAN MALAM

Aku jumpa banyak Mat Saleh ( lelaki ) dan aku tanya depa kenapa suka melancong ke Thailand ? Pada hal depa cuma dapat Visa sebulan saja berbanding Malaysia depa dapat 3 bulan. Majoriti menjawab sebab HIBURAN MALAM di Thailand tidak boleh dapat di Malaysia. Makna kata layanan kupu-kupu malam di Thailand, memang terbaik dan sukar diperolehi di mana-mana.  Kalau nak ikutkan, negara depa lagi bebas gila. Namun perempuan pelayan dinegara depa " sombong " dan "demand" tinggi.  Lagi satu tempat percutian masih lagi semulajadi dan dijaga rapi. Jika di pantai depa bebas bersidai dengan tenang tanpa gangguan. Sebenarnya depa tak suka gambar depa dirakam ketika bersidai di pantai. Namun acap kali aku tengok orang Malaysia yang ke pantai suka mengambil gambar depa. Kalau depa tau depa akan marah. Kalau nak bergambar, hangpa pi kat depa dan minta untuk bergambar so depa tak akan marah.  Oleh kerana negara Malaysia majoriti dihuni oleh masyarakat Islam, sasaran pelancong perlu ke...

NIKAH DI SIAM PRO DAN KONTRA

NIKAH DI SIAM PRO & KONTRA Semalam aku menulis panjang kronologi Cara-Cara nikah di Siam. Telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari kaum hawa. Ini kerana realiti yang aku gambarkan. Hangpa boleh baca disini jika nak ketawa. https://www.facebook.com/groups/kembaraku/permalink/5089908774372807/?sfnsn=mo&ref=share PRO Aku nak cerita prosedur untuk nikah di Siam. Biasanya yang datang menikah di Siam kerana untuk berpoligami.  Keperluan dan Persediaan 1. Lelaki dan Wanita - saksi dan wali tak perlu bawa. Datang berdua saja. - gambar ukuran gambar dalam passport. Dua keping sepasang. Bawa kerana ada Majlis Agama minta. - surat cerai jika wanita itu janda - Mas Kahwin. Biasanya tok kadi akan sarankan bayar RM1000 keatas. Menurut tok kadi, memberi penghargaan pada wanita. Jika boleh RM10,000 keatas. Ini kerana menurut Tok Kadi yang arif dan faham keadaan " wanita" yang dianggap kahwin lari atau diluar pengetahuan keluarga dilayan dengan selayaknya. - Passport/ Bor...

MANUSIA DAN KUCING

MANUSIA DAN KUCING Allahu Akbar ! suatu petang aku jumpa seorang kakak yang sangat mulia. Walaupun kata ustaz memberi makan kucing adalah sunat, jika tidak mencemarkan kawasan sekitar. Kebersihan kawasan awam perlu dijagai.  Jangan bagi makan kucing, kemudian menjadi kotoran dikawasan sekitar. Sekadar boh nasi lapik kertas surat habaq pastu tinggalkan menjadi sampah sarap yang mencemarkan alam dan memudaratkan kesihatan. Ustaz kata lagi, memberi makan kucing ini jatuh sunat bila kita menjaga perkara perkara tadi. Lagipun bila Allah jadikan binatang, maka Allah telah tetapkan rezekinya.  Kita lihat cicak, semua makanan dia adalah makanan yang terbang. Namun Allah bagi kat dia lidah yang fleksibel bagi memudahkan dia menangkap haiwan terbang itu. Kakak ini setiap petang dia akan membawa nasi untuk diberi makan lebih 20 ekor kucing yang terbiar. Walaupun kucing terbiar itu, tinggal sekitar sebuah banglo.  Kakak akan membawa besen, yang telah dicuci dan mengutip besen yang te...

CARA-CARA NIKAH DI SATUN THAILAND

CARA-CARA NIKAH DI SATUN THAILAND Border dah nak buka.  1. Wang Kelian Perlis 2. Satun Provincial Islam Commission Office 3. Hotel V Vijara Songkhla 4. Malaysia General Consulate Songkhla https://maps.app.goo.gl/VFmr8FnMmAkNRb1g7 Persedian 1. Passport 2. Yuran Proses di Pejabat agama Satun ( Thb5000) 3. Gambar Ukuran Passport 2keping sepasang 4. Mas Kahwin. Takkan nak bagi RM70, dah nikah pun Ceme anak orang. Bagilah RM10,000 kan kata mampu beristeri dua. 5. Selesai Akad Nikah, dapatkan semua dokumen untuk urusan pendaftaran di Konsulat Malaysia. Lepas Akad Nikah 1. Pi ke Songkhla 2. Check in Hotel V Vijara Songkhla harga dari Thb550 hingga Thb750 3. Mertun dulu 4. Mandi Wajib 5. Pi makan di Samila Beach 6. Balik sambung projek Hari Kedua  1. Pukul 8.00 pagi siap mandi wajib, pi Konsulat Malaysia di Songkhla 2. Jumpa Pak Guard, isi nama 3. Masuk pejabat, ambil nombor 4. Dipanggil dan habaq kata nak daftar nikah 5. Isi Borang dan serahkan 6. Ambil resit 7. Balik bilik, merton l...

NIKAH GADIS PATANI DEPA KATA MURAH

Episod Akhir Tentang Nikah Di Siam. Pas ni aku nak tulis, kenapa bila accident hangpa kena pau di Siam.  Aku bersembang dengan Mark Mohd Ali  suami kepada nana supaphorn channel pasai hantaran belah Pattani atau tiga wilayah di Pantai timur selatan thai. Dia kata adik ipar dia nikah hantaran THB70,000 dan emas satu baht. Emas satu baht bersamaan dari thb29,000 - thb30,000. Total semua harga THB100,000 juga. Mau dekat RM13,000. Itu budak biasa yang tiada kelulusan universiti. Tapi kalau lulusan universiti mau lebih lagi.  Pastu aku sembang dengan Wanroslinda ( instagram )  pula, dia kata tengok keadaan keluarga dan latarbelakang gadis itu juga. Namun begitu kalau nak murah dari Thb70,000 dan emas sebaht mana nak cari dah. Kecuali persefahaman kedua ibubapa. Barang la ni pun dah mahal. Kalau Thb30,000 nak buat kenduri pun tak lepas.  Menurut Wanroslinda lagi, ada yang hantaran 1juta baht. Ini kerana kedua pasangan berkelulusan tinggi dan bekerjaya hebat. Manakala ...

BILA KEMALANGAN DI THAILAND APA TINDAKAN

Kita sering mendengar cerita, bila accident di Thailand selalu kena PAU. Namun jika anda mematuhi segala peraturan dan saranan di bawah, anda akan TERHIDAR dari kena PAU. Biasanya yang kena pau terdiri dari PALATAO.  Jika anda cedera parah, tidak apa yang anda mampu lakukan. Cuma berharap pihak hospital menghubungi pihak Kedutaan atau Konsulat Malaysia. Namun jika ada rakan anda, ikutilah saranan berkenaan. -Hubungi tourism police thailand. Tol Free 1155. Sebab itu simkad thai penting untuk kecemasan. -Hubungi Tourist Assistance Center ( TAC ). Tol Free 1672 Tujuan anda hubungi dua pihak berkenaan untuk bantuan jurubahasa dan nasihat perundangan. - Siapkan dokumen seperti :- passport mangsa ( salinan diperlukan ) Insuran Por Ror Bor. Yakni insuran wajib ( salinan diperlukan ) Insuran Voluntary ( salinan diperlukan ) Insuran ini untuk membayar ganti rugi kenderaan yang terlibat jika anda bersalah. - Mohon Tourism Police atau TAC untuk menghubungi pihat insuran anda. - Maklumkan keja...

PANDUAN BERMOTOSIKAL DI THAILAND

Border dijangka buka suku kedua tahun 2022. Jika sempat Phuket Bikeweek, maka ramailah akan berkenderaan ke sana. Oleh itu, pastikan motorsikal/kenderaan anda tidak melanggar peraturan jalanraya Thai seperti :- - ekzos bising - lengkap cermin sisi - nombor plate bukan dibawah mug guard motor. Aku rasa roadblock akan banyak, sebab lama depa tak tahan kenderaan Malaysia.  Jika hangpa bermotosikal, pastikan anda berkonvoi, satu kumpulan antara 5 - 6 buah motor sahaja. Jika group anda besar, cuba pecah group dan jarakkan perjalanan. Ini memastikan tiada sekumpulan motor yang memenuhi jalanraya dan menghindari dari sebarang bencana. Jangan berhimpun di depan lampu isyarat. Cuba jarakkan kenderaan anda. Ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian jika mengguna jalanraya di Thailand 1. Jika anda menunggang motosikal pada kelajuan melebihi 90km/j, 7 disyorkan menunggang disebelah kiri garis putih tengah jalan jika jalanraya dua lorong. Ini mungkin boleh mengelakkan kenderaan keluar...