KRISIS MINYAK THAILAND: Kenapa Pelancong Wajib Berwaspada? – Nasihat Cikgu Joe Satun
"Krisis minyak dunia bukan cerita Betong atau Pak Bara saja. Cikgu Joe Satun bongkar realiti geopolitik dan tips penting untuk pelancong Malaysia agar tak tersadai di Thailand."
Hujung November 2025 dulu, sebelum banjir besar melanda Hatyai, aku dah berbuih mulut pesan suruh beringat. Ada yang kata aku ni "Palatao", konon nak tunjuk pandai lebih dari Jabatan Kaji Cuaca. Sekali bila air naik, hari-hari lebih 100 wasap masuk tanya tolong.
Sebab itu, kali ni aku nak pesan lagi. Tolong dengar bagi faham, jangan meroyan.
1. Kenapa Kena Beratur Panjang di Betong & Pak Bara?
Mungkin ada yang ingat barisan panjang di stesen minyak Betong atau Pak Bara tu masalah kecil saja. "Alah, esok lusa okeylah tu," kata depa.
Melawat Satun KLIK DISINI ✌
Silap besar! Hakikatnya, ini bukan masalah lokal. Ini masalah GEOPOLITIK.
Bila Iran dengan Isawel berbalas bom, bila Donat Trump mula sembang pasal perang, kesannya bukan takat di Timur Tengah saja. Dia mengalir macam minyak, dari Selat Hormuz nun di sana, sampai ke pam minyak tempat kita nak isi ni.
2. Geopolitik Bukan "Non Lawan Nusi"
Hangpa kena bezakan antara Geopolitik dengan politik kedai kopi.
Politik Malaysia: Itu sembang "Non lawan Nusi", sembang pecacai politik yang hari-hari makan maki. Itu isu domestik.
Geopolitik: Ini pasal kuasa besar dunia berebut urat nadi ekonomi—iaitu MINYAK. Bila laluan minyak dunia terganggu, seluruh dunia kena "demam".
Sebab tu stesen minyak di tempat aku sekarang kena catu. Bukan sebab tak ada lori hantar, tapi sebab stok dunia tengah sangkut!
3. Nasihat Aku: Biar Rugi Bisnes, Jangan Rugi Nyawa
Memang aku ada perniagaan KARLISA TRAVEL di Pak Bara. Pelanggan aku 100% orang Malaysia. Kalau aku cerita benda betul ni, mungkin orang takut nak datang dan menjejaskan pendapatan aku.
TAPI... duit bukan segalanya. Aku kena bagi nasihat yang benar supaya hangpa tak hadapi musibah di negara orang.
Pesanan buat yang nak ke Thailand:
WAJIB: Sebelum masuk sempadan, ISI MINYAK PENUH-PENUH di stesen minyak terakhir dalam Malaysia. Jangan masuk dengan tanki kosong!
PANTANG: Jangan biarkan tanki tinggal suku. Bila nampak jarum cecah SEPARUH, terus cari stesen dan isi penuh semula. Jangan tunggu sampai "E".
STRATEGI: Kalau belum buat tempahan dan perjalanan jauh (lebih 300km dari sempadan), "consider" semula. Kalau nak mai juga, duduk kawasan dekat sempadan saja macam Betong, Sungai Golok, Pak Bara atau Hatyai.
4. Jangan Percaya Cakap Peniaga "Tak Ada Apa-apa"
Jangan mudah percaya kalau ada peniaga kata "semua okey, tak ada apa". Depa mungkin fikir pasal poket depa saja. Kita yang ada OTAK dan bijak pandai ni kena faham situasi dunia tengah tegang.
Wajib Baca :👉 Analisa Berita Thai PBS
Iran nak bom, dia tak habaq kat kita. Israwel nak serang, dia tak wasap kita. Jadi, kita yang kena bersedia.
Boleh nak melancong satu Thailand, tak ada masalah. Tapi tolonglah, kerapkan isi minyak. Jangan sampai tersadai tengah jalan di negeri orang sebab ego tak mahu dengar nasihat.
Dengar bagi faham, buat bagi jadi.
Ok, SEDEKAH RAMADAN PAK BARA 2026. Moga kita semua dilindungi.
Ramai Yang Membaca
1. Panduan Lengkap Masuk Thailand
2. Koh Khao Yai - Island Hopping Terdekat Di Pak Bara
3. Di Pak Bara - Koh Bulone 3H2M
— Cikgu Joe Satun
#cikgujoesatun #karlisatravel #InfakRamadhan #GeopolitikDunia

Post a Comment for "KRISIS MINYAK THAILAND: Kenapa Pelancong Wajib Berwaspada? – Nasihat Cikgu Joe Satun"