MANUSIA DAN KUCING
Allahu Akbar ! suatu petang aku jumpa seorang kakak yang sangat mulia. Walaupun kata ustaz memberi makan kucing adalah sunat, jika tidak mencemarkan kawasan sekitar. Kebersihan kawasan awam perlu dijagai. 
Jangan bagi makan kucing, kemudian menjadi kotoran dikawasan sekitar. Sekadar boh nasi lapik kertas surat habaq pastu tinggalkan menjadi sampah sarap yang mencemarkan alam dan memudaratkan kesihatan.

Ustaz kata lagi, memberi makan kucing ini jatuh sunat bila kita menjaga perkara perkara tadi. Lagipun bila Allah jadikan binatang, maka Allah telah tetapkan rezekinya. 

Kita lihat cicak, semua makanan dia adalah makanan yang terbang. Namun Allah bagi kat dia lidah yang fleksibel bagi memudahkan dia menangkap haiwan terbang itu.

Kakak ini setiap petang dia akan membawa nasi untuk diberi makan lebih 20 ekor kucing yang terbiar. Walaupun kucing terbiar itu, tinggal sekitar sebuah banglo. 

Kakak akan membawa besen, yang telah dicuci dan mengutip besen yang telah digunakan semalam. Aku perhatikan, kakak ni menjaga kebersihan tempat awam. 

Maka ayat yang aku kata ustaz kata tadi, bukan ustaz kata, tapi kakak ni yang dok habaq kat aku. Aku pun tak tau kata sunat saja. Pas kakak ni bagi tau baru aku tau. Ilmu baru.

Kebetulan aku jumpa kakak ini sedang tolak motor sebab tayar pecah. Aku soh dia tolak motor pi simpan kat kedai pakcik depan rumah aku. Mengelop dah, kedai motor dah tutup. Maka bini aku pun, pi hantaq dia balik.

Bini aku cerita perihal kakak ini, dok rumah sewa bersama dua anak. Sorang anak dara dan sorang anak teruna. Anak dara dia belajar kat U di Trang. Manakala anak teruna dia masih di tingkatan enam. 

Kerja seharian kakak ni, sekadar membuat cucoq jual. Dia hantar ke kedai kopi sekitar Langu. Itulah pendapatan dia, memelihara 2 orang anak yang masih belajar dan 20 ekoq kucing yang di ajaq pun tak reti melayu. 

Sejak dari hari aku jumpa dia tolak motor, boleh kata selalu juga aku menghulurkan sedekah kepada dia. Mengakalu anak dara dia senyum kat aku, maka banyaklah, aku bagi.
Dah tua-tua ni bila ada anak dara senyum kat kita bukan senang nak dapat oooi. 

Sekadar gurauan dihujung cerita. Bila orang tanya kenapa suka dok di Siam. Sebab utamanya, tokwan pun depa panggil abang.
Masuk kedai ja, depa tanya, Bang Kin arai!
Bila nak balik depa sebut Khap Kun Kha.
Kha adalah sebutan dari orang perempuan kepada orang lain. Manakala lelaki akan sebut Krab. Dan aku jawab Krab pom. 

Bila dah ramai soh aku tulis buku. Maka aku pun buat buku digital untuk hangpa baca. 
Bacalah dengan percuma, posting sepanjang bulan Mac 2020. Pelan pelan aku update.

Oleh kerana percuma, hangpa tolonglah share link kepada orang lain.

Nanti sahabat aku Hasrul Bin Hassan seorang blogger terkenal di Malaysia akan ubah alamat kepada dot com. Website dia www.hasrulhassan.com/
Hangpa boleh baca. Dia ada Master dalam kejuruteraan, tapi fokus 100% menjadi blogger sepenuh masa. Aku kenal dia sebelum aku pindah mai siam lagi. Lama la kira. 
FB: 29-03-2022