Aku dan Pak Mentua
Semalam aku terima wasap dari Pak Mentua aku. Dia bagi tau ada Janda anak dua dan tidak ada perkerjaan tetap. Sekadar mengambil upah kerja, kekadang ada, kekadang tiada.

Sebagai menantu yang nakal, aku menjawab, Tak Segak, Kalau Segak boleh buat bini.
Pak Mentua menjawab, aku yang nak kat dia.
Ok aku jawab balik. 
Ok kita masuk minang teruslah dan tanya dia berapa belanja ( hantaran ) Nanti nak cari.

Pastu Pak Mentua terus kol.
Dia kata mengkalu dok layan wasap hang, satu kerja tak jadi.

Pak Mentua aku memberi tahu, tentang seorang BALU yang kematian suami akibat covid-19 tahun 2020. Kini dia hidup dalam keadaan sukar, susah dan daif.

Dia ajak aku tolong bantu bagi meringankan beban dia. Aku bagi tau, hari sabtu ni aku pi rumah dia dan pi tengok keadaan dan memberi bantuan awal. 

Beginilah hubungan aku dan pak mentua aku. Memang macam kawan. Namun ada batasan aku melawak dengan dia sebab hormat aku ada pada dia. Begitu juga dengan mak mentua. Aku boleh tidur meletak kepala atas riba dia. Bergurau untuk bermanja.

Aku memang suka bergurau. Bukan setakat dengan hangpa tapi dengan semua orang termasuk pak mentua, mak mentua, bini dan anak-anak. 

Walaupun aku tak kaya. Tapi aku, boleh kata happy memanjang. 

Hakikatnya kita suka jaga tepi kain orang. Kita jaga tepi kain pensyarah. Jaga tepi kain student. Terlalu menjaga tepi kain mereka yang tidak memberi manfaat kepada perjalanan menuju kepada kematian. 

Akan tetapi banyak lagi kain buruk dan kain koyak yang perlu kita jaga. Jangan tunggu musim-musim tertentu. 

Sekian
Cikgu Joe Satun
Whatsapp: +66864706211
FB: 31-03-2022