Latot atau rumpai laut akan berlambak di Nat kokleqhiah Setoi pada musim panas ni. Harga sepinggan thb20 saja. Dijadikan ulam cicah dengan sambal nyiok memang padu. Tapi tak boleh simpan lama. Beli dan makan bagi perabih. 
Biasanya musim panas ni harga sayuran agak mahal. Namun paling mahal ketara pada masa kini adalah minyak sawit. Satu Kilo berharga thb60 atau RM7.60/kilo.
Lagipun minyak subsidi malaysia payah sikit nak seludup sebab pintu sempadan masih lagi ditutup. 

Bagi aku yang lama dok di Siam, setiap bulan aku akan balik ke Malaysia untuk shopping barang-barang dapur. Bagi aku yang dah selalu sangat dok shopping barang dapur di Siam, aku dapati barangan dapur di Malaysia lebih murah kecuali gula agak mahal.

Milo aku akan beli di Malaysia. Sebab Milo Malaysia No. 2 sedap selepas Milo Australia. Pastu aku akan beli Teh Boh perisa strawberry. Pastu beli peenut butter bersalut cokelat dan strawberry. Susu tepung everyday, rempah ratus seperti serbuk rempah, halba campur, jintan manis, buah keras, bunga cengkih dan bunga lawang. 

Mee Megi perisa kari dan asam laksa tidak ketinggalan. Anak bongsu aku akan angkut air teh bunga untuk stok sebulan. 

Ada orang kata, barang dapur di Siam murah. Bagi aku pula, tengok barang juga. Lagipun aku berniaga dengan 98% rakyat Malaysia. Apa salahnya aku membayar pulang RM yang telah dibawa masuk oleh pelancong ke Siam bagi mengimbangi ekonomi. Walaupun sumbangannya sangat kecil, tapi ianya lebih kepada tanda cinta pada negara.

Kalau pakaian berjenama, aku lebih suka beli di Malaysia. Murah giler. Jeans Levi's di Thailand harga mencecah thb2800 dan manakala di Malaysia sekadar RM280-RM300 saja. Pertukaran wang membuatkan harga lebih murah. 

Cermin mata jenama Ray Ban, aku buat kat Langkawi baru harga RM650 siap power. Tapi di La Ngu, jenama cap ayam saja siap power Thb7000 atau hampir RM1000. Mahal giler.

HP masa GST 6% harga di Malaysia amat murah berbanding di Siam kerana Siam gst/vat 7%. Tapi la ni sst 10% harga dah hampir sama atau di Malaysia agak mahal sikit.

Bagi aku yang dok di Siam, masa gst aku rasa banyak barang eloktronik di Malaysia lebih murah. Komputer pun lebih murah. Tapi selepas SST harga dengan pertukaran wang, lebih kurang sama saja. 

Selepas PRU 14, aku rasa rakyat Malaysia banyak belajar tentang " seni politik ". Bagaimana ahli politik manupulasi sesuatu isu agar menjadi viral dan mempengaruhi undi.

Sebagai contoh terbaru isu KWSP. Isu ini dibawa oleh Najib Razak. Isu popular yang dapat mempengaruhi undi. Namun Anwar Ibrahim TERPAKSA melawan arus untuk membantah kerana bila diluluskan ia akan memberi impak tinggi kepada pihak Najib Razak. 
Hakikatnya kedua dua pihak bukan berjuang untuk rakyat pun. Depa berjuang demi kepentingan politik. 
Juga begitu Muhyidin Yasin pada awalnya menjadi PM berjaya memenangi hati rakyat dengan memberi pengeluaran KWSP. Namun bila meletak jawatan, maka dia juga tidak menyokong isu pengeluaran KWSP.

Ini hakikatnya bila Elephant Fight Elephant grass will suffer.
cjs:21-01-2022