Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand antara kampung asal melayu yang masih lagi meneruskan tradisi kehidupan orang melayu. Kehidupan dan adat resam masih lagi cenderung kepada kehidupan masyarakat Melayu di Kedah sekitar tahun 80-an.

Apa tidaknya, jika kenduri kahwin masyarakat masih lagi bergotong royong mengerjakan persiapan kenduri. Makan berhidang dengan mentara akan mengangkat juadah hidangan ke meja tetamu.

Jika menikah dengan orang kampung Guar, upacara akad nikad dalam bahasa melayu. Jenuh nak hafal jika pengantin lelaki bukan kalangan orang berbahasa melayu.

Guar atau belah selatan Kedah depa panggil " Gon " atau bukit kecil atau tanah tinggi. Namun kini gon dah tak kelihatan disini. Menurut cerita, Kampung Guar dahulunya besar sehingga bersempadan dengan Pekan Setoi ( Satun ). Di tukar nama ke Ban Khuan dan dijadikan salah satu mukim dalam daerah Ampheor Mueng Satun. Ampheor Mueng adalah daerah ibunegeri atau ibuwilayah Satun.
Biasanya Wilayah di Thailand, nama ibuwilayah atau capital city diambil semperna nama wilayah. 

Jika hangpa nak merasai juadah kedah lama, seperti gulai tumis, coq keria, bengkang, tepung bungkus, dangai, pulut udang, dan makanan tradisi lama orang Kedah, hangpa boleh mai setiap petang Selasa dan Jumaat kerana ada Nat Ban Khuan.
Manakala hari jumaat, khutbah jumaat dalam bahasa melayu. Amat jarang sangat dalam bahasa thai. 

Hangpa ikuti video sembang santai orang kampung guar sebelum solat zohor 

TAK LUPA IKUTI TEMUBUAL CJS dengan Pengembara Satria Jalur Gemilang 2 di Facebook Group KEMBARAKU pada hari SABTU 29HB jam 7.30 pagi waktu Malaysia.
cjs:28-01-2022