Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Insuran Thailand

Thailand Negara Kesembilan Kemalangan Maut

Thailand mempunyai kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang tinggi di peringkat global. Menurut laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thailand mencatatkan kadar kematian jalan raya sebanyak 25.4 per 100,000 penduduk pada tahun 2021, menjadikannya negara ke-9 tertinggi daripada 175 negara anggota WHO dalam aspek ini . Walaupun terdapat penurunan daripada kadar 32.7 kematian per 100,000 penduduk pada tahun 2016, Thailand masih mengekalkan kedudukan yang tinggi dalam statistik kemalangan jalan raya . Faktor utama yang menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi termasuk penggunaan motosikal yang meluas, pematuhan undang-undang lalu lintas yang lemah, dan infrastruktur jalan raya yang tidak mencukupi . Secara purata, sekitar 50 orang kehilangan nyawa setiap hari di jalan raya Thailand, dengan majoriti mangsa berumur antara 15 hingga 29 tahun dan 83.8% daripada kematian melibatkan penunggang motosikal . Situasi ini menekankan keperluan mendesak untuk penambahbaikan da...

SURAT KEBENARAN PEMILIK UNTUK MEMBAWA KENDERAANNYA KE THAILAND

Contoh surat kebenaran dari pemilik kenderaan yang kita perlukan jika kenderaan bukan nama kita dalam geran. Surat perlu di tuliskan dalam bahasa Inggeris. Namun jika kenderaan milik syarikat, lebih menggunakan letterhead syarikat dan di Cop dan tandatangan boss. Jika memasuki melalui Betong/Pengkalan Hulu anda perlu cop Balai Polis Ayer Panas di salinan geran dan surat berkenaan. Jangan lupa salinan mykad pemilik kenderaan. Contoh : [Vehicle Owner’s Name] [Vehicle Owner’s Address] [Date] To Whom It May Concern, RE: AUTHORIZATION TO USE VEHICLE Dear Sir/Madam, I, [Name of Vehicle Owner], am the registered owner of the following vehicle: Year: [Year of Vehicle] Plate No.: [Vehicle Plate Number] Model: [Vehicle Model] Chassis No.: [Vehicle Chassis Number] I hereby authorize [Name of Borrower], holder of passport number [Passport Number], to use my [car/motorcycle] as described above. For your reference, I have attached a photocopy of my identification card. Thank you for your attention a...

Pak Bara Halal Near Me

Jika hangpa mai Pak Bara, tak tau nak makan kat mana ? Hangpa buka google maps dan hangpa taip “ Halal Near Me “. Dia akan bagi macam macam punya suggestions Kedai Makan Halal. Pastu hangpa baca review yang ditinggalkan oleh pelanggan. Jika depa tulis siam, hangpa klik translation. Kebanyakkan kedai harga lebih kurang saja. Mana boleh letak harga sesuka hati. Depa pun ada pemantauan dan persatuan peniaga. Bab sedap ni subjektif. Bagi aku yang dah 14 tahun tinggal disini, rasa lebih kurang saja. Namun ada menu tertentu yang membuat kita rasa kedai itu atau kedai ini lebih sedap. Ada kedai Tomyam sedap. Ada kedai Kengsom sedap. Namun jika kita order makan, ayaq sampai lambat dari makanan bermaksud, makanan tak fresh. Sebab depa dah buat kuah siap siap, pastu perangat dan boh ikan atau udang. Ataupun depa buat stock kepada makanan paling laris. Biasanya restoran di Siam, memang lambat. Jika cepat, There are something wrong with the way they prepare the food. Itu aja. Bukan masalah pun. Se...

Motor Thailand Dan Insurans

Motor Thailand Motor cc 250 ke atas boleh ambil Insurans Kelas pertama. Insurans ini melindungi motor kita dan kenderaan pihak ketiga. Bergantung siapa yang bersalah. Motor 250 cc keatas sesuai untuk di buat sewa. Sebab adil kepada penyewa. Motor merah tu cuma 115 cc saja. Insurans kelas kedua dan ke bawah. Insurans ini melindungi motor kita dengan kadar yang amat minima. Namun Insurans ini melindungi kenderaan pihak ketiga. Motor ni kalau aku nak buat sewa, risiko sikit. Sebabnya jika kerosakan teruk pada motor ini dan kos memperbaiki melebihi nilai lindungan, maka terpaksa meminta penyewa yang menanggung kosnya. Compulsory cuma melindungi kos rawatan perubatan dan pampasan kematian. Namun kebanyakkan motosikal dbawah 250 cc, jarang mereka mengambil Insurans kelas kedua atau kelas pertama. Mereka sekadar mengambil Compulsory kerana ianya wajib jika ingin menghidupkan cukai jalan. That why motor aku, payah aku nak bagi pinjam atau bagi sewa. Jadi apa-apa jenuh bergaduh. Depa dok pikiaq...

SIAPA CIKGU JOE SATUN !

Cikgu Joe Satun, seorang warga Malaysia yang telah menetap di Satun, Thailand sejak 10 Januari 2011, telah mencuri perhatian ramai kerana dedikasi beliau dalam membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand. Latar Belakang dan Sumbangan Cikgu Joe Dikenali dengan panggilan Cikgu Joe, beliau bukan sahaja aktif dalam membantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah seperti kemalangan jalan raya, malah beliau juga gigih mengajar ilmu Fardhu Ain dan Bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak di Thailand. Tadika Misbahuddin di mukim Ban Khuan menjadi saksi komitmen beliau dalam memberikan pendidikan asas Islam dan memartabatkan bahasa Melayu di kalangan generasi muda. Pengasas Karlisa Travel Selain itu, Cikgu Joe juga merupakan pengasas Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian di sekitar Satun, Thailand. Langkah ini membuktikan jiwa usahawan beliau yang sentiasa mencari peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Dedikasi dan Pengorbanan Kep...

Siapa Cikgu Joe Satun

Cikgu Joe Satun ramai yang bertanya tentang siapa pemilik nama ini. Seorang warga Malaysia yang menetap di Satun Thailand sejak 10hb January 2011 sehingga kini. Mula dikenali kerana mengajar Fardu Ain dalam bahasa Melayu secara sukarela di Satun. Beliau juga banyak membantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah di Thailand. Antara orang pertama yang memperkenalkan Insurans yang mesti dimiliki jika ingin melawat Thailand dengan membawa kenderaan sendiri. Ikutilah kisahnya di video berikut

Lupa Chop Passport Apa Nak Buat

Jika dari Thailand nak balik ke Malaysia, tiba-tiba hangpa lupa chop passport, apa nak buat ? Lupa chop passport adalah satu kesalahan besar. Anda boleh didenda dan dipenjara jika disabitkan kesalahan. Apa alasan hangpa tidak boleh diterima pakai. Cikgu Joe pernah didenda THB21,000 disebabkan tinggal sewaktu Covid-19. Alasana Covid-19 sebenaranya paling kuat namun undang-undang tetap undang-undang. Oleh itu jika hangpa terlupa, jangan bertangguh, segera ke Pejabat Imigresen Thai dimana-mana sempadan untuk membayar denda. Ikutilah nasihat dari seseorang yang layak untuk memberi nasihat. https://youtu.be/nmI-1DzDmHs?si=hBazuwpPazdY4oir

THAILAND NEGARA KEDUA PALING BAHAYA DIJALANRAYA

 Lima tahun dulu aku pernah keluarkan info berkenaan bahaya memandu di jalanraya Thailand untuk tatapan pembaca, namun aku dibelasah luncai oleh netizen yang sangat tabsud dengan negara Thailand. Waimah aku tinggal di Thailand dan anak isteri warga Thai. Aku menulis panduan memandu di Thailand kerana aku dapati pemanduan disini sedikit berbeza dengan budaya di Malaysia. Rata-rata penunggang motorsikal tidak ada lesen memandu. Maka pengetahuan depa tentang peraturan dijalanraya amat cetek. Oleh itu kita perlu memberi lebih perhatian. Aku selalu pesan kat bini aku bila memandu, pastikan cermin sisi kiri sentiasa dipandang dan lebih cermat ketika memotong motorsikal. Kebiasaan parking dibahu jalan, adalah perkara biasa di Thailand. Sebab bahu jalan tinggi dan susah nak bawa masuk kenderaan ke kawasan rumah. Oleh itu penghuni rumah ditepi jalan akan parking kereta di bahu jalan.  Motor tiga roda, kebiasaannya memandu sekitar 40-60kmj, maka kita harus bersabar jika kita mengekoriny...

JIKA KEMALANGAN KOL TOURISM POLICE THAILAND

TOURISM POLICE THAILAND Jika hangpa kemalangan terutamanya di Thailand, Untuk Mendapat Khidmat Bantuan Secara Percuma, SILA KOL 1155 ( tol free dengan simkad thai ). Tourism Police akan membantu anda dari segi - bantuan bahasa - memudahkan kesulitan  - perantara antara anda dan Thai Royal Police - perantara antara anda dan mereka yang terlibat kemalangan bersama anda. Fungsi Tourism Police Thailand Memberi keadilan dan membantu pelancong yang berada di Thailand. SEBARKAN

JENIS-JENIS INSURAN KENDERAAN MASUK THAILAND

Jenis-jenis insuran yang disarankan untuk membawa kenderaan ke Thailand. Pertama : Compulsory atau Por Ror Bor.  Insuran yang wajib kena beli. Tapi insuran ini sekadar melindungi penunggang, pembonceng, pemandu dan penumpang kenderaan.  TIDAK MELINDUNGI KEROSAKKAN KENDERAAN. Kedua : Voluntary Insuran sukarela beli tidak paksaan TETAPI banyak membantu untuk membayar pampasan kepada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan dengan hangpa.  Insuran ini akan membayar pampasan kepada kenderaan pihak ketiga jika hangpa didapati bersalah dalam kemalangan tersebut. Namun sangat sedikit amaun untuk pampasan kenderaan hangpa sendiri.  Ketiga : Extention 101 Insuran Insuran ini boleh dibeli di Malaysia. Rujuk insuran kenderaan hangpa dan boleh bertanya kepada agen insuran hangpa.  Pampasan tertakluk terma dan syarat. Akan tetapi amat-amat membantu untuk anda mendapat pamasan kepada kenderaan hangpa dan kenderaan pihak ketiga. Namun begit...

BILA ORANG THAI ACCIDENT SESAMA DEPA

Siap Duit Kalau Accident Kematian Di Thailand Biasanya di Thailand, jika kemalangan ( antara orang thai dan orang thai )  melibatkan kematian, pihak keluarga mangsa akan menuntut pampasan dari pihak yang menyebabkan kematian. Tambahan pula, mangsa sekadar naik basikal atau motor. Manakala pihak yang menyebabkan kematian naik kereta atau lori. Jenuh bayar pampasan. Jumlah pampasan yang biasa aku dengar dari minima THB300,000 hingga THB3.7 juta.  Jika pihak yang menyebabkan kematian tidak berpuas hati, boleh bawa kes ini ke Mahkamah Sivil. Pengadilan akan dijalankan, biasanya kalah.  Macam kes Pakcik Wahab, dia melanggar mangsa hingga menyebabkan kematian. Dia naik motor dan mangsa lintas jalan, so masak lah kena bayar pampasan.  Biasanya jika kita terlibat dengan kemalangan di Thai, kita perlu menjelaskan semua bayaran barulah kita dibenarkan balik ke Malaysia. TIADA istilah bayaran ansuran. Bukan beli penapis ayaq Coway. Boleh HUTANG. Kisah basikal lajak, bila mahkah...