Skip to main content

AKU TUKANG CERITA

Aku Tukang Cerita adalah hasil posting FB Cikgu Joe Satun( CJS ) selama ini. Khas dedikasi untuk semua yang mengenali CJS.
Seorang anak Sungai Seluang, Lunas Kedah. Mula berhijjrah ke Satun sekitar 2011. Memulakan kerja amal dengan menjadi ustaz di Tadika Misbahuddin di Bam Khuan, Satun. 
Dikenali sejak membantu rakyat Malaysia yang terlibat dengan kemalangan di Selatan Thailand.
#akutukangcerita
#cikgujoesatun
#cjs406
#cjs
Blog:30-03-2022

Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

SURAT KEBENARAN PEMILIK UNTUK MEMBAWA KENDERAANNYA KE THAILAND

Contoh surat kebenaran dari pemilik kenderaan yang kita perlukan jika kenderaan bukan nama kita dalam geran. Surat perlu di tuliskan dalam bahasa Inggeris. Namun jika kenderaan milik syarikat, lebih menggunakan letterhead syarikat dan di Cop dan tandatangan boss. Jika memasuki melalui Betong/Pengkalan Hulu anda perlu cop Balai Polis Ayer Panas di salinan geran dan surat berkenaan. Jangan lupa salinan mykad pemilik kenderaan. Contoh : [Vehicle Owner’s Name] [Vehicle Owner’s Address] [Date] To Whom It May Concern, RE: AUTHORIZATION TO USE VEHICLE Dear Sir/Madam, I, [Name of Vehicle Owner], am the registered owner of the following vehicle: Year: [Year of Vehicle] Plate No.: [Vehicle Plate Number] Model: [Vehicle Model] Chassis No.: [Vehicle Chassis Number] I hereby authorize [Name of Borrower], holder of passport number [Passport Number], to use my [car/motorcycle] as described above. For your reference, I have attached a photocopy of my identification card. Thank you for your attention a...

Undang Undang Jalanraya Thailand 2025

Berikut adalah undang-undang jalan raya terkini di Thailand yang mula berkuat kuasa pada tahun 2025: 1. Penggunaan Topi Keledar Wajib untuk Penunggang dan Pembonceng Motosikal. Mulai 1 Jun 2025, semua penunggang dan pembonceng motosikal diwajibkan memakai topi keledar tanpa mengira jarak perjalanan atau lokasi. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh dikenakan denda sehingga 2,000 baht. Pihak berkuasa menekankan pematuhan 100% terhadap peraturan ini untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti berhampiran sekolah dan universiti . 2. Peraturan Jarak Selamat Antara Kenderaan Bermula 1 Januari 2025, peraturan baharu mengenai jarak selamat antara kenderaan telah diperkenalkan. Pemandu diwajibkan mengekalkan jarak minimum berdasarkan kelajuan kenderaan: • 60 km/j: sekurang-kurangnya 35 meter • 60–80 km/j: sekurang-kurangnya 55 meter • 80–100 km/j: sekurang-kurangnya 70 meter • 100–120 km/j: sekurang-kurangnya 100 meter Kegagalan mematuhi perat...