Kita sering mendengar cerita, bila accident di Thailand selalu kena PAU. Namun jika anda mematuhi segala peraturan dan saranan di bawah, anda akan TERHIDAR dari kena PAU. Biasanya yang kena pau terdiri dari PALATAO. 

Jika anda cedera parah, tidak apa yang anda mampu lakukan. Cuma berharap pihak hospital menghubungi pihak Kedutaan atau Konsulat Malaysia. Namun jika ada rakan anda, ikutilah saranan berkenaan.

-Hubungi tourism police thailand. Tol Free 1155. Sebab itu simkad thai penting untuk kecemasan.
-Hubungi Tourist Assistance Center ( TAC ). Tol Free 1672
Tujuan anda hubungi dua pihak berkenaan untuk bantuan jurubahasa dan nasihat perundangan.

- Siapkan dokumen seperti :-
passport mangsa ( salinan diperlukan )
Insuran Por Ror Bor. Yakni insuran wajib ( salinan diperlukan )
Insuran Voluntary ( salinan diperlukan ) Insuran ini untuk membayar ganti rugi kenderaan yang terlibat jika anda bersalah.

- Mohon Tourism Police atau TAC untuk menghubungi pihat insuran anda.
- Maklumkan kejadian ini kepada agen insuran yang berkenaan dimana anda mengambil insuran berkenaan ( di malaysia )

- Dengan bantuan Tourism Police atau TAC anda ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Tourism Police dan TAC biasanya boleh berbahasa Inggeris.
- dokument diperlukan :-
- passort mangsa
- declaration custom form 

JIKA PIHAK TOURISM POLICE DAN TAC LAMBAT TIBA, ANDA BOLEH MEMOHON PIHAK HOSPITAL MENGHUBUNGI WAKIL INSURAN DENGAN MEMBERI SALINAN POLISI INSURAN.

- Kenapa memberi salinan polisi bukan insuran asal ?
- Takut polisi asal hilang.
- Bersabar menunggu keputusan dan jangan mendesak. Setelah mendapat keputusan, lakukan tindakan susulan.
- Jika mangsa memiliki insuran peribadi atau Travel Insuran, hubungi rakan atau agen insuran di Malaysia. 
- Pihak insuran di Malaysia akan menghantar bantuan segera. 

PERKARA PENTING JIKA BERKENDERAAN DI THAILAND
1. POR ROR BOR ( Insuran wajib ambil ) untuk biayai kos rawatan.
2. VOLUNTARY INSURAN ( insuran pilihan ) untuk membiayai kerosakkan kenderaan yang terlibat jika anda bersalah. Manakala kenderaan anda ditanggung sendiri.
3. EXTENSION 101 ( insuran yang dibeli dimalaysia jika kenderaan anda dilindungi insuran kelas 1 ). Insuran ini dapat membantu membaiki kenderaan anda dan kenderaan yang terlibat, namun anda perlu berbelanja terlebih dahulu dan claim kemudian.
4. TRAVEL INSURAN atau PERSONAL ACCIDENT  insuran ini sangat membantu jika mangsa accident serius dan perlu diterbangkan ke hospital di Malaysia. Kos rawatan di Thailand sangat mahal untuk bukan warganegara mereka. ( travel insuran/personal accident sila rujuk penerangan terma dan syarat melalui agen anda ) 
5. DECLARATION CUSTOM FORM

Jika anda tiada keempat empat insuran berkenaan, akan menyulitkan proses penyelesaian antara pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan.
Kemungkinan besar anda akan di " pau " dengan tuntutan yang tidak munasabah.

PASTIKAN anda memiliki keempat empat insuran berkenaan sebelum membawa kenderaan ke Thailand.
Kos permulaan membeli Por Ror Bor dan Voluntary kira-kira RM500 ( anggaran )
Extension 101 sebulan kurang atau RM100
Travel Insuran sebulan kurang atau RM100
Total kos untuk membawa kenderaan ke Thailand lebih kurang RM500/setahun dan RM200/sebulan.
Permulaan RM500 setahun dan bila hendak masuk anda sediakan cuma RM200 sebagai tambahan.

Esok 28-02-2022 saya akan bagi panduan jika kemalangan maut, mangsa Malaysia atau Thailand. Prosedur yang perlu anda lakukan.

SILA LIKE DAN SHARE
Penulis :
Cikgu Joe Satun adalah warga Malaysia yang telah menetap di Pak Bara Satun Thailand lebih 10 tahun. Terlibat membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kemalangan di Thailand. Follow groups facebook : KEMBARAKU
#accidentdithailand #kembaraku #cikgujoesatun
27-02-2022