Kalau di Malaysia, pesta dan hiburan sinonim dengan orang Melayu, aku rasa tak salah sebab majoriti penduduk Malaysia terdiri daripada orang Melayu. Lebih-lebih lagi di semenanjung.

Namun di Siam, pesta sinonim dengan semua rakyat. Ini kerana Siam cuma dihuni oleh satu bangsa saja iaitu bangsa Siam. Tak kisahlah hang melayu atau cina. Cuma agama yang membezakan mereka.

Pesta dan perayaan di Siam boleh menjadi tarikan pelancong. Songkran atau Pesta Air, biasanya disambut oleh satu dunia pelancong yang berkunjung ke Siam. Ada yang " plan " untuk datang ke Siam semata-mata untuk meraikan Pesta Songkran.

Main air dan bergurau senda sambil mencurah air kepada sesiapa saja tanpa ada perasaan marah atau mencetuskan pergaduhan menjadi hiburan yang sangat popular.

Sepanjang lebih 10 tahun di Siam, aku cuma terlibat sekali saja dalam pesta Songkran. Pada tahun 2018 di Phuket ketika kami membantu menyelesaikan kes rakyat Malaysia di tahan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kebetulan waktu itu, Phuket Bikeweek. Maka ramailah rakyat Malaysia yang berkunjung ke sana. Acaranya sangat meriah, lebih-lebih lagi di Bangla Road. Bangla Road amat terkenal dengan pusat hiburan. Disini anda dapat bergurau senda dan menjamu mata bersama jelitawan-jeliatan muda yang berpakaian seksi sambil bermain air.

Di tempat aku Satun amat kurang. Tambahan pulak tempat aku tinggal ni 90% terdiri dari Muslim Thai, boleh kata tak da langsung. 

Kalau aku nak cerita hiburan-hiburan malam di Siam, kekadang ada yang tak pernah aku bayangkan dalam fikiran bahawa ada hiburan sebegini didunia ini.

Pernah satu hari kami bawa rombongan pelancong sebuah van terdiri daripada semua perempuan tidur di Hatyai. Satu malam depa ajak kami ke Tiger Show. Aku pun cuba bertanya kepada pemandu tuk tuk dan dia bawa kami. Tiket berharga thb700.

Tobat aku sangkakan pertunjukkan harimau. Rupanya " Thai Girl " show bukan Tiger Show. Kami semua agak terkejut. Manakala aku rasa rezeki terpijak. Mana mungkin aku nak dapat pi tengok kalau bukan dengan pelancong. Bini aku mesti marah punya.

Aku tanya bini aku, takkan hang tak tau kot tiger show macam ni. Dia jawab dia pun tak tau sebab dia budak kampung di Satun mana ada hiburan macam ni. 

Aku rasakan semua tempat destinasi perlancongan popular di Siam, " night life " akan dihiasi dengan jelitawan-jelitawan seksi sebagai penarik.

Bila aku berpindah ke Pak Bara, rumah aku cuma lebih kurang 1Km saja dengan tempat hiburan. Ia juga menjadi laluan aku ke Masjid Ban Langa. Bila malam aku saksikan keindahan dan seksinya mereka itu. Namun siang hari, kekadang aku rasa macam muka pecah rumah pun ada. 

Lumrah, orang tempatan tidak akan berkunjung ke pusat hiburan tempatan kerana dikhuatiri " kantoi " dengan bini dan orang kampung. Biasanya pusat hiburan dikunjungi dari orang luar atau dari daerah yang berjiran. 

Hidup di Thailand ni best sebab disini segalanya bebas. Tempat menguji IMAN diri sendiri. Kalau bulan posa, rasa nak makan, pi saja ke kedai makan. Makanlah tiada sapa nak larang. Disini tiada istilah plastik hitam.

Alhamdulillah sepanjang berada di Siam aku tak pernah tinggal posa dan terawih. Mungkin aku menetap di siam semasa aku berumur 40-an. Cuba kalau masa muda tengok, tak tau nak kata lah. 
Umur macam aku dan punyai anak remaja, rasa malu kat anak lebih. Anak remaja jantan aku pun dok rumah saja, takkan aku pula nak merayap malam. Terbalik kuang pulak noo.
CJS : 24-01-2022