Kayak di Satun
Ada dua tiga lokasi di daerah Langu dan daerah  Manang iaitu daerah berjiran.
Pertama sekali aku nak habaq, aktiviti kayak ini tiada perlindungan insuran. Semua adalah tanggungan sendiri jika, pelancong pergi terus ke tapak penyedia aktiviti ini.

Ini pengalaman aku. Sepasang suami isteri dari Malaysia, kemalangan dan dimasukkan ke hospital. Kos hospital untuk keduanya mencecah thb50,000.

Depa kol aku minta bantuan. Aku ke hospital dan berbincang dengan pihak hospital dan polis. Atas ikhsan kedua pihak berkenanan, aku balik dan isi form insuran dan tarikh di kedepan atas laporan hospital. 

Alhamdulillah dapat juga " claim " insuran.
Jika tidak jenuh nak kutip derma pula.

Atas nasihat Pihak Tourism, Hospital dan Polis, depa soh kami buat pakej termasuk insuran dan mematuhi undang-undang perlancongan Thailand untuk rakyat Malaysia.

Jadi kami pun buat. Namun aku jarang promosi sebab, pakej ini cuma balik modal saja. Tak da untung dan kekadang boleh rugi kalau peserta tak sampai 10 orang.

Hangpa kalau nak pi, tawakal saja pada Allah. Mohon jangan ada kemalangan. 
Jika kemalangan dan masuk hospital, masa tu baru pikiaq. 

Risiko untuk kemalangan sangat tinggi. Travel Insuran yang kita beli kat Malaysia, tak boleh cover sebab katanya extreme sport. Aku pun tak tau juga, namun itu pengalaman aku berurusan.

Kalau pi sendiri kosnya thb300/orang. Tanpa makan dan insuran.

Kalau pi ngan aku minima 10 orang. Kosnya Thb650/orang termasuk kayak, insuran, makan dan transport dari bilik penginapan di Pak Bara. 
Kalau 10 orang kebawah. 
Tanpa transport thb550. Kalau nak transpot tambah thb1500/sebuah. 

Depa complaint mahal.
Tapi bila accident depa cari aku juga untuk minta tolong. ( AKU SEDIA JADI BODO DAN DEPA JA PANDAI )
cjs: 26-01-2022