Aku jumpa banyak Mat Saleh ( lelaki ) dan aku tanya depa kenapa suka melancong ke Thailand ? Pada hal depa cuma dapat Visa sebulan saja berbanding Malaysia depa dapat 3 bulan.
Majoriti menjawab sebab HIBURAN MALAM di Thailand tidak boleh dapat di Malaysia.
Makna kata layanan kupu-kupu malam di Thailand, memang terbaik dan sukar diperolehi di mana-mana. 

Kalau nak ikutkan, negara depa lagi bebas gila. Namun perempuan pelayan dinegara depa " sombong " dan "demand" tinggi. 

Lagi satu tempat percutian masih lagi semulajadi dan dijaga rapi. Jika di pantai depa bebas bersidai dengan tenang tanpa gangguan.

Sebenarnya depa tak suka gambar depa dirakam ketika bersidai di pantai. Namun acap kali aku tengok orang Malaysia yang ke pantai suka mengambil gambar depa. Kalau depa tau depa akan marah.
Kalau nak bergambar, hangpa pi kat depa dan minta untuk bergambar so depa tak akan marah. 

Oleh kerana negara Malaysia majoriti dihuni oleh masyarakat Islam, sasaran pelancong perlu kepada pelancongan muslim. Lebih banyak mempromosikan keindahan dan kehidupan masyarakat. 

Di Thailand, waimah di Wilayah majoriti Islam pun, kalau nak cari hiburan malam amat mudah. Contoh Betong berada dalam Wilayah Yala, Sungai Golok dalam Wilayah Narathiwah juga terkenal dengan pusat hiburan malam. Pekan sempadan ini lumpuh akibat tiada kunjungan rakyat Malaysia. 

Kalau orang kata, rakyat Malaysia menyumbang industri seks disempadan Thailand, depa marah. Namun realitinya pekan sempadan lumpuh bila border ditutup. 

Yang bestnya melancong Thailand tanpa bini memang best. Kalau tak enjoy hiburan malam pun, sekurang kurangnya pi masat ( urut ) pun best juga noo. 
Inilah realiti tapi sentiasa dinafikan demi untuk menjadi suci.
cjs: 02-02-2022