Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2022

MENULIS LAPORAN ATAU MENGHINA ORANG MELAYU

Tajuk Berita 2350 Mat Remit Kena Saman. Baca berita, menyebut bahawa saman yang dikeluarkan atas perbagai kesalahan jalanraya, bukan khas kepada motosikal saja. Dalam operasi, 10,035 kenderaan diperiksa. Motor cuma 3723 dari 10,035 atau 37% dari keseluruhan kenderaan yang ditahan. Tapi kenapa hang pi tulis tajuk Mat Rempit ? Bila aku kata Wartawan sekarang sekadar wartawan copy paste artikel dan gambar di media sosial hangpa tau nak marah. Tapi inilah laporan SAMPAH yang hangpa boleh buat untuk menghina Orang Melayu.  Isu KHAS itu dilakukan menangani isu Mat Rempit. TAPI cuma tahan 37% motor. Adakah pihak berkuasa kita membuat kerja tetapi tidak fokus kepada MATLAMAT ASAL ? Patutlah depa boleh keluar kenyataan untuk mengharamkan Suzuki Belang kerana motor itu boleh lari 177KM/J. Kalau macam tu punya kenyataan pihak berkuasa, jika jenayah rogol meningkat, nanti depa akan bagi cadangan kepada kerajaan agar memotong zakar semua lelaki bagi mengelakkan kes rogol meningkat.  Dey ! ...

BILA ORANG THAI ACCIDENT SESAMA DEPA

Siap Duit Kalau Accident Kematian Di Thailand Biasanya di Thailand, jika kemalangan ( antara orang thai dan orang thai )  melibatkan kematian, pihak keluarga mangsa akan menuntut pampasan dari pihak yang menyebabkan kematian. Tambahan pula, mangsa sekadar naik basikal atau motor. Manakala pihak yang menyebabkan kematian naik kereta atau lori. Jenuh bayar pampasan. Jumlah pampasan yang biasa aku dengar dari minima THB300,000 hingga THB3.7 juta.  Jika pihak yang menyebabkan kematian tidak berpuas hati, boleh bawa kes ini ke Mahkamah Sivil. Pengadilan akan dijalankan, biasanya kalah.  Macam kes Pakcik Wahab, dia melanggar mangsa hingga menyebabkan kematian. Dia naik motor dan mangsa lintas jalan, so masak lah kena bayar pampasan.  Biasanya jika kita terlibat dengan kemalangan di Thai, kita perlu menjelaskan semua bayaran barulah kita dibenarkan balik ke Malaysia. TIADA istilah bayaran ansuran. Bukan beli penapis ayaq Coway. Boleh HUTANG. Kisah basikal lajak, bila mahkah...

AKU TAKUT BINI

Aku Takut Bini Aku memang takut kat bini aku. Aku respek kat hangpa yang tak takut kat bini tapi masih setia pada bini sorang tu saja. Ibarat kata cina jual aiskrim di musim hujan. Ikan temenung lagi mau bikin apa, goreng, gulai dan asam pedas. Simpan dalam peti, makan sudah tak sedap. Tapi kena makan juga.  Aku memang takut kepada bini dan bekas bini-bini aku. Oleh kerana ketakutan aku pada bini dan bekas bini-bini aku, membuat aku banyak kali berani jumpa tok kadi.  HANGPA yang tak takut bini, sekali tu lah merasa jumpa tok kadi kan. Lagi sembang deraih noo. Ibarat pisang lasu lah, buat coq kodoq makan waktu hujan sedap gak noo. Bini aku ini, yang paling aku takut. Oleh kerana dia, aku kenal masjid dan orang miskin. Dia banyak memperkenalkan aku perbezaan dalam bermazhab dan diserasikan dalam kehidupan harian. Hangpa faham ka ? Bagi kami fakir miskin tiada agama. Semua manusia yang hidup melarat dan merempat perlu dibantu dan dakwah yang terhebat adalah akhlak yang baik....

Ramadhan Ke 9 Kisah Sedekah

Ramadhan ke 9 Pakcik dan Makcik gambar pertama, bukan setakat Ramadhan aku bagi sedekah pada dia, aku rasa setiap bulan aku hantar duit belanja.  Bila aku jumpa dia, aku terbayang diri aku ketika usia begini. Adakah aku akan kesunyian menanti anak pulang. Aku tak salahkan anak-anaknya kerana aku sendiri agak jarang balik kampung. Tambahan covid menyerang dah tiga kali ramadhan aku tak balik. Gambar Kedua, seorang kakak dari Thepha yang fasih berbahasa melayu. Suami dia tukang rumah dan dia pandai membuat lekaq dari lidi daun nipah. Disamping itu dia membuat daun rokok. Anak tunggal dia belajar di Sekolah Pondok di Pattani dan untuk menghilangkan bosan dia memelihara dua anak adiknya yang kematian suami.  Tak salah aku membantu dia, dia antara penerima sedekah bulanan. Gambar ketiga, seorang nelayan berkahwin dengan isterinya mualaf dari Laos. Anak-anaknya seramai 6 orang. Aku tersentuh dengan mereka, ketika kayuh basikal, anak-anak dia berebut semangkuk megi. Aku segera patah ...

Internet dan Hamba Abdi

Sepanjang 10 tahun aku di Thailand, aku tak pernah maki syarikat Telco tempatan. Ini kerana boleh kata tidak pernah ada masalah langsung.  Internet laju dan berbaloi dengan nilai yang dibayar. THB890 + cukai kedebuk kedebab dalam Thb1000 atau RM130/100mbps sebulan. Unlimited. Manakala Mobile internet Aku guna My Cat dengan speed 10Mbps dan limited data 30 Gb sebulan dengan harga thb150 saja. Cukup dan biasanya tak habis data.  Aku sering baca rungutan dari kawan-kawan di Malaysia kata Internet di Malaysia sangat bermasalah. Aku tak pasti. Masa aku ride 44 hari, aku guna Hotlink untuk aku, bini dan anak. Sehari kami guna RM3 jadi RM9 x 44 hari. Masalah slow speed, aku rasa ok saja. Anak aku layan Youtube sepanjang atas motor. Aku layan google maps. Bagi aku, ok saja. Lagipun aku bukan seorang yang kelam kabut atau suka terkejar - kejar. Kalau hangpa baca tulisan aku di Facebook pun hangpa boleh tau aku orang yang macam mana. Kalau Tak aku tulis Tak Bukan " X ". Kalau makan aku...

POPULARITI PEMBUNUH KEJAM

POPULAR ADALAH PEMBUNUH Masa aku mulalah kehidupan di Satun, kehidupan aku sangat susah. Namun aku redha kerana aku faham kesusahan ini adalah ujian Allah. Hari demi hari kehidupan aku semakin selesa. Dapat beli kereta, 4 X 4 dan dua pintu rumah kedai. Aku rasakan Allah dah beri nikmat kepada aku. Allah dah bayar cash atas segala kebaikan kepada aku. Itulah perasaan aku. Tiba-tiba Allah hantar ujian Covid-19. Rumah Kedai dua buah, ditarik bank. Kereta dijual dan 4 X 4 ditarik bank. Aku rasakan Allah menguji aku lagi. Mungkin masa aku senang ada perkara yang tak baik aku lakukan. Aku mula mengcongak.  Namun setelah aku settle masalah dengan Bank hidup aku mula kembali normal. Tak kaya tapi rasa selesa. Bisnes Online Stokis Pakaian Thailand mula menampakkan hasilnya. Maka aku perasan lagi. Aku rasakan Allah telah beri nikmat senang kepada aku kerana berkat kesabaran.  HAKIKATNYA SENANG itu adalah ujian paling BESAR dari ujian kesusahan. Ini kerana senang itu adalah impian setiap...

RAMADHAN HARI KE-7

Ramadhan hari ke-7 Amanah kawan-kawan aku sedang tunaikan. Alhamdulillah.  Tadi pukul 2.00 petang aku live dengan Abang Zainal Celeste dan abang Shamsurrijal A Jamil  linknya :   https://www.facebook.com/groups/kembaraku/permalink/5217409948289355/ Menurut abang Zainal yang tahun ke-4 berpuasa sambil berkelana merentasi dunia dengan 4 x 4 bersama isterinya. Menurut abang zainal, puasa di Afrika tidak sama budaya dengan berpuasa di tempat kita.  Tiada juadah berbuka di kebanyakkan masjid, kecuali di negara-negara utara Afrika yang cenderung kepada negara Arab. Tiada moreh dan kurang aktiviti meraikan fakir miskin. Puasa di Afrika sama seperti hari-hari biasa. Tiada bazar ramadhan. Makanan berbuka seperti hari-hari biasa. Makan apa yang ada. Mungkin juga kebanyakkan mereka taraf hidup mereka sama. Itu telahan aku. Di tempat kita puasa sangat meriah. Umat islam meraikan dengan penuh kesyukuran. Yang berada menyalurkan sedekah kepada yang kurang berkemampuan. Aku bersy...

ADA CERITA DISEBALIK NAT BAN TALOSAI

Ada Cerita Disebalik Nat Ban Talosai Sebuah Nat kampung yang kecil tapi aku suka pi sebab banyak ulam-ulam dijual disini. Majoriti peniaga adalah penduduk tempatan yang aku kenal mereka dan tahu taraf ekonomi mereka. Nama asal kampung ini adalah Teluk Serai. Nama melayu, cuma tok imam fasih berbahasa melayu. Ada lagi kalangan penduduk lama yang boleh berbahasa melayu tapi jenuh cari.  Ada video di Kembaraku . Dalam video tu aku terserempak dengan tukang urut yang kebetulan tinggal kira-kira 50 meter dari situ. Tempat urut beliau sangat bersih dan sesuai seisi keluarga. Hampir 10 tahun aku kenal dia dan kami sekeluarga sangat rapat dengan dia. Walaupun berbeza fahaman agama namun hubungan kejiranan tetap utuh. Ini yang aku belajar di Thailand. Masyarakat dipisahkan oleh fahaman agama namun tidak pada bangsa. Oleh itu tiada rasis sesama kami. Kami saling bertegur sama dan menghormati antara satu sama lain. Semasa perjalanan balik, saja aku bawa bini aku ronda ke kampung berdekatan. ...

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

NETIZEN MALAYSIA GOYANG

Netizen Malaysia " goyang lutut " tengok aksi budak di belakang sebuah pickup. Jika di Thailand, perkara ini menjadi kebiasaan penduduk yang rata-rata penduduk kampung. Malahan pick-up digunakan sebagai sebagai kenderaan penumpang awam ( yang hangpa panggil tuk tuk ) dan juga kenderaan sekolah mengangkut murid sekolah. Berada di Thailand sejak 10 tahun lalu, aku dah lali dengan situasi ini. Malahan jika nak ke kenduri kahwin atau ziarah kematian mereka akan bersila dibelakang pickup 2 pintu yang keluasan dibelakang lebih besar. Ini dapat mengurangkan kos tambang masyarakat. Penduduk kampung Thailand rata-rata terdiri daripada pekerja pertanian atau nelayan, kebanyakkan tiada berkemampuan menyewa van atau kenderaan yang lebih selesa. Malahan motosikal roda tiga juga menjadi pengangkutan keluarga untuk urusan di bandar dan membuat kerja seperti mengangkut buah kelapa sawit juga getah. Oleh kerana masyarakat terdedah dalam suasan kehidupan serba kekurangan begini, aku lihat anak...

7 ELEVEN THAILAND

Seven Eleven Thailand Aku masuk 7E Thailand untuk beli roti, kacang, burger dan susu segar saja. Lain-lain barang aku beli kat kedai runcit dan minimart penduduk tempatan. Sebab utamanya kat kedai runcit masyarakat tempatan, kerana harga lebih murah dan aku dapat menjalin silaturahim dengan depa. Aku tak nafikan bahawa kalau pelancong Malaysia lebih tumpu ke 7E Thailand. Aku tak salahkan depa. Mungkin kerana teruja dengan harganya yang lebih murah dan ada "gaya" dalam kehidupan. Bila masuk 7E terasa macam gaya hidup orang eropah. Macam orang kaya. Nampak macam orang "educated". Bagi aku orang kampung, aku rela bantu masyarakat Islam tempatan berniaga. Walaupun nampak bodo piang. 7E ada 68,200 lebih cawangan diseluruh dunia. Fokus niaga depa adalah menyediakan barang keperluan utama dalam 24 jam. Bab tu di Malaysia 7E laku barangan seperti rokok, bir, topup dan kondom saja. Ada juga barangan lain menjadi pilihan. Di Indonesia 7E telah menghentikan operasinya pada tah...

NAT RAMADHAN BAN LANGA

Nat Ramadhan Ban Langa Langu Satun Thailand Ban Langa atau nama asalnya adalah belanga menurut cerita orang-orang tua di sekitar Langu. Manakala Langu pula adalah diambil semperna nama Laku. Nat Laku yang ujud sejak dulu lagi. Manakala Satul ( so tor ulo  สตูล ) disebut Stul atau nama asalnya Setul. Orang Kedah sebut Setoi. Namun eja jadi Satun. Tapi orang sini sebul STUL bukan Sa Tun seperti orang kita sebut.  Video Live FB Nat di Kembaraku   Nat Ban Langa boleh kata 100% adalah perniaga melayu Islam dan mereka mengelar diri mereka Muslim Thai. Ini kerana sejarah melayu dah pun terpadam. Nak buat lagu mana, bila pentadbiran telah bertukar tangan sebab dulu kala orang kita dok nga-nga lebih.  Baru hari ini timbul kesedaran bahawa Wilayah Satun, adalah sebahagian dari negeri Kedah. Namun sejarah telah berlalu dan majoriti rakyat dah selesa dibawah naungan kerajaan Thailand dan mereka berbangga dengan negara mereka Thailand. So pencinta sejarah yang fanatik, berpijakla...

NAT BAN KHUAN

Ramadhan Di Nat Ban Khuan Hari kedua ramadhan. Aku balik lagi. Pak Mentua kol ada orang kampung meninggal dunia. Kalau ada masyarakat Ban Khuan meninggal dunia, aku mesti balik. Kenal tak kenal aku balik. Jaga nama baik Pak Mentua aku. Bab tu dia sayang sangat kat aku. Seselai ziarah aku pi Nat Ramadhan di Ban Khuan. Aku buat Live Facebook di group Kembaraku . Hangpa boleh tengok. Nat Ban Khuan adalah nat pilihan aku sebab banyak makanan lama kedah. Juadah dengan citarasa melayu kedah lama. Memang berselera.  Bagi aku yang tinggal lebih 10 tahun di Thailand, aku bau tomyam dah boleh pening. Nak habaq kata aku dah cemoih makan tomyam. Kalau makanan laut, aku dah tak makan udang dan sotong. Memang cemoih tahap gaban. Walaupun fresh dan ketam dok hidup lagi. Tapi aku dah tak berselera. Yang bestnya Nat Ban Khuan, ramai peniaga boleh berbahasa melayu dan kebanyakkan kenal aku. Mereka juga terdiri dari ibubapa murid-murid aku. So aku tidak rasa asing bila disana.  Soalan biasanya ...

PEREMPUAN

PEREMPUAN Bila aku tinggal di Thailand aku telah didedahkan dengan perempuan, lelaki, pondan, lelaki yang permpuan dan perempuan yang lelaki. Namun lama juga aku nak membezakan antara   perempuan dan pondan. Aku cuba memahami asas fizikal normal lelaki dan perempuan asia. Bila aku faham aku dapat membezakan antara perempuan dan pondan. Kekadang aku posting gambar asli seorang wanita Thailand. Ada yang kebetulan dia juga kawan atau kenalan aku.  Tapi aku menerima komen dari kawan-kawan menyatakan bahawa itu bukan perempuan. Aku cuma tersenyum kerana aku faham benar bahawa kawan-kawan aku cuma kenal perempuan lebih mendalam adalah isteri mereka.  Mungkin juga perempuan bagi mereka kena badan berisi dan muka tak berapa nak siap. Bagi mereka perempuan itu sesuatu yang biasa dipandang dan tidak dinikmati. Seratus peratus akan terbeliak biji mata melihat kecantikan perempuan yang mereka jumpa di Siam. Terasa ingin memiliki atau terasa ingin bersama. Namun bagi aku yang har...

RAMADHAN DI PAK BARA 1

RAMADHAN DI PAK BARA Hari ini hari pertama kita berpuasa, 3-04-2022. Aku kali ke-3 tak balik Sungai Seluang untuk berpuasa dengan kak aku. Kemarin aku pi rumah Pak Mentua di Ban Khuan sambail cuci rumah aku yang lama aku tinggalkan. Rumah kampung yang aku buat rumah persinggahan kepada yang bermasalah di Thailand. Minggu depan ada seorang mualaf akan menumpang sehingga bulan Jun. So aku bagi dia dok percuma. Letrik aku bayar dan air aku guna motor pam air. Mudah untuk sesiapa menumpang. Hari ini aku ke Nat Ramadhan. Satu apa pun tak beli. Balik rumah kena marah dengan bini. Pastu dia bawa anak dara aku pi beli juadah. Aku tak makan. Aku cuma makan nasi dan sup daging. Aku sejak dulu, aku pi Nat tak tau beli apa sebab banyak sangat pilihan. Aku suka makan makanan yang bini aku masak saja. Bini aku kata aku payah dan cerewet. Bagi aku makanan yang bini aku masak dijamin bersih dan tiada bahan-bahan penyedap yang memudaratkan kesihatan aku yang kian berusia. Ya aku mamak tapi aku suka mak...

SEDEKAH

Sedekah Oleh kerana aku orang asing di tempat tinggal aku, setiap program sedekah aku akan maklumkan kepada Pu Choy Kamnan sesebuah kampung. Pu Choy Kamnan ini adalah orang kanan Tok Kemnan ( penghulu ). Pu Choy Kamnan ini adalah jawatan lantikkan dan diberi elaun oleh kerajaan. Aku akan tanya dia, siapa yang layak dan berhak menerima sedekah. Jika program itu besar, aku akan ajak dia bersama. Aku menolaknya ke depan untuk menyerahkan sedekah kepada insan yang terpilih. Aku lakukan mengikut prosedur atau ayat mudah, aku tak mau langkah kepala depa. Aku tak mau dituduh buat pala atau buat pandai-pandai ditempat orang. Ada orang pandang remeh tentang perkara ini. Namun bagi aku, ianya adalah perkara paling penting dan perlu diberi perhatian. Aku dah tengok banyak dah yang berlaku, bila kita buat PALA, ianya mengecilkan hati pentadbir tempatan.  Bila hati depa dah terluka, nanti ada saja kelemahan kita di korek.  Ada orang kata, nak bagi sedekah pun kena minta kebenaran ? Ya kena...

CINTA TAK MAMPU DIBELI

CINTA TAK MAMPU DIBELI Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu. Namanya sering kali bertukar ganti. Namun aku tahu nama sebenarnya dan aku memanggilnya Miw. Miw sentiasa tersenyum. Raut wajah ayu dan potongan badannya boleh membuat pak lebai simpan kopiah dalam paket seluar. Miw tidak mengenal erti cinta walaupun kalimat itu sering terdendang di cuping telinganya. Miw telah kering air mata. Miw derita mencari nafkah membayar hutang suami durjana. Pada suatu senja langit mendung guruh berdentum, tanda hujan akan turun. Miw dan rakan-rakannya bergegas masuk ke dalam kedai. Biasanya meja batu diluar kedai tempat lepak mereka kini menjadi tidak sesuai. Datang sekumpulan lelaki, hitam legam dan perut boroi. Bertanyakan harga dan tawar menawar. Biasalah orang Malaysia, beli apa pun minta tawar walaupun harga berpatututan. Murah sekupang depa bangga bah...