Nat Ramadhan Ban Langa Langu Satun Thailand
Ban Langa atau nama asalnya adalah belanga menurut cerita orang-orang tua di sekitar Langu. Manakala Langu pula adalah diambil semperna nama Laku. Nat Laku yang ujud sejak dulu lagi. Manakala Satul ( so tor ulo สตูล ) disebut Stul atau nama asalnya Setul. Orang Kedah sebut Setoi. Namun eja jadi Satun. Tapi orang sini sebul STUL bukan Sa Tun seperti orang kita sebut.
Video Live FB Nat di Kembaraku
Nat Ban Langa boleh kata 100% adalah perniaga melayu Islam dan mereka mengelar diri mereka Muslim Thai. Ini kerana sejarah melayu dah pun terpadam. Nak buat lagu mana, bila pentadbiran telah bertukar tangan sebab dulu kala orang kita dok nga-nga lebih.
Baru hari ini timbul kesedaran bahawa Wilayah Satun, adalah sebahagian dari negeri Kedah. Namun sejarah telah berlalu dan majoriti rakyat dah selesa dibawah naungan kerajaan Thailand dan mereka berbangga dengan negara mereka Thailand.
So pencinta sejarah yang fanatik, berpijaklah dibumi nyata. Jangan dok kenang lagi sejarah lama. Jaga hat dok ada ni, jangan bagi hilang lagi.
Cerita bab sejarah kekadang bagi orang yang taksud menjadi sentap. Bagi aku yang tinggal disini 10 tahun telah redha akan kehilangan. Namun aku lihat banyak lagi yang boleh dipertahankan selain dari berangan-angan nak ambil balik wilayah yang hilang ini.
Antaranya agama Islam dan makanan tradisi melayu yang masih kekal ujud disini. Kalau bahasa melayu pula, banyak yang hangpa kena korbankan. Kalau takat berkokok dalam Facebook, ibarat anjing menyalak bukit.
Bila aku bagi tau aku aktivis bahasa melayu, ramai yang PM offer diri untuk menjadi guru sukarela. TAPI aku kena sediakan tempat tinggal dan makan minum. Ada yang minta duit poket.
Aku tak layan mesej sampah itu. Buat menyakitkan hati saja. Bagi aku mudah, nak jadi pejuang kena banyak berkorban, kalau nak sponser, baik hang dok rumah kelebek tungau kat awang hang, sakit dan gatai tapi syok.
Asal aku datang Setoi bawa RM300 dan memulakan hidup baru. Tukar ke baht dapat THB2970. Nasib baik bini aku orang Setoi. Tapi ambil masa setahun juga untuk stabilkan ekonomi aku.
Duduk dirumah berlantaikan tanah lapik tikar getah dan boh tilam kot atas. Dinding rumah cuma plywood terpakai. Bila musim timur, angin kuat, tengah malam kena mangkit paku dinding rumah. Susah ya amat.
Teringat aku bulan Ramadhan balik dari rumah Pak Mentua jumpa duit thb40, dengan duit tu aku pi Nat beli kuih kesukaan bini aku. Dan itulah kuih yang mampu aku beli selama sebulan berpuasa pada tahun itu.
Namun Alhamdulillah, oleh kerana aku lulusan universiti, ilmu yang ada pada diri aku dapat mengubah kehidupan aku.
Lagi satu aku ringan tulang dan suka bantu orang walaupun aku tak dak duit.
Berkat usaha, pertolongan kawan-kawan dan doa dari kawan-kawan Alhamdulillah, aku dapat merubahkan taraf hidup aku.
Bagi aku, kalau nak mengembara kita kena ada ilmu. Maka Ilmu itu akan memudahkan kehidupan kita. Paling penting solat jangan tinggal. Solat buat kita berjaya.
FB: 05-04-2022
0 Comments
Post a Comment