Netizen Malaysia " goyang lutut " tengok aksi budak di belakang sebuah pickup.

Jika di Thailand, perkara ini menjadi kebiasaan penduduk yang rata-rata penduduk kampung. Malahan pick-up digunakan sebagai sebagai kenderaan penumpang awam ( yang hangpa panggil tuk tuk ) dan juga kenderaan sekolah mengangkut murid sekolah.

Berada di Thailand sejak 10 tahun lalu, aku dah lali dengan situasi ini. Malahan jika nak ke kenduri kahwin atau ziarah kematian mereka akan bersila dibelakang pickup 2 pintu yang keluasan dibelakang lebih besar. Ini dapat mengurangkan kos tambang masyarakat.

Penduduk kampung Thailand rata-rata terdiri daripada pekerja pertanian atau nelayan, kebanyakkan tiada berkemampuan menyewa van atau kenderaan yang lebih selesa.
Malahan motosikal roda tiga juga menjadi pengangkutan keluarga untuk urusan di bandar dan membuat kerja seperti mengangkut buah kelapa sawit juga getah.

Oleh kerana masyarakat terdedah dalam suasan kehidupan serba kekurangan begini, aku lihat anak-anak mereka lebih gagah dan perkasa. 
Pengalaman aku mengajar disana, aku dapati mereka sangat aktif dan tahan lasak. Takat kena buli, tak dak balik habaq kat mak pak aih.

NAMUN AKU BUKAN NAK SURUH HANGPA IKUT BUDAYA DI THAILAND INI. 
CJS:12-12-2021

#cikgujoesatun