PEREMPUAN
Bila aku tinggal di Thailand aku telah didedahkan dengan perempuan, lelaki, pondan, lelaki yang permpuan dan perempuan yang lelaki.
Namun lama juga aku nak membezakan antara   perempuan dan pondan. Aku cuba memahami asas fizikal normal lelaki dan perempuan asia. Bila aku faham aku dapat membezakan antara perempuan dan pondan.

Kekadang aku posting gambar asli seorang wanita Thailand. Ada yang kebetulan dia juga kawan atau kenalan aku. 

Tapi aku menerima komen dari kawan-kawan menyatakan bahawa itu bukan perempuan. Aku cuma tersenyum kerana aku faham benar bahawa kawan-kawan aku cuma kenal perempuan lebih mendalam adalah isteri mereka. 

Mungkin juga perempuan bagi mereka kena badan berisi dan muka tak berapa nak siap. Bagi mereka perempuan itu sesuatu yang biasa dipandang dan tidak dinikmati.

Seratus peratus akan terbeliak biji mata melihat kecantikan perempuan yang mereka jumpa di Siam. Terasa ingin memiliki atau terasa ingin bersama. Namun bagi aku yang hari-hari mata selalu dijamah oleh pandangan itu, rasa tidak tergoda langsung. 

Hakikatnya ramai yang tergila-gila Pusapwangi yang telah diceritakan oleh P.Ramlee tapi ramai yang gagal membezakan perempuan dan pondan. 

Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang air laut yang jernih di Koh Bulone. Pantainya yang bersih seperti dalam gambar dibawah.
Tulisan diatas sekadar mengajar hangpa membaca dan berfikirkan sesuatu.

Kalau nak Pantai Cantik Dan Bersih. Jangan Buang Sampah Merata-Rata. Aku takut botol kicap nanti hangpa akan kata coral.

Pulau Beras Basah 15 tahun dulu sangat Indah. Tapi bila ikan dilaut hangpa dok tolong bagi makan dan dok kutip coral nak simpan dalam Almari rumah. Kini segala-galanya musnah. Hargai alam sekitar. Jangan buat alam sekitar hat pak kita punya sepertima mana kerajaan guna duit EPF kita macam duit mak pak depa. Dapat keuntungan 48 Billion, kalau hangpa nak pinjam pun, bagilah kat kami sama.
FB: 15-01-2022