Skip to main content

MENULIS LAPORAN ATAU MENGHINA ORANG MELAYU

Tajuk Berita 2350 Mat Remit Kena Saman. Baca berita, menyebut bahawa saman yang dikeluarkan atas perbagai kesalahan jalanraya, bukan khas kepada motosikal saja.

Dalam operasi, 10,035 kenderaan diperiksa. Motor cuma 3723 dari 10,035 atau 37% dari keseluruhan kenderaan yang ditahan.

Tapi kenapa hang pi tulis tajuk Mat Rempit ?

Bila aku kata Wartawan sekarang sekadar wartawan copy paste artikel dan gambar di media sosial hangpa tau nak marah. Tapi inilah laporan SAMPAH yang hangpa boleh buat untuk menghina Orang Melayu. 

Isu KHAS itu dilakukan menangani isu Mat Rempit. TAPI cuma tahan 37% motor. Adakah pihak berkuasa kita membuat kerja tetapi tidak fokus kepada MATLAMAT ASAL ?

Patutlah depa boleh keluar kenyataan untuk mengharamkan Suzuki Belang kerana motor itu boleh lari 177KM/J.

Kalau macam tu punya kenyataan pihak berkuasa, jika jenayah rogol meningkat, nanti depa akan bagi cadangan kepada kerajaan agar memotong zakar semua lelaki bagi mengelakkan kes rogol meningkat. 

Dey ! kerja hangpa jalani penguatkuasaan. 

Hangpa baca laporan sampah dibawah. 

 am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sebanyak 2,350 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di negeri ini bermula 9 April lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Superitendan M Kumarasan berkata, 42 individu berusia 14 hingga 53 tahun turut ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Dalam operasi khas itu, 12,815 individu dan 10,035 kenderaan diperiksa diperiksa dengan 3,723 daripadanya adalah motosikal.

"Manakala 208 kenderaan diambil tindakan sita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Operasi khas ini diadakan bagi menangani isu mat rempit," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Jelas Kumarasan, golongan mat rempit bangga apabila melakukan aksi seperti lumba haram, 'wheelie,' 'superman' dan lain-lain aksi yang jelas membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain untuk dimuat naik di media sosial.

"Budaya ini menjadi trend semasa di kalangan mereka malah tidak serik walaupun beberapa kali terlibat dengan kemalangan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa atas kesalahan yang sama.

"Selain di daerah, fokus operasi ini juga turut di jalankan di lebuh raya bersama JSPT Bukit Aman khusus kumpulan motosikal yang berkonvoi dan melakukan aksi-aksi bahaya seperti yang selalu tular di media sosial yang mana dengan jelas membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

BAHASA MELAYU DI PAK BARA THAILAND

Bahasa Melayu Di Pak Bara Thailand. Sungguh pun nama asal Pak Bara adalah Kuala Bara dan suatu ketika dulu masyarakat berbahasa melayu, namun setelah perjanjian Bangkok 1909, Bahasa Melayu koi dilupakan. Video kali ini Cikgu Joe Berkesempatan berbuah dengan Pak Teh Pan dan seorang guru wanita dalam bahasa melayu di Leam Teh Pan atau nama melayu Tanjung Pak Teh Pan. Hangpa boleh share untuk rujukkan kepada mereka yang sedang membuat kajian tentang Bahasa Melayu di Selatan Thailand. Amat sukar bagi para pelajar university mencari bahan bahasa melayu untuk kajian bahasa melayu di selatan Thai, terutama di Pak Bara. Suatu ketika dulu, zaman pemerintahan Sultan Kedah, Pak Bara atau Kuala Bara adalah pusat pembinaan kapal perang. Namun tiada catatan sejarah yang menceritakan sejarah ini. Vido disini

SIAPA CIKGU JOE SATUN !

Cikgu Joe Satun, seorang warga Malaysia yang telah menetap di Satun, Thailand sejak 10 Januari 2011, telah mencuri perhatian ramai kerana dedikasi beliau dalam membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand. Latar Belakang dan Sumbangan Cikgu Joe Dikenali dengan panggilan Cikgu Joe, beliau bukan sahaja aktif dalam membantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah seperti kemalangan jalan raya, malah beliau juga gigih mengajar ilmu Fardhu Ain dan Bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak di Thailand. Tadika Misbahuddin di mukim Ban Khuan menjadi saksi komitmen beliau dalam memberikan pendidikan asas Islam dan memartabatkan bahasa Melayu di kalangan generasi muda. Pengasas Karlisa Travel Selain itu, Cikgu Joe juga merupakan pengasas Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian di sekitar Satun, Thailand. Langkah ini membuktikan jiwa usahawan beliau yang sentiasa mencari peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Dedikasi dan Pengorbanan Kep...