Ramadhan Di Nat Ban Khuan
Hari kedua ramadhan. Aku balik lagi. Pak Mentua kol ada orang kampung meninggal dunia. Kalau ada masyarakat Ban Khuan meninggal dunia, aku mesti balik. Kenal tak kenal aku balik. Jaga nama baik Pak Mentua aku. Bab tu dia sayang sangat kat aku.

Seselai ziarah aku pi Nat Ramadhan di Ban Khuan. Aku buat Live Facebook di group Kembaraku . Hangpa boleh tengok.

Nat Ban Khuan adalah nat pilihan aku sebab banyak makanan lama kedah. Juadah dengan citarasa melayu kedah lama. Memang berselera. 

Bagi aku yang tinggal lebih 10 tahun di Thailand, aku bau tomyam dah boleh pening. Nak habaq kata aku dah cemoih makan tomyam. Kalau makanan laut, aku dah tak makan udang dan sotong. Memang cemoih tahap gaban. Walaupun fresh dan ketam dok hidup lagi. Tapi aku dah tak berselera.

Yang bestnya Nat Ban Khuan, ramai peniaga boleh berbahasa melayu dan kebanyakkan kenal aku. Mereka juga terdiri dari ibubapa murid-murid aku. So aku tidak rasa asing bila disana. 

Soalan biasanya bila depa jumpa aku, awat lama tak balik tengok rumah. Sayang tinggal lama-lama. Itu yang depa selalu tanya. 

Depa tak tau, aku balik selalu. Sebab rumah aku jauh dihujung kampung di tepi sungai. Suasana rumah aku tu, lepas mahgrib yang lalu lalang jalan depan rumah aku cuma hantu dan jin saja. Itulah yang dapat aku gambarkan suasana kampung aku.

Baru tat sat kawan sekolah aku kol. Mohd Roshan, kebetulan dia berada di rumah Nurul Azman Nordin di Rawang. Ha Ha Ha depa terkejut bila aku lani dah macam ustaz. Depa kenal aku, masa aku tengah dok hawaq lagi.
Walaupun penampilan ala ala ustaz, tapi bahasa kuangjaq memang sebati dengan diri aku. Aku memang cakap kasaq dan melawak kasaq. Sapa tak leh tahan jangan kawan dengan aku. 😝

Malam ini terasa happy bila, dipenghujung senja, ramai kawan-kawan yang terputus 30 tahun lalu dah kembali bertaut. 

Hidup ini tak lama. Masa aku kian hampir. Aku kena bersedia menghadapinya untuk bertemu dengan Maha Pencipta. Laluilah kehidupan ini dengan makanan yang lazat kerana pantang macam mana pun nanti nak mati juga. 

Kawan kawan SMK Sultan Badlishah 1981-1985 ni nombor wasap aku +66864706211.
FB: 04-04-2022