Skip to main content

Posts

Siapa Cikgu Joe Satun

Cikgu Joe Satun ramai yang bertanya tentang siapa pemilik nama ini. Seorang warga Malaysia yang menetap di Satun Thailand sejak 10hb January 2011 sehingga kini. Mula dikenali kerana mengajar Fardu Ain dalam bahasa Melayu secara sukarela di Satun. Beliau juga banyak membantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah di Thailand. Antara orang pertama yang memperkenalkan Insurans yang mesti dimiliki jika ingin melawat Thailand dengan membawa kenderaan sendiri. Ikutilah kisahnya di video berikut

Bercuti Di Pak Bara Thailand

Sesiapa yang nak bercuti di Pak Bara boleh contact Cikgu Joe Satun. SALAM ! *KARLISA TRAVEL* Tempahan Penginapan Hotel & Resort di PAK BARA, SATUN, HATYAI,KRABI DLL Pakej Pak Bara, Satun, Hatyai,Krabi DLL *Tiket ke Koh Lipe*, Sewa van/mpv Boleh LAYARI https://www.satunsiam.com ATAU WhatsApp : https://wa.me/601112428198 Kimi +66 83 094 8948 Karlisa ( Isteri CJS ) +66 97 351 3984 Shila ( Anak CJS ) *KARLISA TRAVEL* anak syarikat Cikgu Joe Satun ( Bahasa Melayu ) *********************************** *INSURANS THAI** & TOWING** ANF SERVICE *Ci + Vi + Ti + E101* Boleh berhubung dengan staff ANF berikut: *Cawangan Changlun* +6011-59166013 +60 11-6331 4087 *Cawangan KL* +6011-59166014 +60 11-6336 4087 *Cawangan Pengkalan Hulu/Betong* +6011-59166012 **Cawangan *Jerteh* +6011-59166015 *Cawangan Kelantan* +60 10-440 0131 Cawangan Johor Bahru +6011-59166015 Masa Operasi**8.30am-9.00pm* ***************************** *TRAVEL INSURANS** +60 13-533 8511 ( Kak Zila ). ********************** *I...

Lupa Chop Passport Apa Nak Buat

Jika dari Thailand nak balik ke Malaysia, tiba-tiba hangpa lupa chop passport, apa nak buat ? Lupa chop passport adalah satu kesalahan besar. Anda boleh didenda dan dipenjara jika disabitkan kesalahan. Apa alasan hangpa tidak boleh diterima pakai. Cikgu Joe pernah didenda THB21,000 disebabkan tinggal sewaktu Covid-19. Alasana Covid-19 sebenaranya paling kuat namun undang-undang tetap undang-undang. Oleh itu jika hangpa terlupa, jangan bertangguh, segera ke Pejabat Imigresen Thai dimana-mana sempadan untuk membayar denda. Ikutilah nasihat dari seseorang yang layak untuk memberi nasihat. https://youtu.be/nmI-1DzDmHs?si=hBazuwpPazdY4oir

WARONG MAKAN KAMPUNG DI PAK BARA

 Marin ( 01-09-22 )  aku cerita kat hangpa ( page Cikgu Joe Satun ) tentang makan di warong kampung. Lokasi dia di sini  วิชชุดาฟาร์ม สาขาละงู https://maps.app.goo.gl/wTHfVa8hw3yqCs6G6 Makanan juadah kampung ada kari ala siam dan sup daging yang mables. Ikut hari juga. Ada kari ayam, kari ayam kampung, kari itik, kari kambing, kari daging, kerabu tauge. Kalau hangpa pi seawal jam 7:00 pagi thai, hang boleh makan pulut ikan masin. Memang terbaik. Tapi kalau hangpa nak makan kari, mai dalam pukul 8:00 pagi thai.  Tokey dia lelaki boleh cakap melayu. Yang bini dia boleh sikit-sikit. Tapi apapun dia faham apa yang hangpa cakap apa.  Ayaq teh o dia murah dan makanan dia pun harga amat murah. Memang sedap dan sedikit pedas. Aku memang suka. Kedai ni juga aku kerap bertemu dengan kawan-kawan yang boleh berbahasa melayu. Kekadang kalau kami set date and time, mai dekat 20-25 orang. So kedai tu kami konker hari tu. Aku cadangkan cuba kelainan makanan jika hangpa mai ke P...

HARRIS MIKAEL BUDAK SIAM NAMA MELAYU

  Hari ini kali pertama aku balik Malaysia tanpa Harris Mikael. Anak warga Thai yang tak dapat ikut sebab bersekolah. Harris Mikael Ha-ura nama yang didaftarkan dalam Sijil Kelahiran. Dulu-dulu aku pun terperdaya dan percaya bahawa setiap warga thai mesti didaftarkan dengan nama siam. Bila aku ada anak, aku daftarkan dengan nama HARRIS MIKAEL baru aku tau bahawa Kerajaan Thai tak pernah memaksa kita menggunakan nama SIAM. Palatao-palatao membuat cerita yang bukan-bukan. Aku rasa depa tu tak pernah masuk Siam pun. Nama bapa mentua aku Wan Ali dan nama bini aku Wan Niya cuma ditulis Wanniya semasa pendaftaran. Nama-nama anak-anak bapa mertua aku, Wan Asyiah, Wan Sarabanun dan Wan Athaya. Pak Mentua aku umur 80-an Mak Mentua umur 70-an Kak ipar dua orang umur 50-an Bini umur 40-an Adik ipar umur 30-an Anak saudara umur dari 2 tahun hingga 20-an semua nama melayu. Yang hangpa pandai kata tahun tu dan tahun ni, hangpa tau mana ? Nama mak mertua aku pun Ku Saiyah Bisnu, waris Tengku Bisn...

THAILAND NEGARA KEDUA PALING BAHAYA DIJALANRAYA

 Lima tahun dulu aku pernah keluarkan info berkenaan bahaya memandu di jalanraya Thailand untuk tatapan pembaca, namun aku dibelasah luncai oleh netizen yang sangat tabsud dengan negara Thailand. Waimah aku tinggal di Thailand dan anak isteri warga Thai. Aku menulis panduan memandu di Thailand kerana aku dapati pemanduan disini sedikit berbeza dengan budaya di Malaysia. Rata-rata penunggang motorsikal tidak ada lesen memandu. Maka pengetahuan depa tentang peraturan dijalanraya amat cetek. Oleh itu kita perlu memberi lebih perhatian. Aku selalu pesan kat bini aku bila memandu, pastikan cermin sisi kiri sentiasa dipandang dan lebih cermat ketika memotong motorsikal. Kebiasaan parking dibahu jalan, adalah perkara biasa di Thailand. Sebab bahu jalan tinggi dan susah nak bawa masuk kenderaan ke kawasan rumah. Oleh itu penghuni rumah ditepi jalan akan parking kereta di bahu jalan.  Motor tiga roda, kebiasaannya memandu sekitar 40-60kmj, maka kita harus bersabar jika kita mengekoriny...