Marin ( 01-09-22 )  aku cerita kat hangpa ( page Cikgu Joe Satun ) tentang makan di warong kampung. Lokasi dia di sini 

วิชชุดาฟาร์ม สาขาละงู

https://maps.app.goo.gl/wTHfVa8hw3yqCs6G6

Makanan juadah kampung ada kari ala siam dan sup daging yang mables. Ikut hari juga. Ada kari ayam, kari ayam kampung, kari itik, kari kambing, kari daging, kerabu tauge.


Kalau hangpa pi seawal jam 7:00 pagi thai, hang boleh makan pulut ikan masin. Memang terbaik. Tapi kalau hangpa nak makan kari, mai dalam pukul 8:00 pagi thai. 


Tokey dia lelaki boleh cakap melayu. Yang bini dia boleh sikit-sikit. Tapi apapun dia faham apa yang hangpa cakap apa. 

Ayaq teh o dia murah dan makanan dia pun harga amat murah. Memang sedap dan sedikit pedas. Aku memang suka.


Kedai ni juga aku kerap bertemu dengan kawan-kawan yang boleh berbahasa melayu. Kekadang kalau kami set date and time, mai dekat 20-25 orang. So kedai tu kami konker hari tu.


Aku cadangkan cuba kelainan makanan jika hangpa mai ke Pak Bara. 


JANGAN TANYA LOKASI SEBAB AKU DAH BAGI. 

tapi kalau rasa nak kena maki ba alif ba ya, try tanya. hahaha


Besa la bagi orang kedah, maki hamun kawan kawan ada bahasa manja.

Contohnya, bila aku balik kampung, memba nanti tanya, pelaq ni balik bila.

kekadang barua ni balik bila.

lagi kasaq, babi ni balik bila.


So kami akan gelak ketawa. Kami tak terasa hati sebab yang berani maki hamun kami, adalah kawan-kawan bak saudara yang kami kenal sewaktu kami masih budak. 


Kalau setakat maki LAHABAU kami rasa macam berbicara dengan orang pekak.

Sebab kami maki sampai anak haram babi pelaq. 


Itu uniknya orang Kedah. Tahan melawak dan penuh kasih sayang.

BOOKING BILIK DAN PAKEJ PELANCONGAN

JOIN : https://t.me/karlisatravel