Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Facabook

Pak Bara Halal Near Me

Jika hangpa mai Pak Bara, tak tau nak makan kat mana ? Hangpa buka google maps dan hangpa taip “ Halal Near Me “. Dia akan bagi macam macam punya suggestions Kedai Makan Halal. Pastu hangpa baca review yang ditinggalkan oleh pelanggan. Jika depa tulis siam, hangpa klik translation. Kebanyakkan kedai harga lebih kurang saja. Mana boleh letak harga sesuka hati. Depa pun ada pemantauan dan persatuan peniaga. Bab sedap ni subjektif. Bagi aku yang dah 14 tahun tinggal disini, rasa lebih kurang saja. Namun ada menu tertentu yang membuat kita rasa kedai itu atau kedai ini lebih sedap. Ada kedai Tomyam sedap. Ada kedai Kengsom sedap. Namun jika kita order makan, ayaq sampai lambat dari makanan bermaksud, makanan tak fresh. Sebab depa dah buat kuah siap siap, pastu perangat dan boh ikan atau udang. Ataupun depa buat stock kepada makanan paling laris. Biasanya restoran di Siam, memang lambat. Jika cepat, There are something wrong with the way they prepare the food. Itu aja. Bukan masalah pun. Se...

Cikgu Joe Satun Pilihan

Cikgu Joe Satun Pilihan Alhamdulillah Folowers mencapai 92K sejak 2017 page Cikgu Joe Satun dicipta. Namun ini bukan pilihan aku. Semua ini secara kebetulan. Pertama , aku seorang guru guru sukarela, membantu menyiapkan pembinaan sekolah agama. Kedua, aku sering membantu rakyat Malaysia kemalangan di Thailand. Ketiga, aku sering membantu masyarakat setempat dalam program sedekah. Tiba-tiba aku jadi fonemena kepada masyarakat Malaysia, bila aku ride 3 beranak pusing semanjung Melayu. Aku pernah menulis, populariti itu adalah pembunuh yang paling kejam. Kenapa ? Selain aku dikenali dan dipuja, aku juga menjemput ramai hatters diselilingku. Salah langkah aku dikecam sehabis hati. Ibaratnya macam ni, kebaikkan yang kita lakukan umpama kemarau yang panjang. Namun bila hujan semalam, bisa membecakkan laman yang kering kontang. Kekadang hujan akan membanjirkan laman. Sejak itu aku mengambil keputusan, menyerahkan perniagaan Karlisa Travel, kepada Isteri dan anak aku. Selepas itu aku amat suk...

WARONG MAKAN KAMPUNG DI PAK BARA

 Marin ( 01-09-22 )  aku cerita kat hangpa ( page Cikgu Joe Satun ) tentang makan di warong kampung. Lokasi dia di sini  วิชชุดาฟาร์ม สาขาละงู https://maps.app.goo.gl/wTHfVa8hw3yqCs6G6 Makanan juadah kampung ada kari ala siam dan sup daging yang mables. Ikut hari juga. Ada kari ayam, kari ayam kampung, kari itik, kari kambing, kari daging, kerabu tauge. Kalau hangpa pi seawal jam 7:00 pagi thai, hang boleh makan pulut ikan masin. Memang terbaik. Tapi kalau hangpa nak makan kari, mai dalam pukul 8:00 pagi thai.  Tokey dia lelaki boleh cakap melayu. Yang bini dia boleh sikit-sikit. Tapi apapun dia faham apa yang hangpa cakap apa.  Ayaq teh o dia murah dan makanan dia pun harga amat murah. Memang sedap dan sedikit pedas. Aku memang suka. Kedai ni juga aku kerap bertemu dengan kawan-kawan yang boleh berbahasa melayu. Kekadang kalau kami set date and time, mai dekat 20-25 orang. So kedai tu kami konker hari tu. Aku cadangkan cuba kelainan makanan jika hangpa mai ke P...

JANGAN SALAH GUNA NAMA USTAZ

  JANGAN SALAH GUNA NAMA USTAZ Aku nak cerita kisah 11 tahun lalu, bila Pak Mentua aku Pengetua Tadika Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan, suruh aku pi mengajar. Tadika Misbahuddin adalah Kelas Al Quran dan Fardu AIn . Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pengantar kerana masyarakat dikampung guar, berhasrat untuk mendidik generasi melayu di Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand agar tidak melupai Bahasa Melayu. Hari pertama aku pi, pakai seluar jeans Wrangle dan baju T bertulis Metalica. Aku pakai songkok dan kasut sport PUMA. Bila Pak Mentua aku tanya, tak dak baju lain ka ? Aku habaq baju lain dibasuh tak kering lagi. Itulah 5 helai baju dan 2 helai seluar yang aku bawa ketika berhijjrah ke Satun. Tak sangka nak terus menetap disini sehingga sekarang. Tadika Misbahuddin adalah kelas agama hujung minggu, setiap hari Sabtu dan Ahad. Hari biasa anak-anak murid akan ke sekolah kerajaan. Oleh kerana sekolah kerajaan yang negara mengamalkan agama buddha, maka pelajaran agama islam ada...