Lima tahun dulu aku pernah keluarkan info berkenaan bahaya memandu di jalanraya Thailand untuk tatapan pembaca, namun aku dibelasah luncai oleh netizen yang sangat tabsud dengan negara Thailand.

Waimah aku tinggal di Thailand dan anak isteri warga Thai. Aku menulis panduan memandu di Thailand kerana aku dapati pemanduan disini sedikit berbeza dengan budaya di Malaysia.

Rata-rata penunggang motorsikal tidak ada lesen memandu. Maka pengetahuan depa tentang peraturan dijalanraya amat cetek. Oleh itu kita perlu memberi lebih perhatian.

Aku selalu pesan kat bini aku bila memandu, pastikan cermin sisi kiri sentiasa dipandang dan lebih cermat ketika memotong motorsikal.

Kebiasaan parking dibahu jalan, adalah perkara biasa di Thailand. Sebab bahu jalan tinggi dan susah nak bawa masuk kenderaan ke kawasan rumah. Oleh itu penghuni rumah ditepi jalan akan parking kereta di bahu jalan. 

Motor tiga roda, kebiasaannya memandu sekitar 40-60kmj, maka kita harus bersabar jika kita mengekorinya di belakang. Beri ruang yang selesa ketika hendak memotong.

Motor songsang jalan adalah lumrah bagi jalanraya dua lorong yang ada pembahagi jalan. Oleh itu anda perlu berhati hati. Jika waktu malam atau lewat malam ketika depa nak pi motong getah, lampu sekadar di dahi, kekadang memandu songsang jalan.

Kerap kali aku melitasi motor yang lampu belakang TIDAK menyala. Biasanya dikampung-kampung, kerana orang kampung tidak serius memberi perhatian kepada perkara ini.

Di U-Turn, jika kita membuat u-turn akan melipat ke kanan jalan. Di Thailand depa akan melipat ke kiri jalan. Kalau yang pertama kali memandu di Thailand sila beri perhatian. 

Insuran:

Biasanya orang Thailand akan membeli insuran BASIC iaitu Por Ror Bor. Insuran yang cover yuran hospital atau kecederaan pemandu dan penumpang. Insuran ini tidak melindungi kenderaan pertama atau kenderan kedua jika mereka terlibat dalam kemalangan.

Kebiasaan masyarakat Thailand akan membuat jamuan teh untuk mengutip derma bagi menyelesaikan kes kemalangan. Dan ini budaya mereka.

Oleh itu sebelum memasuki Thailand, hangpa pastikan memikik insuran berikut :-

1. POR ROR BOR ( COMPULSORY )

2. VOLUNTARY ( INSURAN COVER KENDERAAN )

3. EXTENSION 101 

4. TRAVEL INSURAN

RUJUK KE WHATSAPP BERIKUT : 

+60 19-666 4087

pertanyaan tentang insuran ke Thailand.

Sekali lagi di tegaskan, cjs tak jual dan terlibat dengan mana-mana agen insuran.

JIKA HANGPA PERLUKAN PERTOLONGAN, JUST HUBUNGI CIKGU JOE SATUN.

InsyaAllah akan membantu sedaya upaya.

rujukkan : https://www.kosmo.com.my/2022/08/04/thailand-negara-kedua-paling-bahaya-untuk-memandu/