KEMALANGAN DI THAILAND: PROSEDUR, HAK ANDA & ISU AGEN INSURANS

Panduan Lengkap Untuk Pelancong & Rider Malaysia

Kemalangan di negara orang bukan perkara yang kita minta. Tetapi bila ia berlaku, panik selalunya lebih besar daripada kecederaan itu sendiri.

Sejak saya tidak lagi aktif turun padang mengurus kes kemalangan di Thailand secara langsung, ada yang mula mempersoalkan agen insurans apabila dikenakan caj perkhidmatan.

Saya ingin jelaskan secara jujur dan profesional…

KEMALANGAN DI THAILAND: PROSEDUR, HAK ANDA & ISU AGEN INSURANS



❗ Nak Pergi Bantu Kes Kemalangan – Ada Kosnya

Sebagai contoh, jika kes berlaku di Krabi (3 hari 2 malam), kos peribadi yang biasa terlibat sekitar RM1,500, termasuk:

  • Minyak kenderaan

  • Hotel penginapan

  • Makan minum

  • Saguhati kepada orang tempatan (translator, runner urusan hospital/balai)

Jika ada agen yang sanggup beri khidmat selepas jualan secara percuma — itu rezeki anda.

Tetapi realitinya, setiap pergerakan ada kos. Agen insurans bukan NGO kecemasan percuma. Mereka berniaga servis dan kepakaran.


✅ Prosedur Asas Jika Berlaku Kemalangan di Thailand

1️⃣ Jatuh Sendiri (Tiada Libat Kenderaan Lain)

Biasanya laporan polis akan tulis: careless driving.

Apa perlu buat?

  • 🏥 Kos Rawatan: Claim CI (Compulsory Insurance / Por Ror Bor) dahulu – had ±30,000 Baht.

  • Jika bil lebih had: guna Travel Insurance (TI).

  • 🛵 Motor rosak: hanya boleh claim jika ada E101 atau Insurans Kelas 1 (First Party).

  • WAJIB buat laporan polis & ambil gambar kenderaan.

MOHON BANTUAN JURU BAHASA BACA 👇

2️⃣ Kita Langgar Kenderaan Orang Thai

Polis Thailand akan tentukan siapa bersalah berdasarkan siasatan.

Jika kita didapati bersalah:

  • Rawatan kita: Claim CI sendiri.

  • Bil tinggi: guna TI.

  • Ganti rugi kenderaan Thai: guna VI (Voluntary Insurance – 3rd Party).

  • Jika tiada VI: anda bayar sendiri kerosakan pihak Thai.

  • Motor sendiri rosak: claim E101 (jika ada).

Inilah sebab saya selalu pesan — VI itu penting. Tanpa VI, kos boleh jadi sangat mahal.


3️⃣ Kita Dilanggar Kenderaan Thai

Jika polis sahkan kita tidak bersalah:

  • Rawatan: claim CI pihak lawan (atau CI kita dahulu, kemudian subrogasi).

  • Pampasan: anda berhak tuntut ganti rugi kerosakan & kecederaan dari insurans Thai.


⚠️ Jangan Mudah Setuju “Sama-Sama Salah” (Joint Negligence)

Ini antara taktik biasa untuk cepat selesaikan kes.

Jika anda yakin tidak bersalah:

  • Jangan tandatangan dokumen pengakuan salah.

  • Minta penterjemah bertauliah.

  • Hubungi Konsulat Malaysia jika perlu.

  • Simpan gambar, video, bukti saksi.


⚖️ Jika Kemalangan Libatkan Kematian

a) Jika Kita Bersalah & Rakyat Thai Meninggal

  • Waris boleh tuntut pampasan (nilai boleh cecah jutaan Baht).

  • VI sangat penting untuk cover liabiliti pihak ketiga.

  • NASIHAT: lantik peguam Thailand untuk urusan mahkamah.

b) Jika Kita Dilanggar & Rakyat Malaysia Meninggal

  • Waris boleh tuntut pampasan daripada insurans Thai.

  • Pastikan laporan polis jelas menyatakan pihak Thai bersalah.

  • NASIHAT: lantik peguam Thailand. Jangan urus sendiri.


📄 Syarat Utama Untuk Tuntutan

Pastikan dokumen ini lengkap:

  1. Insurans lengkap: CI + VI + TI + E101 (sangat disarankan).

  2. Passport sah.

  3. Geran kenderaan.

  4. Lesen memandu sah (Malaysia atau IDP).


👥 Peranan Agen & Adjuster Insurans

Adjuster

Menilai kerosakan. Kebanyakannya tidak fasih Melayu atau English.

Agen

Boleh jadi orang tengah bantu komunikasi & urusan.

Tetapi perlu faham:

Agen insurans bukan aktivis masyarakat.
Jika mereka turun bantu di balai polis atau hospital, mereka wajar mengenakan caj servis untuk:

  • Masa & tenaga

  • Kos perjalanan

  • Kepakaran penyelesaian kes

Jika caj dipersetujui awal — itu urusan perniagaan, bukan penipuan.


🚨 Jika Rasa Tertipu

Jika berlaku unsur jenayah seperti:

  • Duit pampasan dilesapkan

  • Polisi palsu

  • Peras ugut tanpa resit

Buat laporan polis di Thailand dan Malaysia.
Simpan semua bukti perbualan & transaksi.


📘 Glosari Ringkas

  • CI (Compulsory Insurance) – Cover orang sahaja.

  • VI (Voluntary Insurance) – Cover harta benda pihak ketiga.

  • TI (Travel Insurance) – Perubatan tambahan & personal accident.

  • E101 – Perlindungan kenderaan sendiri masuk Thailand.


Realiti Yang Ramai Tak Tahu

Ramai boleh jual polisi.
Tetapi tak ramai ada pengalaman sebenar mengurus kes accident di Thailand.

Nak urus kes di negara orang…
Kena ada pengalaman, kesabaran, dan jiwa Malaysia.

Kalau tidak, mangsa akan rasa terkapai-kapai di bumi asing.


Artikel ini ditulis sebagai panduan pendidikan untuk pelancong dan rider Malaysia ke Thailand.

Jika bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan yang selalu masuk Siam.


Cikgu Joe Satun
Pengalaman lapangan lebih mahal daripada teori.

ELAK DI SAKAO & GAGAO

Baca Posting Sebelum Si Sini 👇

  1. Melawat Satun Vs Cikgu Joe Satun
  2. Pakej Bajet Island Hopping Pak Bara

Comments