Skip to main content

Pak Bara Halal Near Me

Jika hangpa mai Pak Bara, tak tau nak makan kat mana ? Hangpa buka google maps dan hangpa taip “ Halal Near Me “. Dia akan bagi macam macam punya suggestions Kedai Makan Halal.

Pastu hangpa baca review yang ditinggalkan oleh pelanggan. Jika depa tulis siam, hangpa klik translation.

Kebanyakkan kedai harga lebih kurang saja. Mana boleh letak harga sesuka hati. Depa pun ada pemantauan dan persatuan peniaga.

Bab sedap ni subjektif. Bagi aku yang dah 14 tahun tinggal disini, rasa lebih kurang saja. Namun ada menu tertentu yang membuat kita rasa kedai itu atau kedai ini lebih sedap.

Ada kedai Tomyam sedap. Ada kedai Kengsom sedap. Namun jika kita order makan, ayaq sampai lambat dari makanan bermaksud, makanan tak fresh. Sebab depa dah buat kuah siap siap, pastu perangat dan boh ikan atau udang. Ataupun depa buat stock kepada makanan paling laris.

Biasanya restoran di Siam, memang lambat. Jika cepat, There are something wrong with the way they prepare the food. Itu aja. Bukan masalah pun.

Selamat Menjamu Selera

Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

BAHASA MELAYU DI PAK BARA THAILAND

Bahasa Melayu Di Pak Bara Thailand. Sungguh pun nama asal Pak Bara adalah Kuala Bara dan suatu ketika dulu masyarakat berbahasa melayu, namun setelah perjanjian Bangkok 1909, Bahasa Melayu koi dilupakan. Video kali ini Cikgu Joe Berkesempatan berbuah dengan Pak Teh Pan dan seorang guru wanita dalam bahasa melayu di Leam Teh Pan atau nama melayu Tanjung Pak Teh Pan. Hangpa boleh share untuk rujukkan kepada mereka yang sedang membuat kajian tentang Bahasa Melayu di Selatan Thailand. Amat sukar bagi para pelajar university mencari bahan bahasa melayu untuk kajian bahasa melayu di selatan Thai, terutama di Pak Bara. Suatu ketika dulu, zaman pemerintahan Sultan Kedah, Pak Bara atau Kuala Bara adalah pusat pembinaan kapal perang. Namun tiada catatan sejarah yang menceritakan sejarah ini. Vido disini

SURAT KEBENARAN PEMILIK UNTUK MEMBAWA KENDERAANNYA KE THAILAND

Contoh surat kebenaran dari pemilik kenderaan yang kita perlukan jika kenderaan bukan nama kita dalam geran. Surat perlu di tuliskan dalam bahasa Inggeris. Namun jika kenderaan milik syarikat, lebih menggunakan letterhead syarikat dan di Cop dan tandatangan boss. Jika memasuki melalui Betong/Pengkalan Hulu anda perlu cop Balai Polis Ayer Panas di salinan geran dan surat berkenaan. Jangan lupa salinan mykad pemilik kenderaan. Contoh : [Vehicle Owner’s Name] [Vehicle Owner’s Address] [Date] To Whom It May Concern, RE: AUTHORIZATION TO USE VEHICLE Dear Sir/Madam, I, [Name of Vehicle Owner], am the registered owner of the following vehicle: Year: [Year of Vehicle] Plate No.: [Vehicle Plate Number] Model: [Vehicle Model] Chassis No.: [Vehicle Chassis Number] I hereby authorize [Name of Borrower], holder of passport number [Passport Number], to use my [car/motorcycle] as described above. For your reference, I have attached a photocopy of my identification card. Thank you for your attention a...