Skip to main content

Posts

AKU DAN BAPA MENTUAKU

Aku dan Pak Mentua Semalam aku terima wasap dari Pak Mentua aku. Dia bagi tau ada Janda anak dua dan tidak ada perkerjaan tetap. Sekadar mengambil upah kerja, kekadang ada, kekadang tiada. Sebagai menantu yang nakal, aku menjawab, Tak Segak, Kalau Segak boleh buat bini. Pak Mentua menjawab, aku yang nak kat dia. Ok aku jawab balik.  Ok kita masuk minang teruslah dan tanya dia berapa belanja ( hantaran ) Nanti nak cari. Pastu Pak Mentua terus kol. Dia kata mengkalu dok layan wasap hang, satu kerja tak jadi. Pak Mentua aku memberi tahu, tentang seorang BALU yang kematian suami akibat covid-19 tahun 2020. Kini dia hidup dalam keadaan sukar, susah dan daif. Dia ajak aku tolong bantu bagi meringankan beban dia. Aku bagi tau, hari sabtu ni aku pi rumah dia dan pi tengok keadaan dan memberi bantuan awal.  Beginilah hubungan aku dan pak mentua aku. Memang macam kawan. Namun ada batasan aku melawak dengan dia sebab hormat aku ada pada dia. Begitu juga dengan mak mentua. Aku boleh tidur...

SEMBANG SANTAI KEMBARAKU

SEMBANG SANTAI KEMBARAKU BERSAMA : ZAINAL CELESTE PADA : 9hb April 2022 JAM : 2 : 00 pm Malaysia Zainal Celeste seorang pengembara yang banyak pengalaman dan sering berkongsi pengalaman yang jarang kita dengar dari pengembara lain.  Seorang pengembara hebat yang sangat merendah diri. Jom kita dengan perkongsian yang memberi ilmu untuk kita teladani sebagai panduan kehidupan. Ikuti temui bual Cikgu Joe Satun dan Shamsurrijal A Jamil bersama Abang Zainal Celeste.  FOLLOW : https://www.facebook.com/groups/kembaraku/ Tolong Sebarkan dan Share 

AKU LUPA NAK TANYA AGAMA DIA

AKU LUPA NAK TANYA AGAMA DIA. Yang aku ambil tahu tentang kemiskinan dia. Di Thailand ni, masyarakat Islam dan bukan Islam hidup dalam satu kampung berjiran. Meraka tiada rasis dan hidup berbangsa-bangsa. Takkan bila aku nak bersedekah, aku akan tanya agama depa. Tidak bersedekah jika mereka bukan Islam.  Bagi aku " dakwah " yang terbaik adalah akhlak yang mulia.  *** " pak lebai kopiah hijau tak semesti kaki cong " cjs:4-11-2021

LOY KRATONG

Loy Krathong Sedikit info mengenai Perta Loy Krathong yang di sambut pada malam bulan 15 ( bulan mengambang dan tahun 2021 pada 19hb Nov ) Loy Krathong adalah salah satu pesta keramaian popular yang disambut kebanyakan masyarakat berketurunan Thai di seluruh dunia. Malah, ia juga dilihat sebagai satu simbol kekayaan warisan budaya masyarakat berkenaan. Pesta Loy Krathong lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 dalam bulan 12 mengikut kalendar Lunar Thai (sekitar permulaan bulan November). Tarikh berkenaan dipilih kerana dikatakan akan berakhirnya musim hujan dan paras air sungai yang masih tinggi. Tentunya ada di antara anda tertanya-tanya apakah kaitan paras air sungai dengan pesta Loy Krathong ini? Sebenarnya, upacara ini berkait rapat dengan sungai sebagai nadi dan tulang belakang masyarakat Thai. Perkataan 'Loy Krathong' membawa maksud tersendiri. 'Loy' dalam bahasa Thai bermakna hanyut, manakala 'Krathong' pula adalah bentuk bunga teratai. Ja...

AKU TUKANG CERITA

Aku Tukang Cerita adalah hasil posting FB Cikgu Joe Satun( CJS ) selama ini. Khas dedikasi untuk semua yang mengenali CJS. Seorang anak Sungai Seluang, Lunas Kedah. Mula berhijjrah ke Satun sekitar 2011. Memulakan kerja amal dengan menjadi ustaz di Tadika Misbahuddin di Bam Khuan, Satun.  Dikenali sejak membantu rakyat Malaysia yang terlibat dengan kemalangan di Selatan Thailand. #akutukangcerita #cikgujoesatun #cjs406 #cjs Blog:30-03-2022

GOTONG ROYONG

Kemarin aku berkesempatan bersama orang-orang kampung Talosai atau nama melayu, Teluk Serai membersih pantai sekitar Aow Noon atau Teluk Nun.  Rutin biasa setiap bulan Januari setiap tahun. Biasanya kami orang kampung, amat jarang bawa anak anak mandi disini. Ini disebabkan kami hari-hari lalu kot tu dan cemoih tengok pantai tu. Biasalah, pantai belakang rumah.  Yang dok kerap dok buang sampah adalah orang luar kampung dan budak budak muda datang mabuk ditepi pantai.  Biasanya budak mabuk tiada sapa pun berani nak tegur. Remaja Thai agak garang. Kalau di Malaysia setakat Long Tiger gertak aku, sumpah 5 det pun aku tak takut. Tapi kalau remaja Thai umur 15 tahun gertak aku. Tobat aku pi report polis dan cabut balik Malaysia. Mengkalu tunggu, pakai arwah. Budaya samseng kat tempat kita tak sama macam budaya samseng di Thai. Disini tiada salam calit atau salam cekak. Tak ada berunding dengan abang kawasan. Aku nak habaq dengan jiran pun jangan dok cari pasai, mau kalau dia d...

HARI GURU THAILAND

Hari ini 14hb, sekolah anak aku akan mengadakan sambutan Hari Guru Thailand. Biasanya hari guru disambut setiap 16hb Januari setiap tahun. Kali ini disambut awal sebab 16hb jatuh pada hari Ahad. Terima Kasih Cikgu kerana mendidik anak aku dan anak anak jiran kami dengan kasih sayang. Sekolah Ob Om adalah sekolah agama yang agak sistematik. Bukan macam sekolah pondok. Sebagai rakyat Malaysia aku dapat melihat perbezaan antara sekolah Thailand. Disini macam zaman aku sekolah rendah dulu tahun 1975. Mak bapa tak kalut nak hantaq anak pi tuisyen. Yang kami kalut Mahgrib anak anak kena pi mengaji quran walaupun sekolah anak aku dah ajaq Al Quran setiap hari pada murid. Zaman aku sekolah, pak kerja motong estate Sungai Seluang, mana nak ada duit hantaq anak pi Tuisyen. Bila naik sekolah menengah ada juga ramai kawan-kawan aku pi Tuisyen, namun aku dok pulun bersukan. Tahun 1983 aku dok kalut main sepak takraw. Bila depa tanya awat tak pi tuisyen. Aku nanti jawab, orang cerdik pandai tak paya...