JANGAN SALAH GUNA NAMA USTAZ

Aku nak cerita kisah 11 tahun lalu, bila Pak Mentua aku Pengetua Tadika Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan, suruh aku pi mengajar. Tadika Misbahuddin adalah Kelas Al Quran dan Fardu AIn . Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa pengantar kerana masyarakat dikampung guar, berhasrat untuk mendidik generasi melayu di Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand agar tidak melupai Bahasa Melayu.
Hari pertama aku pi, pakai seluar jeans Wrangle dan baju T bertulis Metalica. Aku pakai songkok dan kasut sport PUMA. Bila Pak Mentua aku tanya, tak dak baju lain ka ? Aku habaq baju lain dibasuh tak kering lagi. Itulah 5 helai baju dan 2 helai seluar yang aku bawa ketika berhijjrah ke Satun. Tak sangka nak terus menetap disini sehingga sekarang.
Tadika Misbahuddin adalah kelas agama hujung minggu, setiap hari Sabtu dan Ahad. Hari biasa anak-anak murid akan ke sekolah kerajaan. Oleh kerana sekolah kerajaan yang negara mengamalkan agama buddha, maka pelajaran agama islam ada tapi tidak mendalam macam di Tadika Misbahuddin. Untuk mengelak murid tercicir dari pengetahuan agama, maka diujudkan sekolah Al Quran dan Fardu Ain.
Murid-murid terdiri dari mereka yang berusia 5 tahun hingga 12 tahun. Namun aku selesa memilih murid berusia 5tahun hingga 8tahun saja. Bagi aku mudah mengajar. Jerkah saja boleh terkencing depa. Tapi sebaliknya yang berlaku, budak yang umur 5 tahun, kekadang mai duduk atas riba aku, ketika aku duduk diatas kerusi. Begitulah mesranya aku dengan depa.
Hari pertama aku mengajar, depa ucap beramai-ramai, Assalamualaikum USTAZ. Aku gelak dan suruh depa ulang lagi. Tukarkan USTAZ kepada Cikgu. Pada hari itu aku mendapat gelaran CIKGU.
Satu gelaran besar yang aku tak pernah mimpi dalam hidup. Aku seorang CIKGU yang tanpa asas menjadi seorang pengajar. Aku juga Cikgu yang mengajar tanpa gaji. Cikgu yang berusaha mencari dana menyiapkan banggunan sekolah tiga tingkat dari hasil penulisan di Facebook.
Cara aku mencari dana sangat berbeza. Aku TAK TULIS PERKATAAN TOLONG BERI SUMBANGAN. Namun aku menceritakan kisah suka duka dan kedaifan sekolah dan murid-murid. Bila ada yang membaca, ada yang bertanya. Ada juga yang datang melawat. Dari situ datangnya sumbangan.
Setelah 6 tahun aku mengajar TANPA GAJI, aku berpindah ke Pak Bara untuk meneruskan kesinambungan kehidupan. Takkan aku nak terus hidup dengan mengaharap doa dari kawan-kawan Facebook. SEMOGA SEMOGA SEMOGA..........yang tinggal kat aku cuma SEMANGGA habuk dalam poket.
Teringat kata-kata seorang kawan bukan Islam yang tidak mahu memberi derma kepada Tadika Misbahuddin. Dia bagi kat aku. Dia kata PERJUANG MESTI SIHAT DAN TERUS HIDUP UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN. JIKA PERJUANG MATI MAKA SIAPA YANG AKAN BERJUANG ?
Dialah satu-satunya BUKAN MELAYU yang paham melayu. Yang lain lebih cenderung menderma untuk sekolah dengan harapan dapat GANJARAN PAHALA YANG BESAR.
Bila aku berhenti mengajar selepas 6 tahun berjuang, ramai yang kata sayang. Ada juga yang kata aku mengejar dunia.
Aku cuma ketawa, dan aku jawab. Eloklah hang BERHENTI kerja dan mai ganti tempat aku agar hang boleh mengejar akhirat. Dia block facebook aku sampai aku buka lagi 4 account baru dia tak muncul.
Nak sembang memang senang. Nak buat baru tau langit itu tinggi atau rendah.
Namun begitu Pak Imam baru Masjid Misbahuddin panggil aku Ustaz. Bila aku tegur dia agar jangan panggil ustaz. Dia jawab apakah penghargaan besar yang harus dia berikan kepada aku sedangkan gelaran ustaz itulah yang paling layak.
Aku ketawa dan membiarkan cuma dia seorang saja yang panggil aku ustaz. Kalau orang lain panggil aku tak layan.
Di facebook aku adalah cikgu yang mengajar ilmu melawat Thailand dengan mengambil segala makneka insuran. Kekadang ramai yang suka BERMANJA dengan aku. Soalan boleh google pun tanya aku. Seperti berapakah nilai RM berbanding Baht. Dan jawapannya pun aku kena Google.

PERTANYAAN UNTUK PAKEJ MELAWAT SATU SILA WASAP : +66830948948