Melawat Satun VS Cikgu Joe Satun 2026

 Melawat Satun Vs Cikgu Joe Satun

Oleh kerana minat menulis, Cikgu Joe ada dua web site. Satu nama Melawat Satun dan satu lagi Cikgu Joe Satun.
Mula menulis website atas dorongan Kak Ida ( The Vocket ) dia yang bagi pendapat bahawa web site artikel mudah dicari oleh pengguna.
Manakala Facebook lepas 3 hari hilang. Itu kata logik dia.
Pendapat dia Cikgu Joe pegang sampai hari ini. Sampai sekarang walaupun tak posting apa apa tapi pageview mesti ada 5000 - 10,000 sebulan.
Bab tu bini cikgu joe kata, customers dok contact mai dari mana tak tau. Dia kata tau tau ada.
Medium Media Sosial memang cepat viral tapi ibarat hangat-hangat taik ayam. Hangat tak lama.
Lepas dua tiga hari sejuk.
Melawat Satun VS Cikgu Joe Satun


Kalau di tanya Mana Lebih Penting?

Jawapan jujur:
Dua-dua penting.
Strategi paling kuat:
Facebook = Tarik perhatian
Blog = Simpan & kukuhkan autoriti
Contoh strategi bijak:
1. Tulis artikel lengkap di blog
2. Buat versi ringkas & emosi di Facebook
3. Letak link blog dalam komen pertama
Ini cara bina empayar digital perlahan-lahan.
Kekadang layan tiktok pula untuk bagi tau masyarakat net bahawa kita tak ketinggalan zaman.
Page view di Facebook sebulan tak kurang 4 juta View dan di Website tak kurang 20K view.
Tapi info detail semua ada di Website.
Oleh kerana usd jatuh, maka pendapatan terjejas sikit tapi di “cover” oleh pakej perlancongan di Website.
Semalam ada agen Insurans ke Thailand hubungi agar promosi syarikat dia kat website Melawat Satun.
Kita professional. Sapa bayar kita jalan.
Insurans ke Thailand agak sinonim dengan Cikgu Joe Satun. Ini kerana pengalaman membantu rakyat Malaysia kemalangan di Thailand sejak 2011 lagi.
Jika jika Cikgu Joe Satun rekomen sesebuah Agensi Insurans Thailand, InsyaAllah gerenti syarikat tu top Nombor 1 di Malaysia.
Tapi kalau Cikgu Joe Satun sebut Sakao dan Gagao, tunggu masa nak bungkus.
Puncanya Cikgu Joe Satun tahu dan amat berpengalaman dalam settle kes di Thailand termasuk :-
1. SOP
2. Kos
3. Hubungan Baik dengan Konsulat Malaysia
4. Hubungan Baik dengan Tourism Thailand
5. Bapa saudara President Lawyer Satun
6. Hubungan baik dengan Tourist Police
Elak dari di Sakao dan Gagao oleh Agen Insurans Thailand.
Fokus Tahun 2026
1. Menulis & Menerbit Buku
2. Membantu promosi Karlisa Travel
3. Tidak lagi terlibat dengan Insurans Thailand

Comments