- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini saya melalui laluan Wang Kelian untuk pulang ke rumah di Pak Bara.
Di puncak bukit, ada sekatan jalan raya RELA. Saya dimaklumkan bahawa laluan tersebut telah ditutup kepada orang awam, kecuali:
-
Penduduk Wang Kelian
-
Individu yang mempunyai surat kebenaran rasmi
Saya akur. Angkat jari tanda “OK” dan teruskan perjalanan.
Di sempadan, Kastam menyapa. Di Imigresen pula, pegawai bertanya kenapa saya seorang. Saya maklumkan isteri berada di Pak Bara. Selepas cop pasport, seorang pegawai memberitahu bahawa sebenarnya laluan itu tidak dibenarkan untuk orang awam. Namun atas faktor bulan puasa dan keadaan saya yang mempunyai keluarga di Satun, saya diberi kelonggaran.
Cuma saya dimaklumkan, apabila masuk semula ke Malaysia, saya perlu menggunakan laluan Bukit Kayu Hitam.
Saya tiada masalah. Kebiasaannya memang saya gunakan laluan tersebut.
Namun persoalan saya mudah:
-
Jika benar ada kelonggaran bagi mereka yang mempunyai pertalian keluarga di Wilayah Satun, apakah garis panduan rasminya?
-
Di mana boleh saya mohon dan dapatkan surat pelepasan rasmi untuk menggunakan Jalan Wang Kelian ke Satun?
-
Jabatan mana yang mengeluarkannya?
Rakyat tidak boleh bergantung kepada simpati atau budi bicara semata-mata. Undang-undang perlu jelas, prosedur perlu seragam.
Jangan sampai timbul persepsi “double standard” — ada yang boleh lepas, ada yang tidak dibenarkan, tanpa penjelasan bertulis.
Saya mencadangkan pihak kerajaan melalui jabatan berkaitan segera bermesyuarat dan mengeluarkan kenyataan rasmi yang jelas:
-
Siapa yang layak
-
Prosedur permohonan
-
Dokumen diperlukan
-
Tempoh sah kebenaran
Kita sebagai rakyat mahu patuh.
Tetapi untuk patuh, peraturan itu mesti jelas, telus dan adil kepada semua.
Follow Melawat Satun - KLIK 👍

Comments
Post a Comment