Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

HARRIS MIKAEL BUDAK SIAM NAMA MELAYU

  Hari ini kali pertama aku balik Malaysia tanpa Harris Mikael. Anak warga Thai yang tak dapat ikut sebab bersekolah. Harris Mikael Ha-ura nama yang didaftarkan dalam Sijil Kelahiran. Dulu-dulu aku pun terperdaya dan percaya bahawa setiap warga thai mesti didaftarkan dengan nama siam. Bila aku ada anak, aku daftarkan dengan nama HARRIS MIKAEL baru aku tau bahawa Kerajaan Thai tak pernah memaksa kita menggunakan nama SIAM. Palatao-palatao membuat cerita yang bukan-bukan. Aku rasa depa tu tak pernah masuk Siam pun. Nama bapa mentua aku Wan Ali dan nama bini aku Wan Niya cuma ditulis Wanniya semasa pendaftaran. Nama-nama anak-anak bapa mertua aku, Wan Asyiah, Wan Sarabanun dan Wan Athaya. Pak Mentua aku umur 80-an Mak Mentua umur 70-an Kak ipar dua orang umur 50-an Bini umur 40-an Adik ipar umur 30-an Anak saudara umur dari 2 tahun hingga 20-an semua nama melayu. Yang hangpa pandai kata tahun tu dan tahun ni, hangpa tau mana ? Nama mak mertua aku pun Ku Saiyah Bisnu, waris Tengku Bisn...

THAILAND NEGARA KEDUA PALING BAHAYA DIJALANRAYA

 Lima tahun dulu aku pernah keluarkan info berkenaan bahaya memandu di jalanraya Thailand untuk tatapan pembaca, namun aku dibelasah luncai oleh netizen yang sangat tabsud dengan negara Thailand. Waimah aku tinggal di Thailand dan anak isteri warga Thai. Aku menulis panduan memandu di Thailand kerana aku dapati pemanduan disini sedikit berbeza dengan budaya di Malaysia. Rata-rata penunggang motorsikal tidak ada lesen memandu. Maka pengetahuan depa tentang peraturan dijalanraya amat cetek. Oleh itu kita perlu memberi lebih perhatian. Aku selalu pesan kat bini aku bila memandu, pastikan cermin sisi kiri sentiasa dipandang dan lebih cermat ketika memotong motorsikal. Kebiasaan parking dibahu jalan, adalah perkara biasa di Thailand. Sebab bahu jalan tinggi dan susah nak bawa masuk kenderaan ke kawasan rumah. Oleh itu penghuni rumah ditepi jalan akan parking kereta di bahu jalan.  Motor tiga roda, kebiasaannya memandu sekitar 40-60kmj, maka kita harus bersabar jika kita mengekoriny...