RAMADHAN DI PAK BARA
Hari ini hari pertama kita berpuasa, 3-04-2022. Aku kali ke-3 tak balik Sungai Seluang untuk berpuasa dengan kak aku.
Kemarin aku pi rumah Pak Mentua di Ban Khuan sambail cuci rumah aku yang lama aku tinggalkan.

Rumah kampung yang aku buat rumah persinggahan kepada yang bermasalah di Thailand. Minggu depan ada seorang mualaf akan menumpang sehingga bulan Jun. So aku bagi dia dok percuma. Letrik aku bayar dan air aku guna motor pam air. Mudah untuk sesiapa menumpang.

Hari ini aku ke Nat Ramadhan. Satu apa pun tak beli. Balik rumah kena marah dengan bini. Pastu dia bawa anak dara aku pi beli juadah. Aku tak makan. Aku cuma makan nasi dan sup daging. Aku sejak dulu, aku pi Nat tak tau beli apa sebab banyak sangat pilihan. Aku suka makan makanan yang bini aku masak saja. Bini aku kata aku payah dan cerewet.

Bagi aku makanan yang bini aku masak dijamin bersih dan tiada bahan-bahan penyedap yang memudaratkan kesihatan aku yang kian berusia.

Ya aku mamak tapi aku suka makan nasi campur melayu dan gulai kampung. Aku rasis dalam membantu perniagaan. Oleh kerana mak aku melayu darah thai dan aku hidup dikampung melayu, aku rasakan diri aku melayu 100%. Namun ada sedikit perbezaan aku dengan orang melayu adalah pemikiran aku. Pemikiran mamak sebati dalam kehidupan aku. 

Aku cenderung menggalakkan anak-anak aku berniaga. Anak aku lulusan pengurusan perniagaan dari pusat pengajian tinggi di Malaysia so aku galakkan dia berniaga. La ni dia niaga pakaian Thailand untuk orang Malaysia. Adiknya membantu dia mengemaskini data dan jualan. 

Aku selalu bagi tau anak aku, belajar bagi jadi pandai bukan untuk lulus periksa. Tapi kalau nak lulus periksa kena jadi pandai.
FB:03-04-2022