Cinta Jangan Kau Pergi

Hari itu, bulan ramadhan, aku bersiap-siap mengikat 5 kampit beras di belakang seat motor. Dalam kesibukkan itu aku ditegur oleh seorang wanita cantik.

Bang nak ke mana ? Aku cuma faham, Bang Pai Nai ? Bicara lain aku tidak mengerti. Sambil bini aku melayan wanita itu dengan persoalannya, aku mengikat lagi 5 kampit di motor bini aku.

Seperti biasa sejak 6 tahun lalu, setiap petang sebelum berbuka posa, aku dan bini aku, akan mengagihkan beras untuk fakir miskin. Bulan Ramadhan, memberi makan kepada yang berpuasa, depa kata banyak ganjarannya.

Aku memilih, beras yang berkualiti tinggi, dengan harapan agar penerimanya akan terus menggunakannya menanak nasi sebagai juadah pembuka posa. Aku tahu yang menerima akan teruja dengan pemberian beras berkualiti tinggi ini.

Datang seorang lagi wanita, yang ini boleh berbahasa Inggeris. Dia bertanyakan kepadaku, sesuatu dan aku menerangkan kepadanya. Aku bilang fokus aku kepada mereka yang berpuasa, maksudnya Islam. Namun sekiranya jiran sebelah rumahnya juga fakir miskin, aku akan memberikannya juga. Bagi aku amalan baik, tidak perlu dibezakan agama. 

Jika tiada pahala pun, namun inilah dakwah aku kepada bukan Islam. Dakwah tidak perlu berbicara dan berkhutbah panjang. Dakwah aku sekadar menunjukkan akhlak yang baik.

Dua wanita itu teruja dan ingin ikut aku. Aku dan isteriku pun memulakan perjalanan dan mereka berdua mengekori kami. Sampai di rumah-rumah yang dituju, aku serahkan beras kepada dua wanita itu, untuk mereka mewakili menyerahnya kepada yang berhak.Selesai kami pun balik, aku lihat kedua wanita itu amat gembira. 

Keesokkannya mereka datang dengan membawa 5 kampit beras, dan nak join program aku mengagihkann sedekah. Alhamdulillah aku bersyukur, dakwah aku telah nampak hasilnya. 

Kini kedua wanita kupu-kupu malam itu telah tiada. Biasalah pekerjaan seperti mereka tidak akan kekal lama disesuatu tempat. Akhir sekali berita yang ku terima salah seorang daripadanya telah memeluk agama Islam. Kini tinggal dikota Bangkok. Sejak itu aku terputus hubungan dengan mereka. 

Cinta kepada yang maha esa kekadang bukan lahir dari kata-kata. Namun cinta ini lahir dari perbuatan kita. Sebab itu kita wajib mengerjakan solat. Perbuatan dalam solat, memberi seribu makna dalam proses mengenal sebuah cinta. 

Aku sering berdoa agar sahabat mualaf aku tidak hilang cintanya kepada Allah swt.
Ya Allah, Cinta Jangan Kau Pergi.

CJS wasap +66864706211

FB: 28-03-2022