Ikan Dilautan Masin Namun Isinya Tetap Tawar

Cabaran puasa di Thailand tidak sehebat cabaran puasa di Malaysia. Ini kerana hangpa kalau tak mau posa, tak payah masuk geng plastik hitam. Hangpa pi saja kedai makan atau gerai makan dari waktu sahur sampai waktu mahgrib kedai buka. 

Hangpa boleh makan minum selamba saja. Tak dak sapa nak tangkap hangpa. Tak dak sapa yang nak larang hangpa. Betapa mudahnya untuk tidak berpuasa di Thailand.
Namun kalau hangpa nak posa, pun tak susah. Masuk Subuh sehingga masuk mahgrib hangpa tahan makan, minum dan jangan lakukan perkara yang membatalkan posa. Settle problem. Mudah sangat.

Posa ni amat mudah, setahun cuma sebulan saja kena posa. Tak macam solat. Wajib setiap hari 5 waktu sehari semalam. Dosanya tinggal solat lebih besar dari dosa tak puasa. Oleh kerana solat ini kena buat setiap hari dah jadi perkara biasa.

Namun meninggalkan solat dan puasa adalah dosa peribadi. So kita tak perlu risau sangat bila tengok ada orang tak buat. Itu hak dia, mati esok yang kena balun dia bukan kita. Tapi kita dah sempurna ka ? Hat ni yang kita kena check diri kita.

Kekadang kita tegur orang tak posa bukan kerana kita Ikhlas, tapi kita dengki tengok dia dok makan depan kita.
Kalau kita sayang kat dia dan takut dia berdosa.
Cuba kita try buat lagu ni. Kita tegur dan bagi dia RM100. Kita harapkan RM100 itu dapat memberi semangat kat dia untuk berpuasa.
Disamping itu menguji diri kita, samaada kita Ikhlas atau tak. Kita sayangkan agama Allah atau duit RM100 tu.

Kita bagi RM100 hanyalah untuk uji diri kita, keikhlasan menegur perkara mungkar itu lahir dari hati yang bersih atau kita dengki.
Kalau ikhlas kerana Allah, RM100 itu NOTHING untuk kita. 
Boleh buat tara tu ?

Samaada hangpa nak join Program Sedekah Beras Untuk Ramadhan atau tidak, aku tak kisah. Untuk aku, Lot pertama 150 kampit beras seberat 5kg telah aku beli. Bersama itu barangan dapur untuk hamper. Biasanya hamper aku bagi telur 30 biji, gula, Kopi Marcona, susu dan sekampit beras.

Jika hangpa nak join boleh Wasap ke +66864706211. Aku kena settle stok lot pertama ini dulu. Sebab tiada tempat nak simpan jika aku terus beli 400 kampit beras sekali gus.
FB : 27-03-2022