Hangpa boleh bersetuju dan tidak bersetuju dengan info-info yang aku tulis untuk tatapan hangpa. 
Aku menulis dari kareator diri aku yang sebenar. Dengan penggunaan bahasa yang mudah dan santai.
Hari ini 34 hari Facebook account baru Cikgu Joe Satun tercipta. Kawan dah capai 4052 orang. Semua kawan-kawan yang masih hidup. 
Ada lebihkurang 948 kawan yang boleh aku accept. 

Aku akan baca semua komen dan jarang aku reply, aku cuma bagi icon agar hangpa tau aku dah baca.

Info tentang pelancongan, terutama untuk panduan backpackers yang nak jimat.
Sebagai panduan awal, aku nasihatkan hangpa kalau nak jimat, jangan potong bajet keselamatan dan insuran.
Sebagai contoh sewa motor. Kerana nak jimat kos, hangpa seakan-akan mengcagarkan rumah milik hangpa untuk menjimatkan kos yang begitu kecil.
Jangan abaikan insuran voluntary jika bekenderaan. 

Jangan sewa bot memancing tanpa bertanya peraturan dan perlindungan insuran pelancongan. Memancing dibawah akta perlancongan. Pastikan bot mematuhi sop yang telah digariskan. Kebanyakkan yang pergi memancing tidak mematuhi akta perlancongan dan penyedia perkhidmatan pun tidak tahu ada akta perlancongan. 

Banyak perkara lagi yang aku nak share untuk info dan pengetahuan hangpa semua. Mungkin  hari Isnin - sampai Jumaat boleh aku menulis.
Hari Sabtu dan Ahad LIVE setiap pukul 7.30 pagi. 

Kepada members Kembaraku yang bakal melancong ke Thailand, ini nombor aku untuk hangpa hubungi sekiranya ada musibah yang berlaku. WhatsApp +66864706211 dan +66887553209. Jangan dok invite aku masuk dalam group wasap pula. Jenuh aku nak delete data. La ni pun belambak dah. Tak terlayan.

Ajak kawan-kawan untuk join Kembaraku untuk mendapatkan info dan cerita pengalaman kembara. 

Cikgu Joe Satun Sahabat Pengembara dan Pelancong Ke Thailand. Terima Kasih.

FB: 4-03-2022