Skip to main content

Posts

DUIT THAI BAHT TAK LAKU

HERAN SUNGGUH THAI BAHT TAK LAKU DI MALAYSIA. dejei sungguh. Mamak tu kata : Bodo ooii duit Siam mana laku di Malaysia. Aku bagi tau, takkan tak laku kot sedangkan Thai Baht lagi besaq dari RM. Dia kata lagi, Bodo hoi, Mai Malaysia guna RM la. Pi Siam guna Baht la. Aku jawab, Maaf la mamu, aku memang BODO PIANG.  Sungguh la, mai Malaysia guna la RM Pi Siam guna Thai Baht. 30-06-22

MENULIS LAPORAN ATAU MENGHINA ORANG MELAYU

Tajuk Berita 2350 Mat Remit Kena Saman. Baca berita, menyebut bahawa saman yang dikeluarkan atas perbagai kesalahan jalanraya, bukan khas kepada motosikal saja. Dalam operasi, 10,035 kenderaan diperiksa. Motor cuma 3723 dari 10,035 atau 37% dari keseluruhan kenderaan yang ditahan. Tapi kenapa hang pi tulis tajuk Mat Rempit ? Bila aku kata Wartawan sekarang sekadar wartawan copy paste artikel dan gambar di media sosial hangpa tau nak marah. Tapi inilah laporan SAMPAH yang hangpa boleh buat untuk menghina Orang Melayu.  Isu KHAS itu dilakukan menangani isu Mat Rempit. TAPI cuma tahan 37% motor. Adakah pihak berkuasa kita membuat kerja tetapi tidak fokus kepada MATLAMAT ASAL ? Patutlah depa boleh keluar kenyataan untuk mengharamkan Suzuki Belang kerana motor itu boleh lari 177KM/J. Kalau macam tu punya kenyataan pihak berkuasa, jika jenayah rogol meningkat, nanti depa akan bagi cadangan kepada kerajaan agar memotong zakar semua lelaki bagi mengelakkan kes rogol meningkat.  Dey ! ...

BILA ORANG THAI ACCIDENT SESAMA DEPA

Siap Duit Kalau Accident Kematian Di Thailand Biasanya di Thailand, jika kemalangan ( antara orang thai dan orang thai )  melibatkan kematian, pihak keluarga mangsa akan menuntut pampasan dari pihak yang menyebabkan kematian. Tambahan pula, mangsa sekadar naik basikal atau motor. Manakala pihak yang menyebabkan kematian naik kereta atau lori. Jenuh bayar pampasan. Jumlah pampasan yang biasa aku dengar dari minima THB300,000 hingga THB3.7 juta.  Jika pihak yang menyebabkan kematian tidak berpuas hati, boleh bawa kes ini ke Mahkamah Sivil. Pengadilan akan dijalankan, biasanya kalah.  Macam kes Pakcik Wahab, dia melanggar mangsa hingga menyebabkan kematian. Dia naik motor dan mangsa lintas jalan, so masak lah kena bayar pampasan.  Biasanya jika kita terlibat dengan kemalangan di Thai, kita perlu menjelaskan semua bayaran barulah kita dibenarkan balik ke Malaysia. TIADA istilah bayaran ansuran. Bukan beli penapis ayaq Coway. Boleh HUTANG. Kisah basikal lajak, bila mahkah...

AKU TAKUT BINI

Aku Takut Bini Aku memang takut kat bini aku. Aku respek kat hangpa yang tak takut kat bini tapi masih setia pada bini sorang tu saja. Ibarat kata cina jual aiskrim di musim hujan. Ikan temenung lagi mau bikin apa, goreng, gulai dan asam pedas. Simpan dalam peti, makan sudah tak sedap. Tapi kena makan juga.  Aku memang takut kepada bini dan bekas bini-bini aku. Oleh kerana ketakutan aku pada bini dan bekas bini-bini aku, membuat aku banyak kali berani jumpa tok kadi.  HANGPA yang tak takut bini, sekali tu lah merasa jumpa tok kadi kan. Lagi sembang deraih noo. Ibarat pisang lasu lah, buat coq kodoq makan waktu hujan sedap gak noo. Bini aku ini, yang paling aku takut. Oleh kerana dia, aku kenal masjid dan orang miskin. Dia banyak memperkenalkan aku perbezaan dalam bermazhab dan diserasikan dalam kehidupan harian. Hangpa faham ka ? Bagi kami fakir miskin tiada agama. Semua manusia yang hidup melarat dan merempat perlu dibantu dan dakwah yang terhebat adalah akhlak yang baik....

Ramadhan Ke 9 Kisah Sedekah

Ramadhan ke 9 Pakcik dan Makcik gambar pertama, bukan setakat Ramadhan aku bagi sedekah pada dia, aku rasa setiap bulan aku hantar duit belanja.  Bila aku jumpa dia, aku terbayang diri aku ketika usia begini. Adakah aku akan kesunyian menanti anak pulang. Aku tak salahkan anak-anaknya kerana aku sendiri agak jarang balik kampung. Tambahan covid menyerang dah tiga kali ramadhan aku tak balik. Gambar Kedua, seorang kakak dari Thepha yang fasih berbahasa melayu. Suami dia tukang rumah dan dia pandai membuat lekaq dari lidi daun nipah. Disamping itu dia membuat daun rokok. Anak tunggal dia belajar di Sekolah Pondok di Pattani dan untuk menghilangkan bosan dia memelihara dua anak adiknya yang kematian suami.  Tak salah aku membantu dia, dia antara penerima sedekah bulanan. Gambar ketiga, seorang nelayan berkahwin dengan isterinya mualaf dari Laos. Anak-anaknya seramai 6 orang. Aku tersentuh dengan mereka, ketika kayuh basikal, anak-anak dia berebut semangkuk megi. Aku segera patah ...

Internet dan Hamba Abdi

Sepanjang 10 tahun aku di Thailand, aku tak pernah maki syarikat Telco tempatan. Ini kerana boleh kata tidak pernah ada masalah langsung.  Internet laju dan berbaloi dengan nilai yang dibayar. THB890 + cukai kedebuk kedebab dalam Thb1000 atau RM130/100mbps sebulan. Unlimited. Manakala Mobile internet Aku guna My Cat dengan speed 10Mbps dan limited data 30 Gb sebulan dengan harga thb150 saja. Cukup dan biasanya tak habis data.  Aku sering baca rungutan dari kawan-kawan di Malaysia kata Internet di Malaysia sangat bermasalah. Aku tak pasti. Masa aku ride 44 hari, aku guna Hotlink untuk aku, bini dan anak. Sehari kami guna RM3 jadi RM9 x 44 hari. Masalah slow speed, aku rasa ok saja. Anak aku layan Youtube sepanjang atas motor. Aku layan google maps. Bagi aku, ok saja. Lagipun aku bukan seorang yang kelam kabut atau suka terkejar - kejar. Kalau hangpa baca tulisan aku di Facebook pun hangpa boleh tau aku orang yang macam mana. Kalau Tak aku tulis Tak Bukan " X ". Kalau makan aku...

POPULARITI PEMBUNUH KEJAM

POPULAR ADALAH PEMBUNUH Masa aku mulalah kehidupan di Satun, kehidupan aku sangat susah. Namun aku redha kerana aku faham kesusahan ini adalah ujian Allah. Hari demi hari kehidupan aku semakin selesa. Dapat beli kereta, 4 X 4 dan dua pintu rumah kedai. Aku rasakan Allah dah beri nikmat kepada aku. Allah dah bayar cash atas segala kebaikan kepada aku. Itulah perasaan aku. Tiba-tiba Allah hantar ujian Covid-19. Rumah Kedai dua buah, ditarik bank. Kereta dijual dan 4 X 4 ditarik bank. Aku rasakan Allah menguji aku lagi. Mungkin masa aku senang ada perkara yang tak baik aku lakukan. Aku mula mengcongak.  Namun setelah aku settle masalah dengan Bank hidup aku mula kembali normal. Tak kaya tapi rasa selesa. Bisnes Online Stokis Pakaian Thailand mula menampakkan hasilnya. Maka aku perasan lagi. Aku rasakan Allah telah beri nikmat senang kepada aku kerana berkat kesabaran.  HAKIKATNYA SENANG itu adalah ujian paling BESAR dari ujian kesusahan. Ini kerana senang itu adalah impian setiap...