Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menasihatkan kepada pemancing agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Mereka s anggup gadai nyawa demi melakukan aktiviti memancing. Itu sikap yang dilakukan segelintir peminat aktiviti memancing yang tidak mengendahkan keselamatan ketika melakukan aktiviti berkenaan. Lebih membimbangkan, mereka juga sering melakukan aktiviti berkenaan tanpa memiliki lesen atau permit dari Jabatan Laut untuk beroperasi. Itu cerita di Malaysia. Sebaliknya cerita di Thailand sama juga. Mereka perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Contohnya menyewa bot yang berlesen dan berinsuran. Diwajibkan :- - Job order dari pihak agensi perlancungan - Insuran untuk pelancong ke Thailand - Tour Guide Yang berlesen Namun ramai yang ingin berjimat sedikit kos, telah mengabaikan semua peraturan diatas. Ada juga sebilangan pengusaha bot memancing tidak meng...
Aku Tukang Cerita