Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2022

JIKA KEMALANGAN KOL TOURISM POLICE THAILAND

TOURISM POLICE THAILAND Jika hangpa kemalangan terutamanya di Thailand, Untuk Mendapat Khidmat Bantuan Secara Percuma, SILA KOL 1155 ( tol free dengan simkad thai ). Tourism Police akan membantu anda dari segi - bantuan bahasa - memudahkan kesulitan  - perantara antara anda dan Thai Royal Police - perantara antara anda dan mereka yang terlibat kemalangan bersama anda. Fungsi Tourism Police Thailand Memberi keadilan dan membantu pelancong yang berada di Thailand. SEBARKAN

KALAU HANGPA PILIH YANG MANA ?

Kalau Hangpa Pilih Yang Mana ? 4hb Jun 2022 adalah hari pertama kami memulakan perniagaan di Pak Bara setelah perniagaan di tutup selama 26 bulan kerana Covid-19. 5hb Jun 2022 aku sambut Harilahir dengan gembira kerana ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Karlisa Travel untuk membuat tempahan penginapan dan percutian setempat. 6hb Jun 2022 pukul 12:00 tengahari terpaksa menutup perniagaan kerana TERPAKSA ke Krabi Thailand membantu menyelesaikan kes kemalangan melibatkan kereta Malaysia merempuh belakang pacuan 4 roda Thailand yang sedang Pakir dihadapan rumahnya.  7hb dan 8hb petang masih tersadai di Krabi untuk menyelesaikan kes. Rakyat Thailand ternyata tidak bersalah menuntut ganti rugi yang sepatutnya. Apa taknya, elok-elok kereta parking tiba-tiba dirempuh dan terpaksa membaikinya. Setelah kami membawa kawan kami seorang  jurunilai kerosakkan kenderaan, bersetuju dengan nilai tuntutan berkenaan.  Oleh itu kami cuba berbincang hati ke hati dengan pembuat tunt...

JENIS-JENIS INSURAN KENDERAAN MASUK THAILAND

Jenis-jenis insuran yang disarankan untuk membawa kenderaan ke Thailand. Pertama : Compulsory atau Por Ror Bor.  Insuran yang wajib kena beli. Tapi insuran ini sekadar melindungi penunggang, pembonceng, pemandu dan penumpang kenderaan.  TIDAK MELINDUNGI KEROSAKKAN KENDERAAN. Kedua : Voluntary Insuran sukarela beli tidak paksaan TETAPI banyak membantu untuk membayar pampasan kepada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan dengan hangpa.  Insuran ini akan membayar pampasan kepada kenderaan pihak ketiga jika hangpa didapati bersalah dalam kemalangan tersebut. Namun sangat sedikit amaun untuk pampasan kenderaan hangpa sendiri.  Ketiga : Extention 101 Insuran Insuran ini boleh dibeli di Malaysia. Rujuk insuran kenderaan hangpa dan boleh bertanya kepada agen insuran hangpa.  Pampasan tertakluk terma dan syarat. Akan tetapi amat-amat membantu untuk anda mendapat pamasan kepada kenderaan hangpa dan kenderaan pihak ketiga. Namun begit...

AKU DAN AH CHAI

Aku dan Ah Chai Terlebih dahulu aku nak ucapkan jutaan Terima Kasih kepada yang mengirim ucapan Hari Lahir kepada aku. Lebih 2300 ucapan yang diterima dan aku tak mampu menjawab satu persatu sebab bila aku klik " more " dia dok musing tak ketahuan punca. Maafkan aku kepada yang tidak menerima ucapan Terima Kasih.  Ah Chai adalah followers aku yang tinggal di Kulim. Dilahirkan dan dibesarkan di Sungai Bayor Selama Perak. Berpindah ke Kulim sekitar tahun 2000. Kini memiliki Kedai Hardware di Simpang Tiga Lahar Yooi, Seberang Prai, Penang. Ah Chai antara customer terawal aku, sejak aku mulakan perniagaan pada 4hb Jun 2020. Katanya dia kenal aku dan menyimpan nombor WhatsApp aku melalui pembacaan di Facebook.  Sekilas pandang aku kepada Ah Chai, seorang keturunan Cina yang lahir dikelilingi oleh masyarakat melayu di ulu Selama Perak. Bahasa Melayu dia, agak fasih dan bertutur telo orang kampung. Pada pandangan aku, Ah Chai amat faham dengan budaya dan resam orang Melayu. Dia kagu...