Kalau Hangpa Pilih Yang Mana ?
4hb Jun 2022 adalah hari pertama kami memulakan perniagaan di Pak Bara setelah perniagaan di tutup selama 26 bulan kerana Covid-19.

5hb Jun 2022 aku sambut Harilahir dengan gembira kerana ramai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Karlisa Travel untuk membuat tempahan penginapan dan percutian setempat.

6hb Jun 2022 pukul 12:00 tengahari terpaksa menutup perniagaan kerana TERPAKSA ke Krabi Thailand membantu menyelesaikan kes kemalangan melibatkan kereta Malaysia merempuh belakang pacuan 4 roda Thailand yang sedang Pakir dihadapan rumahnya. 

7hb dan 8hb petang masih tersadai di Krabi untuk menyelesaikan kes. Rakyat Thailand ternyata tidak bersalah menuntut ganti rugi yang sepatutnya. Apa taknya, elok-elok kereta parking tiba-tiba dirempuh dan terpaksa membaikinya.

Setelah kami membawa kawan kami seorang  jurunilai kerosakkan kenderaan, bersetuju dengan nilai tuntutan berkenaan. 
Oleh itu kami cuba berbincang hati ke hati dengan pembuat tuntutan. Akhirnya dia bersetuju mengurangkan nilai tuntutan atas dasar kemanusiaan.

Alhamdulillah kes selesai. Kami bertolak balik ke Pak Bara, dan tiba sekirar pukul 6.30 petang waktu Thailand atau 7.30 waktu Malaysia.

Ya ramai kawan-kawan memuji kami. Ramai yang berdoa SEMOGA, SEMOGA, SEMOAGA cikgu joe sekeluarga..........

Hakikatnya kami tinggal SEMANGGA.

Semangga adalah istilah Kedah yang jarang dah digunakan. Semangga bermaksud baki yang tinggal sekadar sesuap nasi.

Contoh ayat lazim digunakan. " Lepas bayar hutang Along, tinggai semangga ni tara nak esok. "

Hendak ke Krabi jarak lebih kurang 250km.
1 liter petrol kereta kami 13km. Manakata lebih kurang 20liter minyak diperlukan sehala. Pi balik dan ulang-ulang alik ke balai polis. Ulang alik ke tempat makan. Lebih kurang 50 liter minyak digunakan. Harga minyak ketika itu thb46.50 seliter atau RM6.00 
Kos minyak saja RM300.

RM300 sangat kecil nilai bagi mereka berpendapatan Gred Jusa C. Tapi bagi kami yang baru 2½ hari berniaga sangat besar nilainya.
Belum dihitung kos bilik dan kos makan. 

Untuk mendapat keredhaan Allah, aku dinasihatkan agar tabah. Kerana ganjaran besar diakhirat. 

Adakah hangpa sanggup buat macamana aku buat sekarang ini untuk membantu kawan-kawan yang DEGIL tidak mahu membeli Insuran yang sepatutnya ketika hendak melancong ke Thailand ?

Dah berbuih mulut aku memberi nasihat.
Dah menanah kuku aku menulis panduan membeli insuran untuk masuk ke Thailand.

Depa membeli alasan, takkan nak masuk 3 hari 2 malam nak berbelanja besar dengan membeli insuran ke Thailand. 
Bukan nak dok Thailand terus.
Lainlah Cikgu Joe, dia menetap di Thailand. Memang patut pun dia beli insuran lengkap.

TAPI bila accident masa tu hangpa baru nak menyesal. CJS juga nak tebal muka pungut DERMA IKHLAS dari kawan-kawan untuk BANTU HANGPA. 

Hangpa tau dak aku MALU. 
Aku tak kisah pun walaupun masa aku menulis coretan ini aku cuma tinggal SEMANGGA. 

Oleh kerana kedegilan dan palatao hangpa datang ke Thailand nak bersuka ria 3h2m hangpa telah menyusahkan rakyat Malaysia yang pekin duit nak beli susu anak depa. 

Tanpa insuran COMPULSORY, VOLUNTARY, 101 EXTENSION DAN TRAVEL INSURAN, aku nasihatkan hangpa jangan masuk ke Siam.

Hangpa yakinkah Allah akan selalu lindungi hangpa yang beli kenderaan yang terlibat dengan RIBA ?