Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2025

Motor Thailand Dan Insurans

Motor Thailand Motor cc 250 ke atas boleh ambil Insurans Kelas pertama. Insurans ini melindungi motor kita dan kenderaan pihak ketiga. Bergantung siapa yang bersalah. Motor 250 cc keatas sesuai untuk di buat sewa. Sebab adil kepada penyewa. Motor merah tu cuma 115 cc saja. Insurans kelas kedua dan ke bawah. Insurans ini melindungi motor kita dengan kadar yang amat minima. Namun Insurans ini melindungi kenderaan pihak ketiga. Motor ni kalau aku nak buat sewa, risiko sikit. Sebabnya jika kerosakan teruk pada motor ini dan kos memperbaiki melebihi nilai lindungan, maka terpaksa meminta penyewa yang menanggung kosnya. Compulsory cuma melindungi kos rawatan perubatan dan pampasan kematian. Namun kebanyakkan motosikal dbawah 250 cc, jarang mereka mengambil Insurans kelas kedua atau kelas pertama. Mereka sekadar mengambil Compulsory kerana ianya wajib jika ingin menghidupkan cukai jalan. That why motor aku, payah aku nak bagi pinjam atau bagi sewa. Jadi apa-apa jenuh bergaduh. Depa dok pikiaq...

SIAPA CIKGU JOE SATUN !

Cikgu Joe Satun, seorang warga Malaysia yang telah menetap di Satun, Thailand sejak 10 Januari 2011, telah mencuri perhatian ramai kerana dedikasi beliau dalam membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand. Latar Belakang dan Sumbangan Cikgu Joe Dikenali dengan panggilan Cikgu Joe, beliau bukan sahaja aktif dalam membantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah seperti kemalangan jalan raya, malah beliau juga gigih mengajar ilmu Fardhu Ain dan Bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak di Thailand. Tadika Misbahuddin di mukim Ban Khuan menjadi saksi komitmen beliau dalam memberikan pendidikan asas Islam dan memartabatkan bahasa Melayu di kalangan generasi muda. Pengasas Karlisa Travel Selain itu, Cikgu Joe juga merupakan pengasas Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian di sekitar Satun, Thailand. Langkah ini membuktikan jiwa usahawan beliau yang sentiasa mencari peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Dedikasi dan Pengorbanan Kep...