Skip to main content

SELAMAT HARILAHIR FARHANA

Alhamdulilah, rezeki yang dikongsikan bersama , aku telah infak kan kepada anak-anak yatim. 

Aku telah membeli kek harilahir untuk salah seorang anak yatim KERANA aku difahamkan seumur hidupnya kini berusia 9 tahun, tak pernah sambut harilahir. 
Aku tak beli hadiah, aku bagi wang cash. Aku berpendapat bahawa depa lebih tahu apa yang perlu depa gunapakai wang tersebut.

Kekadang bil api air tertangguh. Yuran sekolah tertangguh tapi aku hantar barang dapur yang mereka akan fokus beli dahulu telah siap sedia dirumah. Maka barangan dapur yang aku beli itu tidak memberi manfaat kepada keperluan utama depa.

Betullah, bulan depan depa tak perlu beli, tapi tunggakkan bil api dan air akan lebih besar nilainya dari bulan ini. 

Oleh sebab itu aku suka bagi cash.

Balik dari rumah depa, aku singgah kedai jahit pakaian. Aku buat tempahan baju melayu dan kurung pada anak isteri. Buat awal tak kalut, sebab settle keluarga pastu aku boleh bantu pula anak-anak tanpa ayah ini membeli baju raya. 

Program beras untuk ramadhan setiap tahun, aku kena fikir dah dari sekarang. Bukan sekarang aku fikir dah dua tiga bulan lalu aku fikirkan. Ada kawan-kawan mesej nak sedekah sekarang. Aku bagi tau sabaq sat, hangpa sedekahlah pada awal Ramadhan, sebab pahala bulan ramadhan nilai berkali ganda. 

Kita ni banyak dosa, oleh itu bila ada peluang untuk gandakan pahala, inilah masanya kita rebut. 

Aku jarang buat kenduri berbuka puasa. Sebab aku dok pi terawih, bila balik tok siak dok bagi lebihan makanan. Kekadang peti ais dah penuh, tak tau mana nak sumbat. Lagipun makanan kenduri kekadang tidak memenuhi citarasa. Kalau bagi kuah kari nasi kandaq ok juga. 

Aku biasanya bagi beras, hamper barangan dapur dan wang tunai untuk depa membeli sendiri keperluan depa. Manalah tau anak depa teringin nak makan ayam golek yang sangat popular di bulan ramadhan. 

Aku pula akan naik motor, 60km ke Chebilang atau 40km ke Ban Khuan untuk membeli juadah berbuka posa. Sebab kuih muih dan makanan seperti gulai similar to citarasa malaysia. 

Ditempat aku Pak Bara, rupa bentuk kuih dan gulai sama macam belah kedah. Tapi manisnya sama macam belah kelantan. So aku tak suka. 

Ramadhan ini aku tak balik lagi, sebab aku dah atur program sedekah. Mungkin balik dekat nak raya. 

Jika border buka, kalau hangpa nak buka posa sambil bersila didataran Pak Bara, mai la.
Cuma keluarga aku ja, yang ada. Bukan budaya orang sini berbuka posa di tempat awam. Budaya depa cinggey setiap malam minggu di tepi pantai. Majoriti orang kita Islam.

Bagus juga kerajaan Malaysia tak membenarkan ayaq ketum dijual seperti disini. BURUKNYA lebih dari kebaikan yang digembar gembur oleh penagih ayaq ketum. 

Aku takut satu hari semua bidang akan dikuasai oleh kaum wanita kerana kebanyakkan lelaki LAYU DIHUJUNG MEKAR.
FB: 09-03-2022


Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

BAHASA MELAYU DI PAK BARA THAILAND

Bahasa Melayu Di Pak Bara Thailand. Sungguh pun nama asal Pak Bara adalah Kuala Bara dan suatu ketika dulu masyarakat berbahasa melayu, namun setelah perjanjian Bangkok 1909, Bahasa Melayu koi dilupakan. Video kali ini Cikgu Joe Berkesempatan berbuah dengan Pak Teh Pan dan seorang guru wanita dalam bahasa melayu di Leam Teh Pan atau nama melayu Tanjung Pak Teh Pan. Hangpa boleh share untuk rujukkan kepada mereka yang sedang membuat kajian tentang Bahasa Melayu di Selatan Thailand. Amat sukar bagi para pelajar university mencari bahan bahasa melayu untuk kajian bahasa melayu di selatan Thai, terutama di Pak Bara. Suatu ketika dulu, zaman pemerintahan Sultan Kedah, Pak Bara atau Kuala Bara adalah pusat pembinaan kapal perang. Namun tiada catatan sejarah yang menceritakan sejarah ini. Vido disini

SIAPA CIKGU JOE SATUN !

Cikgu Joe Satun, seorang warga Malaysia yang telah menetap di Satun, Thailand sejak 10 Januari 2011, telah mencuri perhatian ramai kerana dedikasi beliau dalam membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand. Latar Belakang dan Sumbangan Cikgu Joe Dikenali dengan panggilan Cikgu Joe, beliau bukan sahaja aktif dalam membantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah seperti kemalangan jalan raya, malah beliau juga gigih mengajar ilmu Fardhu Ain dan Bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak di Thailand. Tadika Misbahuddin di mukim Ban Khuan menjadi saksi komitmen beliau dalam memberikan pendidikan asas Islam dan memartabatkan bahasa Melayu di kalangan generasi muda. Pengasas Karlisa Travel Selain itu, Cikgu Joe juga merupakan pengasas Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian di sekitar Satun, Thailand. Langkah ini membuktikan jiwa usahawan beliau yang sentiasa mencari peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Dedikasi dan Pengorbanan Kep...