RISIKO SEWA MOTOR DI THAILAND

RISIKO 
Sewa motor di Thailand sering diamalkan oleh budak-budak Bagpackers dan abang-abang motor besar. 

- Sekiranya motorsikal yang anda sewa tidak memiliki Insuran Voluntary anda berisiko untuk membayar ganti rugi sekiranya kehilangan. Rujuk gambar dibawah. Gantirugi motorsikal thb40,000 jika kecurian. Makna kata tiada perlindungan insuran Voluntary.

- Oleh itu jika ingin sewa motor pastikan anda menyewa motor yang ada perlindungan Insuran Voluntary

- Jika tiada perlindungan Insuran Voluntary, sekiranya anda kemalangan, jika anda tidak bersalah, anda terpaksa membayar ganti rugi kerosakkan motor yang anda sewa.
- Sekiranya anda bersalah, anda terpaksa membayar ganti rugi motor yang anda sewa dan kenderaan yang anda langgar.
- Jika anda gagal untuk membayar, anda boleh dimbil tindakan mahkamah. Passport anda di tahan. Sementara menanti hari perbicaraan, anda terpaksa merengkok di dalam penjara. Jika penjara yang wilayah Islam, anda selamat dengan makanan halal. Jika tidak, anda dinasihatkan untuk belajar makan babi.

- Perbagai karenah dan perangai penyewa yang anda perlu hadapi. Anda boleh bertanya kepada yang berpengalaman.

-  Risiko passport anda dijadikan cagaran. Rujuk gambar dibawah, sudut kanan paling bawah. Passport sebagai cagaran dalam kurungan.
-  Passport adalah nyawa kedua anda di luarnegara. Adalah di LARANG untuk meninggalkan passport atau dipegang oleh pihak kedua. 
-  Jika anda ditahan pihak berkuasa Imigresen, anda berisiko untuk di penjara sehingga mendapat perintah dari Mahkamah. ATAU penyewa segera datang menjamin anda.

- Kes Pakcik Wahab kemalangan di Krabi sepatutnya telah menjadi teladan kepada semua warga Malaysia tentang risiko sewa motor di Thailand. 
- Ini kerana polisi undang-undang memiliki kenderaan tidak sama dengan Malaysia. Insuran Wajib iaitu Por Ror Bor yang biasa dijual disempadan tidak melindungi kenderaan anda. 
- Risiko anda disabotaj sangat tinggi dikala anda menyewa motor.

Adalah Dinasihatkan, jika ingin sewa motor, PASTIKAN MOTOR SEWA ITU DILINDUNGI INSURAN VOLUNTARY. 
Jika TIDAK ADA, sewa motor bersama pemandu. 

Anda boleh rujuk posting lalu di
1. Panduan Menunggang Motorsikal Di Thailand 

2. KENAPA KENA PAU BILA ACCIDENT

3. Bila Accident Di Thailand Apa Yang Perlu Anda Lakukan
FB: 01-3-2022


#kembaraku #cikgujoesatun #sewamotor