Risiko Nikah Perempuan Buddha Thai Manakala Isteri Tinggal Di Thai Dan Suami Tinggal Dengan Bini Tua Di Malaysia.

Pengalaman yang aku jumpa seorang budak muda nama Islam, namun satu badan bertatu sedang meneguk Chang. Dia boleh berbahasa melayu sikit-sikit sebab katanya bapa dia orang melayu dari Malaysia.

Bila usianya 10 tahun, bapanya meninggal dunia, mak dia tiada sumber pendapatan Mak dia bawa dia balik ke kampung di Isan dan membiarnya tinggal bersama tok dan tokwan dia.

Sepanjang usia dia 10 tahun, dia tahu dia Islam sebab nama depan dia Islam, dan Namskol atau nama keturunan adalah Siam sebab peraturan mendaftar kelahiran mesti ada nama keluarga. 

Semasa disekolah dia bergaul dengan semua budak. Di Siam dia perbezaan bangsa atau agama. Semua dilayan sama. Oleh kerana sekolah dia 90% budak buddha, maka apa saja di kantin sekolah, dia beli dan makan.

Dirumah, bersama ibunya, mereka pun makan apa saja. Bila bapanya pulang sebulan sekali atau dua kali, baru depa keluar makan dan makan di kedai makan Islam.

Dia tidak tahu bahawa bapanya masih ada keluarga di malaysia atau tidak kerana tidak pernah dibincangkan.

Selepas berbulan bapanya meninggal baru mereka tahu bapanya telah meninggal dunia. Itupun diberitahu oleh kenalan maknya. 

Inilah risikonya. Jika hangpa tak peduli akan dibalun oleh Mungkar dan Nakir kat dalam kubur. Hangpa boleh cuba.
FB: 4-03-2022