Lama tak balik KULIM
Depa kata la ni ada PASAR KARAT kat MARA MALL Kilang Lama di buka Jumaat, Sabtu dan Ahad Jam 8.00 mlm - 12.00 mlm.

Kilang Lama tahun 70-an ada Roundabout besaq talam umah kenduri. Aku ingat Kedai Makan Hamzah Mamak ada belah kanan sebelum simpang kalau mai dari Lunas.

Lepas tahun 2000 depa perbesaq jalan, kedai Hamzah terbakaq dan jalan pun di besaq kan.
Kat Sungai Keladi pun kedai terbakaq sebelum depa perbesaq jalan. Habis melingkup sebuah kedai motor. 

Kebetulan kedai terbakaq sebelum projek perbesaq jalan dilakukan. Maka mudah sikit kerja-kerja memperbesarkan jalan.

Depan Balai Polis Lama Kulim pun ada Roundabout, pas tu ada kereta dan patong manusia accident. La ni jalan tu dah one way. 

Dulu kat Kulim ada satu kedai nasi kandaq kat Tokong Cina, kedai Haja. Lani dah pindah kat kepala simpang dulu " taxi stand".

Mamak Haja ni, dia ceduk nasi dan kuah tak mau pakai senduk. Dia ghengau ngan tangan ja. Depa kata sedap nak mampuih. Aku tak lalu aih. 

Aku suka Nasi Kadaq Haji Mustaffa di Kantin Hospital Lama. Lani dah pindah pi Taman Kenari. Anak dia Naina yang buka pula dekat MPKK. 
Pekan Kulim dari dulu dok macam tu, namun banyak pekan baru ujud sebagai feeder kepada pekan Kulim. Sebab tu pekan Kulim jarang jem. 

Hampir 3 tahun tak balik Kulim so mungkin dah berubah atau dok tara tu.

FB: 7-02-2022