Skip to main content

ARWAH MANAP BIN HARUN

Sahabat aku, Abdul Manaf Harun, bekas penjaga gol Pasukan Bolasepak Daerah Kulim dan TUDM ( Piala Fam ). Seorang pesara TUDM ( ATC ) dan kini buat part time jadi dreba di SADA Kulim. 
Usia dia kini akan memasuki 57 tahun pada 1hb Mei. Aku dan dia beza 3 tahun.

Motor Suzuki GP100 plate PAD 7323, memyimpan banyak kenangan antara kami berdua. 

Semalam 13hb Mac 2022, aku terima berita bahawa dia telah pergi meninggalkan kita semua. Seminggu dia ditidurkan di Hospital Daerah Kulim. 

Manaf pernah kemalangan motorsikal sewaktu berulang alik TUDM Butterworth dan Sungai Seluang. Kecederaan membawa dia cacat di tangan dan ada masalah dibuah pinggang. Namun ketika itu, hayatnya masih panjang. 

Kawan-kawan yang mesej aku memberitahu, bahawa virus covid menyerang sistem buah pinggangnya sehingga tidak berfungsi. 

Covid-19 bukan sekadar menghilangkan harta benda aku. Covid-19 juga telah menghilangkan beberapa orang sahabat aku, termasuk Manaf.

Namun kehilangan Manaf, buat aku tidak dapat melelapkan mata. Mengimbau kenangan sewaktu kami remaja. Namun kehilangan manaf mengingatkan aku bahawa aku juga akan menyusul bila-bila masa.  

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
BISMILAHIROHMANIROHIM
Ya Allah YaTuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya
aamiin.
FB: 14-03-2022

Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

BAHASA MELAYU DI PAK BARA THAILAND

Bahasa Melayu Di Pak Bara Thailand. Sungguh pun nama asal Pak Bara adalah Kuala Bara dan suatu ketika dulu masyarakat berbahasa melayu, namun setelah perjanjian Bangkok 1909, Bahasa Melayu koi dilupakan. Video kali ini Cikgu Joe Berkesempatan berbuah dengan Pak Teh Pan dan seorang guru wanita dalam bahasa melayu di Leam Teh Pan atau nama melayu Tanjung Pak Teh Pan. Hangpa boleh share untuk rujukkan kepada mereka yang sedang membuat kajian tentang Bahasa Melayu di Selatan Thailand. Amat sukar bagi para pelajar university mencari bahan bahasa melayu untuk kajian bahasa melayu di selatan Thai, terutama di Pak Bara. Suatu ketika dulu, zaman pemerintahan Sultan Kedah, Pak Bara atau Kuala Bara adalah pusat pembinaan kapal perang. Namun tiada catatan sejarah yang menceritakan sejarah ini. Vido disini

SIAPA CIKGU JOE SATUN !

Cikgu Joe Satun, seorang warga Malaysia yang telah menetap di Satun, Thailand sejak 10 Januari 2011, telah mencuri perhatian ramai kerana dedikasi beliau dalam membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand. Latar Belakang dan Sumbangan Cikgu Joe Dikenali dengan panggilan Cikgu Joe, beliau bukan sahaja aktif dalam membantu rakyat Malaysia yang ditimpa musibah seperti kemalangan jalan raya, malah beliau juga gigih mengajar ilmu Fardhu Ain dan Bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak di Thailand. Tadika Misbahuddin di mukim Ban Khuan menjadi saksi komitmen beliau dalam memberikan pendidikan asas Islam dan memartabatkan bahasa Melayu di kalangan generasi muda. Pengasas Karlisa Travel Selain itu, Cikgu Joe juga merupakan pengasas Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian di sekitar Satun, Thailand. Langkah ini membuktikan jiwa usahawan beliau yang sentiasa mencari peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Dedikasi dan Pengorbanan Kep...