Hari ini pagi Jumaat. Apa amalan baik yang mampu kita buat. 
Paling mampu baca status kawan dan bersangka baik. Kalau dia baru nikah kedua, ucaplah tahniah. Walaupun dulu masa budak-budak mandi sungai kat titi besi, sungai seluang bawah, dia paling lambat masuk jawi. Ucaplah tahniah walaupun hati kita ada dengki. Dengan ucapan tahniah membunuh sifat dengki.

Omicron masih mencanak di kampung tempat aku menumpang. Aktiviti lain giat dijalankan, namun solat zohor saja dirumah. Bersangka baik, patuhi perintah ulul amri, sebab dia bukan Islam. Dia mana tau hal hukum hakam. Sebagai " orang bangsat " jangan cakap banyak sebab Damak pesan, Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Lalu, Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang Hamba Muka Tak Malu. 

Bangsat bagi orang tengah dan selatan, adalah perkataan penghinaan. Namun bagi kami orang Kedah, orang yang lahir tahun 60-an, Bangsat adalah pergi merantau. 

Bila balik kampung, kawan tanya, awat hang lama tak nampak. Oh aku pi bangsat di Setoi.
Kawan tanya buat penama ?
Aku buka Travel Agency, bawa pelancong melawat sekitar Setoi.
Oh lagu tu noo. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga hang.
" Inilah ayat seorang sahabat ". 

Alhamdulillah, walaupun aku tak kaya tapi Alhamdulillah, setiap kali aku bersedekah aku akan sebut sumbangan orang Sungai Seluang.
Dulu sapa pun tak tau ujudnya Sungai Seluang.
Depa tau Lunas, sebab trajedi samsu haram dan By Election bila Mendiang YB Dr Joe Fenandes mati kena tembak.

Election bulan posa. Geng gabungan Pas, Pkr dan Dap menang, YB Saifudin Nasition.
Masa kempen, kulit cabai dok di gigi tapi dok tuduh puak umno kafir.

Satu pilihanraya yang paling panas pada abad tersebut. Isu kafir mengkafir. 

Sebenarnya setiap kali nak PRU isu perkauman dan menunggang agama akan terus dimainkan selagi Ketua Parti adalah Old & Dangerous.
JANGAN TUDUH PARTI MANA. TAPI SEMUA PARTI SAMA. 

Aku harap generasi Tiktok lebih toleransi. Melayu, Cina dan India hidup tanpa ada perasaan prejudis dan perkauman.
FB: 04-03-2022