Skip to main content

DAH 52 HARI FACEBOOK BARU

Alhamdulillah. Hari ni adalah hari ke 52 Facebook Cikgu Joe Satun tercipta. Aku cipta FB ni pada tanggal 28-01-2022.
Makna kata dah 52 buah cerita aku dah tulis kat hangpa. Kawan dah ada 4554 orang. Dah hampir limit ke 5000.

Sat gi aku akan pi order beras 150 kampit/5kg untuk persiapan Program Sedekah Beras Untuk Ramadhan ( lot pertama ). Alhamdulillah dah masuk Tahun ke-6 rasanya program ini aku anjurkan. 

Target tahun ini 300-400 kampit dan dalam celah tu, aku ada juga buat hamper barangan dapur untuk juadah bersahur dan berbuka posa. Hamper ini lebih 100 untuk mereka yang terpilih.

Kuih Raya biasanya diedarkan sehari sebelum raya. Duit Raya pula seminggu sebelum raya. Setiap tahun macam ni. 

Namun dua hari lepas, Abang Daud ketua kampung yang banyak bantu aku mengagihkan beras kepada penduduk miskin telah dijangkiti Covid-19. Kalau sapa besa sewa Tuk-tuk di Pak Bara dengan aku, Abang Daud lah drebanya. Walaupun dia ketua kampung, gaji bukan besar sangat. Nilainya nak bayar ansuran rumah aku pun tak lepas. Semoga Abang Daud segera sembuh.

Marin Kak Ta, pembantu rumah aku, juga diserang Covid. " Pembantu Rumah " dengar macam aku hebat noo. Dia ni adalah pekerja kepada Karlisa Travel  . Bila covid company tak beroperasi, dia tak dak kerja. Memandangkan suaminya kurang vitamin R, aku gagahi bantu dia bekerja. Kalau ikut pun memang tak perlu. Tapi niat nak tolong.

Bila kurang vitamin R ni payah cerita. Aku rasa semua ini akibat meminum air ketum, yang depa dok HEBOHKAN sebagai ubat untuk menambah tenaga. 

Aku pikiaq logik lah. Cara orang Bodo macam aku pikiaq. Panadol adalah ubat untuk menyembuhkan penyakit. Tapi kita makan bila kita sakit saja.

Puak ni kata Ketum adalah ubat herba. Tapi depa kena minum setiap hari. Kalau tak minum sehari, fikiran jadi tak tentu hala.

Bab tu bila depa bagi pandangan pada kerajaan follow Thai untuk HALAL kan ganja dan ketum, aku tak sokong.

Dalam ada akta dan hukuman berat pun tak leh kawal, tambah pula bila dihalalkan. 

Aku takut jadi macam amerika pi lawan vietnam. Puak vietnam jamu ganja dan vietnam rose, bungkuih sebuah tentera elit dunia. 

Biasanya Ketum ni orang Islam saja minum kalau disini. Puak Siam depa minum Chang sebab harganya murah dari ketum. Berdengung seropa aih. Cuma kena minum banyak baru HIGH naik. Ketum minum segelas high dah mai. Hat mana lagi bahaya, cuba pikiaq sendiri.

Sudah 52 cerita dalam 52 hari. Ada yang suruh aku bukukan. Kalau nak ikut bukan 52 buah cerita. Dah beribu cerita aku dah tulis. 
LAKU ka kalau nak buat buku. Surat habaq yang dok ada pun hidup segan mati tak mau, tak dak orang nak beli dan baca.
FB:25-03-2022

Comments

Popular posts from this blog

DISEBALIK CERITA WARGA EMAS

Semalam aku ke Pantai Ban Hua Hin Langu. Lebih kurang 10km dari rumah aku. Terasa rindu pada pasangan warga emas yang tiada anak yang tinggal ditepi pantai. Pasangan ini mengambil upah membubui jala-jala dan pukat yang telah rosak. Kekadang mereka membeli pukat rosak dari Langkawi yang rosak dan di bubui kembali.  Oleh kerana nelayan malaysia mendapat subsidi jala dan bantuan jala, maka kerosakkan yang agak rumit jarang di bubui kembali. BUBUI atau sebutan siam Boboi juga nama sebuah kampung nelayan lebih kurang 15km dari rumah aku. Kampung ini berjiran dengan Kampung Telaga Tujuh atau dalam bahasa siam Bo Chet Luk.  Tentu hangpa tanya apa maksud Bubui. Aku pun baru tau setelah aku berbual dengan orang kampung, mereka memberitahu berkaitan dengan jala. So aku pun tanya kawan-kawan pembaca page cjs. Pakcik Khan bagi tau aku maksud Bubui adalah menjahit atau memperbaiki jala atau pukat.  Berbalik kepada cerita pakcik tadi, boleh kata setiap bulan aku akan menghantar kepadan...

SURAT KEBENARAN PEMILIK UNTUK MEMBAWA KENDERAANNYA KE THAILAND

Contoh surat kebenaran dari pemilik kenderaan yang kita perlukan jika kenderaan bukan nama kita dalam geran. Surat perlu di tuliskan dalam bahasa Inggeris. Namun jika kenderaan milik syarikat, lebih menggunakan letterhead syarikat dan di Cop dan tandatangan boss. Jika memasuki melalui Betong/Pengkalan Hulu anda perlu cop Balai Polis Ayer Panas di salinan geran dan surat berkenaan. Jangan lupa salinan mykad pemilik kenderaan. Contoh : [Vehicle Owner’s Name] [Vehicle Owner’s Address] [Date] To Whom It May Concern, RE: AUTHORIZATION TO USE VEHICLE Dear Sir/Madam, I, [Name of Vehicle Owner], am the registered owner of the following vehicle: Year: [Year of Vehicle] Plate No.: [Vehicle Plate Number] Model: [Vehicle Model] Chassis No.: [Vehicle Chassis Number] I hereby authorize [Name of Borrower], holder of passport number [Passport Number], to use my [car/motorcycle] as described above. For your reference, I have attached a photocopy of my identification card. Thank you for your attention a...

Undang Undang Jalanraya Thailand 2025

Berikut adalah undang-undang jalan raya terkini di Thailand yang mula berkuat kuasa pada tahun 2025: 1. Penggunaan Topi Keledar Wajib untuk Penunggang dan Pembonceng Motosikal. Mulai 1 Jun 2025, semua penunggang dan pembonceng motosikal diwajibkan memakai topi keledar tanpa mengira jarak perjalanan atau lokasi. Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh dikenakan denda sehingga 2,000 baht. Pihak berkuasa menekankan pematuhan 100% terhadap peraturan ini untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti berhampiran sekolah dan universiti . 2. Peraturan Jarak Selamat Antara Kenderaan Bermula 1 Januari 2025, peraturan baharu mengenai jarak selamat antara kenderaan telah diperkenalkan. Pemandu diwajibkan mengekalkan jarak minimum berdasarkan kelajuan kenderaan: • 60 km/j: sekurang-kurangnya 35 meter • 60–80 km/j: sekurang-kurangnya 55 meter • 80–100 km/j: sekurang-kurangnya 70 meter • 100–120 km/j: sekurang-kurangnya 100 meter Kegagalan mematuhi perat...